Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Adakah bercampur-campur Mazhab (Talfiq) dibolehkan?

Talfiq yang boleh menyebabkan batal sesuatu ibadat, HARAM mengharuskannya secara mutlak dan ianya melanggar Ijma’.
Talfiq terbahagi kepada DUA hukum, iaitu HARUS dan HARAM.

Memang selalunya golongan Pseudo-Salafi gemar membuat keliru orang ramai untuk meluluskan rencana mereka. Golongan ini membolehkan Ijtihad-ijtihad mereka dipakai walaupun bertentangan dengan ulama terdahulu. Bahkan dengan cara itu juga mereka melekeh-lekehkan pendapat yang sudah menjadi pegangan orang awam.
Konon-kononnya, praktikal ibadah orang awam juga bercampur-campur mazhab. Cuma orang awam mempraktikkannya scara sedar atau tidak sedar sahaja.

Dengan itu mereka mengatakan semua Talfiq adalah harus, termasuk juga Talfiq dalam kategori haram.
Walaupun wujud Talfiq yang harus, ia perlu diperhalusi lagi sebelum dihukumkan harus.

Jika yang diamalkan itu bukan dari amalan mazhab Muqallid itu sendiri dan tidak ada darurat untuk Muqallid tersebut beramal begitu, maka Muqallid tersebut tidak mendapatkan pahala dari amalannya. Ini kerana seseorang Muqallid hanya dibenarkan beramal dgn mana-mana amalan yang berada diluar mazhabnya apabila ada keperluan dan amalan itu adalah telah diiktibarkan oleh para Fuqaha’ dari mazhabnya.

Seseorang awam bertahap orang Muqallid, dia tidak disuruh dan diperintahkan untuk berijtihad atau mentahkikkan atau mentarjihkan mana-mana pendapat Fuqaha’ untuk beramal. Dia hanya diperintahkan bertanya sesuatu hukum yang tidak difahami kepada para ulama’. Jika masalahnya di dalam ilmu Feqah maka bertanyalah kepada ulama’ Feqah.

Ulama’ yang diikuti oleh seseorang Muqallid itu pula mestilah dari kalangan Mu’tabar dan yang sudah ditentukan mazhab yang dipegang. Juga yang tidak bermudah-mudahan (Tasahhul) di dalam berfatwa. Kerana Tasahhul di dalam berfatwa adalah merupakan antara ciri-ciri fatwa yang haram untuk diikuti. Bahkan Mufti yang bermudah-mudahan (Tasahhul) didalam mengeluarkan fatwa adalah berdosa.

Kedudukan peringkat seseorang Mufti di dalam hierarki keilmuan Feqah mempunyai banyak peringkat. Kebanyakkannya yang wujud pada hari ini adalah Mufti Dharurah Syar’ie seperti yang disebut oleh Syeikh Daud al-Fathoni di dalam kitab Furu’ Masail.

Seseorang Mufti selagimana ia tidak sampai pada tahap seseorang yang mampu Tarjih, dia dianggap masih berada pada tahap seorang ulama’ yang bertaqlid pada mazhabnya. Dia wajib berfatwa mengikut pendapat-pendapat yang muktamad dalam mazhabnya melainkan wujud keperluan, maka diharuskan berfatwa dengan pendapat yang lemah dan juga pendapat dari luar mazhabnya.

Jika seseorang Mufti sudah sampai pada tahap mampu Tarjih, maka wajib dia berfatwa mengikut Tarjih pada dirinya sahaja. Dan orang awam tidak diwajibkan untuk mengikut fatwa Tarjih daripada Mufti tersebut jika fatwa yang di’Tarjih’kannya itu bertentangan dengan pendapat-pendapat yang telah diputuskan MUKTAMAD oleh majoriti ulama’ dalam mazhab Mufti itu sendiri.

Mufti itu pula perlu membuat semakan dari sudut kebaikan (Maslahah) dan keburukan (Mafsadah)pada kepentingan orang ramai, samaada memberi faedah atau mudarat kepada orang awam. Mufti tersebut juga tidak boleh beperlakuan senang-lenang untuk mengeluarkan fatwa Tarjih yang menyusahkan orang awam.

Seperti yang berlaku dalam sesetengah kes fatwa-fatwa dalam negara kita.
Melainkan jika Mufti tersebut telah menggunakan autoriti pemerintah. Maka ia termasuk dalam perbahasan yang lain dan ianya diharuskan.

Atas kesedaran itu maka kita perlu memperbanyakkan orang yang faham pada ilmu ini di dalam Jabatan-jabatan Mufti dan dikalangan pihak-pihak berwajib di peringkat Negeri dan Kebangsaan. Agar agama ini dipelihara dan masyarakat berjaya dibangunkan dan dimajukan dengan keredhaan dari Tuhan..
……..

Adakah wujud Mufti mampu Tarjih pada hari ini?
Pandangan saya, saya masih belum berjumpa Mufti bertahap mampu Tarjih pada hari ini. Saya hanya berjumpa yang mendakwa mampu Tarjih dan bilangannya ramai.

Wallahu a’lam.

Tuan Guru Syaikh Abdul Rauf bin Nurin
Mudir Pondok Tampin

*ampun maaf atas edit yang mungkin menyalahi maksud asal Tuan Guru.

Rujukan: FB Hanafie Zainal Abidin

Di nukil dari FB Turath Nusantara

Advertisements

18 February 2017 - Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab)

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: