Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

BOLEHKAH WANITA MENGHANTAR JENAZAH SUAMINYA KE KUBUR?

Nota: Rakaman ini dibuat di kelas Dhuha Muslimat bersama *Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid* di Masjid Darul Ehsan, Tmn Tun Abdul Razak, Ampang. Habib membahaskan tafsir ayat surah Al-Baqarah ayat 234-237. Ayat 234 ada kaitan dgn soalan yg ditanyakan, dan disebabkan byk berlaku kesilapan dlm hal ini akhir zaman ini.

Jawapan:
*TIDAK BOLEH, !!*
khususnya bagi isteri yg suaminya yg meninggal, kerana *iddahnya telah bermula,* dan isteri tidak blh keluar meninggalkan rumah suami kecuali *darurat.*

Darurat ini bukan mengikut persepsi kita, tapi mengikut apa yg ditetapkan oleh syarak.Antara sebab yg dibenarkan utk meninggalkan rumah suami adalah *jika keselamatannya terancam. Sebab2 seperti ingin menziarahi kubur, atau menghadiri majlis ilmu tidaklah termasuk sebab yg darurat.

Ibadah mesti mengikut cara yg diatur oleh Allah, bukannya mengikut hawa nafsu. Jadi, kalau ingin suami yg meninggal mendapat redha Allah Ta’ala, isteri tidak boleh keluar daripada rumah suaminya selama 4 bulan 10 hari. Yang beri suami dan yang tidak izinkan keluar ialah Allah SWT, jadi kita kenapatuhi arahan Allah dan bukan dgr apa masyarakat kata.

■Ambil iktibar daripada kisah Ummu Salamah yg pada asalnya ingin menunjukkan cara ratapan luar biasa ketika suaminya meninggal. Tetapi setelah dilarang oleh Nabi SAW, dia akur dan menurut apa yang diajar Rasulullah SAW, dan akhirnya diganjar Allah dengan dia akhirnya diperisterikan oleh lelaki terbaik, iaitu baginda RasuluLlah SAW sendiri. Iktibarnya – bila mana mendahulukan Allah, pasti ada ganjaran tidak kira sama ada akan diberikan ketika di dunia ataupun disimpan untuk akhirat.

■Isteri tidak perlu merasa bersalah dgn anggapan masyarakat yg mungkin mengatakan –“Isterinya tak hantar suaminya ke kuburlah.” Dan isteri juga tidak perlu rasa bersalah dan membuat helah seperti isteri ikut tapi duduk dalam kereta saja, atau duduk jauh sikit daripada tempat dikebumikan. Perasaan bersalah itu perlu diambil kira berdasarkan hukum Allah, dan bukan hukum budaya masyarakat. Jangan takut apa orang cakap.

■Pada zaman RasuluLlah SAW sudah ada golongan wanita yang hendak ikut ke kubur, lalu Nabi SAW bertanya kepada mereka, “Kamu hendak pergi kubur, adakah kamu pikul jenazah itu? Jawab mereka, “Tidak.” Baginda RasuluLlah SAW bertanya lagi, “Adakah kamu akan masuk ke dalam kubur untuk menguburkan jenazah?” Jawab mereka, “Tidak.” Lalu Rasulullah SAW berkata, “Kamu balik kamu dapat ganjaran, lebih baik daripada kamu ikut dan kamu dapat dosa.”

Ini bukan menunjukkan yg agama ini tiada perasaan kepada kaum wanita. Hari ini orang akan mengatakan seorang isteri tidak penuhi hak suami jika isteri tidak hantar jenazah ke kubur. Lama-kelamaan orang akan kata tidak penuhi hak suami jika tidak semua ahli keluarga hadir di kubur. Generasi akan datang pula akan kata tidak penuhi hak suami jika tidak masuk dalam kubur. Perubahan demi perubahan akan berlaku jika ianya dicipta mengikut akal fikiran manusia atau budaya tempatan yg sumbernya tidak tetap. Tapi jika ikut hukum Allah, ia sama saja tidak kira di mana berada – Malaysia, Indonesia atau Yaman dll.

■Jika ada yg kata, “Eh awak tak penuhi hak suami awaklah.
Jawab padanya, “Eh, Allah yg suruh saya tak ikut.” Oleh itu, pastikan apa yang kita buat itu adalah sesuai mengikut apa yang Allah Ta’ala suruh.

■Jika ikut cakap orang kita dapat dosa, tapi ikut cakap Nabi SAW, yang tidak pernah bercakap kecuali ianya wahyu drpd Allah Ta’ala, kita akan dapat pahala. Maka, rugi jika seseorang itu ikut cakap orang !
Di akhirat nanti bukan kawan itu yang akan membela kita di hadapan Allah, bahkan dia akan menjauh daripada kita.

■Jika isteri ingin melihat suami buat kali terakhir atau ingin solatkan, bawa jenazah pulang ke rumah sebelum dikebumikan. Siapa kata jenazah tidak boleh dibawa pulang ke rumah jika telah dimandi (dan disolatkan) di masjid?

■Jika ingin solatkan, baca Quran atau apa saja – buat di rumah agar isteri tidak perlu keluar. Kalau boleh mandikan di rumah lebih baik, tapi kalau tidak boleh, bawa ke masjid, dan kemudian bawa balik ke rumah. Nak buat tahlil di masjid boleh, tapi isteri buat di rumah saja.

■Isteri tidak boleh keluar menunggu suami
dimandikan di masjid atau seumpamanya, kerana *iddah bermula setelah suami meninggal.*

■Perempuan, kalau hendak pergi ke kubur, pergi pada hari selain daripada hari pengkembumian. Kecuali, jika satu kampung. itu tiada lelaki, semuanya perempuan. Maka, dalam hal ini – perempuan yang bawa jenazah, yang gali kubur, yang kebumikan, yang uruskan semuanya.

■Perempuan bukan dilarang pergi ke kubur, tapi risau berlaku perkara yg tidak sesuai dengan syarak jika ikut bersama lelaki yg menguruskan jenazah.
Kita pun lihat sendiri banyak berlaku, perempuan ahli keluarga duduk di hadapan kubur, dan sekelilingnya semuanya lelaki. Batasan antara lelaki dan perempuan tidak lagi diperhatikan. Tambahan pula kalau perempuannya tidak menjaga cara berpakaian yg sopan dan menurut syarak.

■Biarkan orang lelaki siap menguruskan. Esok pagi2, baru anak dan ahli keluarga pergi untuk bacakan Yasin ke… dan akan dapat baca dalam keadaan tenang dan tidak bercampur dgn lelaki.

■Ambil iktibar daripada kisah anak perempuan Nabi Syuaib, yang ketika ingin mengambil air daripada perigi. Walaupun memerlukan, mereka tidak beratur bersama lelaki, tetapi mereka tunggu jauh daripada perigi sehingga lelaki selesai, baru mereka akan ambil air. Sama juga kalau hendak ziarah kubur, tunggu orang lelaki selesai dulu, pergi keesokan harinya.

■Terdapat banyak perbahasan ulama dalam kes isteri yang kematian suami dan perlu keluar bekerja, kerana memang sukar mendapatkan cuti selama 4 bulan 10 hari. Dalam keadaan darurat, seseorang dibenarkan melakukan sesuatu yang haram sekalipun. Dalam hal ini, kalau isteri bekerja, perlu dilihat adakah pekerjaan itu keperluan darurat atau tidak. Kalau dengn dia tidak bekerja, tapi keperluan asasnya dapat dipenuhi, maka itu bukan darurat yg membolehkan dia untuk keluar bekerja. Tapi, kalau dengan dia tidak bekerja, dia tidak boleh makan atau anak2nya tiada yang menanggung, atau keluarga suaminya tidak mampu menanggungnya, dia ada sebab yang menyebabkan dia tidak boleh berhenti kerja, tapi sebab dan daruratnya itu perlu diambil kira oleh syarak dan bukan oleh diri sendiri. Jadi, dalam hal ini, dia boleh keluar bekerja tetapi tetap tidak boleh meninggalkan tuntutan lain seperti berhias, dan melakukan hanya yang diperlukan sahaja dan keluar dari rumah pergi kerja, dan kemudian pulang ke rumah, dan tidak pula singgah di tempat2 yang tidak berkaitan. Kalau nak pergi kedai, cuma untuk keperluan beli makanan dan minuman sahaja.

Wallahu’alam bissawab.

(Petikan dari FB Ustaz Yunan A Samad)

Advertisements

7 March 2017 - Posted by | Ibadah, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: