Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

SIAPA HABIB NUH?

17458172_616788271848535_330769205491066964_n

Ada satu makam yang amat terkenal di Palmer Road,Tanjong Pagar di Singapura. Makam ini adalah milik seorang wali Allah yang amat disegani oleh masyarakat Muslim Singapura terutama di kalangan orang Melayu. Namanya ialah Habib Nuh.

Nama penuh beliau ialah As-Sayyid Habib Nuh bin Muhammad Al-Habsyi. Beliau sebenarnya pernah tinggal Kedah sebelum berhijrah ke Singapura .Beliau berketurunan Arab berasal dari Yaman dan asal-usul keturunan beliau juga adalah daripada keturunan Rasulullah s.a.w. menerusi nasab Zainal Abidin bin Sayidina Hussein r.a. Bapa beliau,Syed Muhammad Al Habsyi dikatakan pernah berkhidmat dengan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II yang dimasanya terjadi penjajahan Siam sekejap ke atas Kedah dan plot Tunku Anum menjadi perisik ke Ligor dalam usaha membebaskan Kedah dari Siam.

Dari perkahwinan beliau dengan Anchik Hamidah yang berasal dari Seberang Perai, Pulau Pinang, mereka dikurniakan hanya seorang anak perempuan bernama Sharifah Badaniah. Sharifah Badaniah kemudiannya berkahwin dengan Syed Muhammad bin Hassan Al-Shatri di Jelutong, Pulau Pinang. Pasangan ini kemudiannya memberikan Habib Nuh hanya seorang cucu perempuan bernama Sharifah Rugayah. Dia berkahwin dengan Syed Alwi bin Ali Aljunied dan mereka mempunyai lima anak, dua lelaki dan tiga perempuan bernama Syed Abdul Rahman, Syed Abdullah, Syarifah Muznah, Sharifah Zainah dan Sharifah Zubaidah.

Habib Nuh ini memang terkenal warak dan selalu berjalan ke negeri-negeri Melayu terutamanya Johor untuk berdakwah. Waktu malamnya dihidupkan dengan solat malam sampai ke fajar.

Habis bab biografi.Sekarang Srikandi nak cerita keberanian Habib Nuh berdepan dengan Residen Singapura waktu itu, John Crawfurd yang berasal dari Scotland, dilantik menjadi Residen Singapura pada tahun 1823.

John Crawfurd ni biasalah macam perangai pegawai-pegawai Inggeris yang lain, suka dihormati dan dipatuhi oleh orang-orang yang di bawahnya.Dia akan marah jika ada orang yang tidak tunduk hormat bila lalu di hadapannya.

Jadi satu hari gabenor Singapura ini hot temper. Masalahnya ialah Habib Nuh tidak memberinya hormat sebagaimana orang lain.

Bagi Habib Nuh, beliau tidak suka memberikan penghormatan kepada orang yang angkuh dan semata-mata hebat keduniaannya. Walaupun rakyat Singapura rata-rata takut kepada gabenor itu, Habib Nuh rileks je.

John Crawfurd pun mengherdik dan menghina Habib Nuh. Akibatnya kereta kuda residen Inggeris itu seolah-olah terlekat ke bumi. John Crawfurd naik marah dan bertanyakan hal itu kepada pengiringnya. Tetapi pengiring itu bertanya kepada tuannya,

“Tahukah tuan siapakah orang yang tuan marah dan hina itu?”

Crawfurd menjawab, “Itu orang gila.”

“Sebenarnya dia bukan gila tetapi dia orang baik dan ada karamah. Lihat, bila tuan marah kepada dia, dia sumpah dan sekarang kereta tuan tidak dapat bergerak,” jelas pengiringnya.

John Crawfurd menjadi takut dan akhirnya meminta maaf dengan Habib Nuh. Setelah Habib Nuh menepuk-nepuk kaki kuda itu, barulah kuda itu berjalan pantas seperti biasa.

Tapi biasalah, John Crawfurd masih tak puas hati dengan Habib Nuh. Suatu hari dia perintahkan polis tangkap Habib Nuh dan sumbat dalam penjara. Tapi anehnya, para pengawal penjara terserempak dengan wali Allah itu rileks je ronda-ronda kat luar penjara tanpa dirantai sedikit pun. Apa lagi, mereka tangkap balik dan sumbat dalam penjara. Alih-alih, nampak lagi Habib Nuh bersiar-siar dengan selamba kat halaman penjara. Akhirnya mereka menyerah kalah dan membiarkan Habib Nuh bebas sesuka hatinya.

Kebanyakan orang di Singapura terutamanya orang Melayu di sana tahu akan kisah wasiat Habib Nuh yang ingin dikebumikan di sebuah bukit di Palmer Road. Pernah suatu ketika kerajaan Singapura mahu memindahkan makam ini untuk membina lebuhraya. Kerajaan Ultrakiasu ini tidak mengendahkan rayuan umat Islam Singapura. Jika istana dan rumah-rumah kerabat sultan pun berjaya diusik apatah lagi makam seperti itu. Namun jentolak yang ingin memindahkan makam ini tiba-tiba tidak berfungsi setiap kali mahu menyodok makam Habib Nuh. Akhirnya kerajaan Singapura mengalah dan hanya melencongkan lebuhraya. Tanah sekitar bukit itu pun malah ditambak sehinggakan dahulunya orang ramai menganggap ombak laut akan memusnahkan makam itu, kini makam itu tetap terpelihara dengan selamat.

Inilah dia tokoh yang patut kita contohi. Masa hidupnya tak takut dengan British walau ada kuasa dan harta yang luarbiasa. Orang yang hatinya tunduk pada Allah, semua makhluk tunduk pada dia. Tapi manusia yang takutkan manusia lain pasal manusia itu banyak harta dan pangkat maka dia akan jadi hina dina. Apatah lagi mengemis undi tak kunjung tiba.Lagi akan dihina dan diinjak-injak manusia lain.

Dari semasa hidup sampai meninggal dunia, orang bukan Islam segan dan takberani nak usik Habib Nuh hatta makamnya sekali.

Habib Nuh ni memang legend di Singapura. Kita tak perlukan 1000 orang macam punasihat 25 persen. Memang jahanam satu bangsa. Kita hanya perlukan sorang sahaja macam Habib Nuh ini. Seorang sahaja Habib Nuh dah menggentarkan Inggeris dan makamnya sahaja menggerunkan ultrakiasu .

Gambar : Makam Habib Nuh di Singapura

~ Srikandi

Advertisements

1 April 2017 - Posted by | Bersama Tokoh, Informasi, Q & A (Soal Jawab), Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: