Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Soalan Bodoh Daripada Orang Tak Cerdik

Saya agak geli hati apabila diajukan soalan, Nabi Muhammad itu bermazhab apa? Soalan ini bukan ditujukan kepada saya, tetapi dikhabarkan oleh seorang sahabat kepada saya kemudiannya. Soalan seperti itu bukan untuk dijawab tetapi untuk difikirkan kelojikannya. Namun kalau saya diberi peluang ketika itu mahu juga dijawab.
Pada saya soalan itu adalah soalan bodoh yang perlu pun dilayan. Tetapi kalau tidak dijawab, orang awam akan keliru. Maka untuk menghilangkan kekeliruan itu, kita ajukan soalan balas kepadanya, Nabi Muhammad wujud dalam zaman mazhab apa?

Soalan susulan, adakah mazhab agama?

Apa itu mazhab?
Awal-awal lagi perlu ditegaskan ialah mazhab bukan agama tetapi satu jalan yang memandukan kita kepada agama. Bolehkah seseorang yang beragama tidak guna mazhab?Maka berdasarkan maksud mazhab, semua orang yang hendak beragama perlu guna mazhab. Kenapa?

Boleh ke seseorang yang hendak menuju ke sesuatu distinasi tanpa menggunakan jalan?Jawapannya sudah tentu tidak boleh. Semua orang perlu guna jalan sama ada jalan darat, laut atau udara. Untuk cepat sampai barangkali dia menggunakan jalan udara iaitu kapal terbang. Boleh juga menggunakan jalan laut dengan menaiki perahu, bot atau kapal. Tetapi kebanyakan orang menggunakan kenderaan darat mengikut kemampuan. Namun bagi yang miskin dia boleh berjalan kaki.

Bagitulah tamsilan mazhab bagi orang yang hendak beragama. Mazhab yang kita pilih sudah tersedia kenderaan yang bersesuaian dengan kemapuan kita. Sekurang-kurang mazhab yang mudah kita temui pada hari ini ialah, Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab Syafie dan Mazhab Hambali. Demikian jalan dan kenderaan kepada Agama Islam.

Nabi Muhammad Mazhab apa?
Awal-awal lagi perlu dijelaskan bahawa Nabi Muhammad yang membawa Islam atau agama kepada kita. Pemilik agama adalah Allah, dan Allah sudah memberi kuasa penuh kepadanya untuk membawa Islam kepada umatnya. Kalau begitu, dia tidak perlu kepada mazhab. Kenapa?

Nabi Muhammad tak perlu berjalan untuk dapatkan agama tatapi apa yang diperlukan dalam agama, Allah terus wahyukan kepadanya. Pendek kata, apa sahaja persoalan agama, akan dipandu terus oleh Allah. Jadi, jelas orang yang bertanyakan soalan di atas adalah orang yang tidak cerdik. Dia tidak dapat membezakan antara pembawa agama dengan kenderaan menuju ke agama.

Lebih tidak cerdiknya dia, seolah-olah dia tidak tahu bahawa mazhab itu wujud setelah beberapa tahun Nabi Muhammad wafat. Bagaimana Nabi Muhammad hendak ikut orang yang belum wujud atau dalam bahasa lain, bolehkah orang yang sudah mati nak ikut orang hidup. Apa perlunya orang mati ikut orang hidup? Wajarkah ayah kita yang sudah meninggal dunia mengikut anaknya?

Berdasarkan coretan rengkas ini, diharapkan tidak timbul lagi orang yang mempertikan mazhab. Tidak akan ada lagi orang yang tidak mahu ikut mazhab dalam beragama. Suka ditegaskan di sini, orang yang mendakwa tidak ikut mazhab sebenarnya juga bermazhab iaitu mazhabnya sendiri. Bandingannya, dia sedang guna jalan darat dengan berjalan kaki. Lambat laun dia akan sampai juga ke distinasi.

Persoalannya mengapa guna mazhab sendiri? Anda punyai ilmu sehebat imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafii dan Imam Ahmad. Anda cukup kuasa ilmu usul fiqh, ilmu hadis dan tafsir. Kalau anda sekadar baca makna al-Quran dan Hadis, maknanya anda tidak kenal bahasa Arab. Bolehkah buat mazhab sendiri? Tepuk dada tanya iman.

Oleh: Ustaz Ahmad Baei

Advertisements

5 March 2017 - Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab)

3 Comments »

  1. Dalam ISLAM jalan menuju kepada Allah swt bukan berpandukan Mazhab…tak pernah jumpa lagi yang dikatakan untuk mempelajari dan mengamalkan ajaran Islam kena ikut mazhab….mazhab itu pandangan ualia,ulama….nak memandukan kita kepada Islam ialah dengan cara SYARIAT,THARIQAT,HAKIKAT DAN MAKRIFAT BUKAN DENGAN MAZHAB..Barulah boleh dikatakan ISLAM itu ADDIN..seluruhnya…habis kalau di Mekkah,yang amalkan Islam tidak ikut Imam Syafie…jadi orang di Mekkah tu tak boleh sampai lah??? Di India,banyak orng Islam ikut fahaman Imam Hambali…jadi org di India tidak sampai jgk lah..di Malaysia..soal ibadat solat,puasa,zakat ikut Imam Syafie…tapi soal jual beli ikut Imam Hambali..pergi Haji ikut Wahabi pulak…Jadi soalan…Nabi Muhammad ikut mazhab mana,itu adalah soalan drpd orang yang cerdik dan berilmu….Jawapannya…Nabi Muhammad saw sendiri tidak ikut mana-mana mazhab sebab Nabi SAW hanya ikut ajaran ISLAM sebenar iaitu drpd ALLAH SWT…Baginda yakin dengan HAQQUL YAKIN akan kekuasaan Allah Taala…Jadi ikutlah cara Rasullullah walaupun kita tidak pernah bersua wajah dengan Baginda….

    Comment by Md Lela | 7 March 2017 | Reply

  2. Orang yang ikut mazhab,adalah orang yang tidak yakin dengan Allah swt…Imam Syafie,Imam Hambali,Imam Maliki dan Imam Ahamadi adalah ualia yang mashur dan terkenal…namun mereka juga yakin dengan kekuasaan Allah Taala dan mengikut ajaran Nabi Muhammad saw…Masalahnya sekarang mengapa harus atau wajib berpandukan kpd mazhab? Kenapa tidak ikut terus ajaran Nabi Muhammad saw? Yang diamalkan atau diajari oleh aulia 4 imam tadi sudah elok dan mereka juga diberi hidayah serta ilmu oleh Allah swt…manakan sama orang yang minum kopi dapat menceritakan atau menulis kitab sepertimana yang dirasainya…Jadi kenapa harus berpegang atau ikut mazhab2 ini,sedangkan para aulia imam2 ini pun tidak kita pernah temui,sama juga dengan Nabi muhammad saw…terus sajalah ikut ajaran Nabi SAW….apakah tidak yakin dengan Maha Kaya,Maha Agong,Maha BIjaksana dan Maha Menentukan Allah Taala? Adakah ilmu Allah Taala ini,hanya untuk sesuatu zaman shj??? Pada Nabi SAW dipanggil WAHYU,pada Aulia dipanggil Laduni,pada Wali dipanggil Karomah,pada orang awam dipanggil IDEA atau ILHAM…beza pada NAMA…tapi puncanya tetap sama daripada ALLAH TAALA….ISLAM tidak ada KASTA-KASTA….mengapa harus diadakan KASTA? Yakinlah dengan MAHA BIJAKSANA ALLAH SWT dan Yakinlah ISLAM adalah agama sepanjang zaman……akan tetap ada ilmu Allah swt didada-dada insan yang dikehendakinya….setiap masa Allah swt akan turunkan para aulia,waliNya… “Dan bagi setiap generasi ada yang memberi petunjuk.” (Ar Raad: 7) Dari Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mengu tus pada umat ini di setiap awal 100 tahun seorang (mujaddid) yang akan memperbaharui urusan agama mereka. ” (Riwayat Abu Daud) JADI..tak usahlah berdebat atau membuat hukam itu,ini bahawa seseorang itu harus bermazhab…IKUTLAH cara Nabi SAW….iaitu assunnah dan al quran…dan yakinlah pada Allah swt…

    Comment by Md Lela | 7 March 2017 | Reply

    • Md Lela ke yg tnya soalan tu…patut la x cerdik, lembab tu jgn simpan lama2 sgt, nti jd kanser

      Comment by AkuMie | 13 June 2017 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: