Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

ENAM NASIHAT YAHYA BIN MU’ADZ AR-RAZI

Yahya bin Mu’adz Ar-Razi berkata:
1. “Ilmu itu pembimbing amal.
2. Pemahaman itu wadahnya ilmu.
3. Akal itu penuntun kepada kebaikan.
4. Hawa nafsu itu kendaraan dosa.
5. Harta itu pakaian orang-orang yang takabbur.
6. Dunia itu pasarnya akhirat.”

Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ أَخَذَ مِنَ الدُّنْيَا مِنَ الْحَلَالِ حَاسَبَهُ اللهُ وَمِنْ أَخَذَ مِنَ الدُّنْيَا مِنَ الْحَرَامِ عَذَّبَهُ اللهُ
“Barang siapa mengambil dunia dengan cara yang halal, maka Allah pasti akan menghisabnya. Barang siapa mengambil dunia dengan cara yang haram, maka Allah pasti akan menyiksanya.” (HR. Hakim)

Rasulullah SAW juga bersabda:

أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ هَذِهِ الدُّنْيَا دَارُ الْتِوَاءٍ لَا دَارُ اسْتِوَاءٍ وَمَنْزِلِ تَرَحٍ لَا مَنْزِلِ فَرَحٍ فَمَنْ عَرَفَهَا لَمْ يَفْرَحْ لِرَخَاءٍ وَلَمْ يَحْزَنْ لِشِدَّةٍ أَلَا وَإِنَّ اللهَ خَلَقَ الدُّنْيَا دَارَ بَلْوَى وَالْآخِرَةَ دَارَ عُقْبَى فَجَعَلَ بَلْوَى الدُّنْيَا لِثَوَابِ الآخِرَةِ وَثَوَابَ الآخِرَةِ مِنْ بَلْوَى الدُّنْيَا عِوَضًا فَيَأْخُذَ لِيُعْطِىَ وَيَبْتَلِىَ لِيَجْزِىَ فَاحْذَرُوْا حَلَاوَةَ رِضَاعِهَا لِمِرَارَةِ فِطَامِهَا وَاهْجُرُوْا لَذِيْذَ عَاجِلِهَا لِكُرْبَةِ آجِلِهَا وَلَا تَسْعَوْا فِى عُمْرَانِ دَاٍر قَدْ قَضَى اللهُ خَرَابَهَا وَلَا تُوَاصِلُوْهَا وَقَدْ أَرَادَ مِنْكُمْ اجْتِنَابَهَا فَتَكُوْنُوْا لِسُخْطِهِ مُتَعَرِّضِيْنَ وَلِعُقُوْبَتِهِ مُسْتَحِقَّيْنَ
“Wahai manusia, dunia ini adalah tempat yang terjal, bukan tempat yang rata. Dunia ini tempat kesusahan, bukan tempat untuk bersenang-senang. Maka barang siapa benar-benar mengetahui dunia, tentu ia tidak akan gembira dengan kesenangannya dan tidak akan bersedih dengan kesusahannya. Ketahuilah, Allah menciptakan dunia ini sebagai tempat ujian, sedangkan akhirat merupakan tempat kebaikan (bagi orang yang bertakwa).

Allah menjadikan bencana dunia sebagai sarana untuk meraih pahala akhirat sebagai ganti dari bencana dunia (bila sabar menghadapinya). Dia mengambil (nikmat duniawi dari seseorang) dengan maksud untuk memberinya (ganti di akhirat) dan memberinya cobaan dengan maksud untuk memberinya pahala. Oleh karena itu, berhati-hatilah terhadap manisnya dunia, sebab terputus darinya terasa pahit; jauhilah kelezatannya yang sesaat, sebab kesedihannya terasa lama; dan janganlah engkau terlalu memakmurkan dunia yang telah Allah tetapkan kesirnaannya.

Janganlah terlalu bergantung kepada dunia, sebab Allah telah menghendaki engkau untuk menjauhinya. Jika engkau tetap melakukannya (bergantung kepada dunia), maka engkau termasuk mereka yang akan mendapat murka-Nya dan berhak mendapat siksa-Nya.” (HR. Dailami)

–Imam Nawawi Al-Bantani dalam kitab Nasha’ihul ‘Ibad

(Nukilan dari fb Tasawuf Underground)

18/02/2017 Posted by | Tasauf | Leave a comment

UTAMAKAN YANG FARDHU, LALU KERJAKAN SUNNAH

Syekh Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan:
“Seorang Mukmin hendaklah menyibukkan diri dengan ibadah-ibadah fardhu terlebih dahulu. Jika sudah selesai mengerjakannya, hendaklah menyibukkan diri dengan sunnah-sunnah yang utama. Jika sudah mengerjakannya, hendaklah menunaikan ibadah-ibadah sunnah biasa dan keutamaan-keutaman lainnya yang sejenis.

Selama dia belum selesai mengerjakan ibadah-ibadah fardhu, dia tidak boleh mengerjakan ibadah sunnah. Jika dia sampai melakukan hal itu, maka itu merupakan kebodohan yang sia-sia. Jika dia mengerjakan ibadah-ibadah sunnah biasa sebelum mengerjakan ibadah sunnah yang lebih utama dan lebih kuat, maka amal tersebut tidak akan diterima, bahkan dihinakan.

Perumpamaan orang itu seperti orang yang dipanggil oleh raja untuk melayaninya, tetapi dia tidak mendatangi dan tidak memenuhi panggilannya. Dia malah melayani pimpinan-pimpinan wilayah yang berada di daerah kekuasaan sang raja. Mereka hanya sebatas pelayan atau pembatu bagi sang raja.

Sayyidina Ali bin Abi Thalib r.a. mengatakan, “Rasulullah SAW pernah bersabda,’Sesungguhnya perumpamaan orang yang mendirikan shalat sunnah sebelum menunaikan shalat yang wajib itu seperti seorang wanita yang mengandung. Ketika masa nifasnya sudah dekat, kandungannya mengalami keguguran.

Maka, dia seperti orang yang tidak mempunyai kandungan sebelumnya. Begitu juga orang yang melakukan shalat sunnah tidak akan diterima shalatnya tersebut, sampai dia menunaikan shalat fardhu terlebih dahulu.

Perumpamaan orang itu adalah seperti seorang pedagang. Dia tidak akan memperoleh laba bersih sebelum modalnya kembali semua. Begitu juga orang yang shalat sunnah, shalat tersebut tidak akan diterima sampai dia menunaikan shalat fardhu.” (HR Al-Baihaqi)”

–Syekh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Futuhul Ghayb.

(Di nukil dari:Tasawuf Underground)

18/02/2017 Posted by | Tasauf | Leave a comment

Adakah bercampur-campur Mazhab (Talfiq) dibolehkan?

Talfiq yang boleh menyebabkan batal sesuatu ibadat, HARAM mengharuskannya secara mutlak dan ianya melanggar Ijma’.
Talfiq terbahagi kepada DUA hukum, iaitu HARUS dan HARAM.

Memang selalunya golongan Pseudo-Salafi gemar membuat keliru orang ramai untuk meluluskan rencana mereka. Golongan ini membolehkan Ijtihad-ijtihad mereka dipakai walaupun bertentangan dengan ulama terdahulu. Bahkan dengan cara itu juga mereka melekeh-lekehkan pendapat yang sudah menjadi pegangan orang awam.
Konon-kononnya, praktikal ibadah orang awam juga bercampur-campur mazhab. Cuma orang awam mempraktikkannya scara sedar atau tidak sedar sahaja.

Dengan itu mereka mengatakan semua Talfiq adalah harus, termasuk juga Talfiq dalam kategori haram.
Walaupun wujud Talfiq yang harus, ia perlu diperhalusi lagi sebelum dihukumkan harus.

Jika yang diamalkan itu bukan dari amalan mazhab Muqallid itu sendiri dan tidak ada darurat untuk Muqallid tersebut beramal begitu, maka Muqallid tersebut tidak mendapatkan pahala dari amalannya. Ini kerana seseorang Muqallid hanya dibenarkan beramal dgn mana-mana amalan yang berada diluar mazhabnya apabila ada keperluan dan amalan itu adalah telah diiktibarkan oleh para Fuqaha’ dari mazhabnya.

Seseorang awam bertahap orang Muqallid, dia tidak disuruh dan diperintahkan untuk berijtihad atau mentahkikkan atau mentarjihkan mana-mana pendapat Fuqaha’ untuk beramal. Dia hanya diperintahkan bertanya sesuatu hukum yang tidak difahami kepada para ulama’. Jika masalahnya di dalam ilmu Feqah maka bertanyalah kepada ulama’ Feqah.

Ulama’ yang diikuti oleh seseorang Muqallid itu pula mestilah dari kalangan Mu’tabar dan yang sudah ditentukan mazhab yang dipegang. Juga yang tidak bermudah-mudahan (Tasahhul) di dalam berfatwa. Kerana Tasahhul di dalam berfatwa adalah merupakan antara ciri-ciri fatwa yang haram untuk diikuti. Bahkan Mufti yang bermudah-mudahan (Tasahhul) didalam mengeluarkan fatwa adalah berdosa.

Kedudukan peringkat seseorang Mufti di dalam hierarki keilmuan Feqah mempunyai banyak peringkat. Kebanyakkannya yang wujud pada hari ini adalah Mufti Dharurah Syar’ie seperti yang disebut oleh Syeikh Daud al-Fathoni di dalam kitab Furu’ Masail.

Seseorang Mufti selagimana ia tidak sampai pada tahap seseorang yang mampu Tarjih, dia dianggap masih berada pada tahap seorang ulama’ yang bertaqlid pada mazhabnya. Dia wajib berfatwa mengikut pendapat-pendapat yang muktamad dalam mazhabnya melainkan wujud keperluan, maka diharuskan berfatwa dengan pendapat yang lemah dan juga pendapat dari luar mazhabnya.

Jika seseorang Mufti sudah sampai pada tahap mampu Tarjih, maka wajib dia berfatwa mengikut Tarjih pada dirinya sahaja. Dan orang awam tidak diwajibkan untuk mengikut fatwa Tarjih daripada Mufti tersebut jika fatwa yang di’Tarjih’kannya itu bertentangan dengan pendapat-pendapat yang telah diputuskan MUKTAMAD oleh majoriti ulama’ dalam mazhab Mufti itu sendiri.

Mufti itu pula perlu membuat semakan dari sudut kebaikan (Maslahah) dan keburukan (Mafsadah)pada kepentingan orang ramai, samaada memberi faedah atau mudarat kepada orang awam. Mufti tersebut juga tidak boleh beperlakuan senang-lenang untuk mengeluarkan fatwa Tarjih yang menyusahkan orang awam.

Seperti yang berlaku dalam sesetengah kes fatwa-fatwa dalam negara kita.
Melainkan jika Mufti tersebut telah menggunakan autoriti pemerintah. Maka ia termasuk dalam perbahasan yang lain dan ianya diharuskan.

Atas kesedaran itu maka kita perlu memperbanyakkan orang yang faham pada ilmu ini di dalam Jabatan-jabatan Mufti dan dikalangan pihak-pihak berwajib di peringkat Negeri dan Kebangsaan. Agar agama ini dipelihara dan masyarakat berjaya dibangunkan dan dimajukan dengan keredhaan dari Tuhan..
……..

Adakah wujud Mufti mampu Tarjih pada hari ini?
Pandangan saya, saya masih belum berjumpa Mufti bertahap mampu Tarjih pada hari ini. Saya hanya berjumpa yang mendakwa mampu Tarjih dan bilangannya ramai.

Wallahu a’lam.

Tuan Guru Syaikh Abdul Rauf bin Nurin
Mudir Pondok Tampin

*ampun maaf atas edit yang mungkin menyalahi maksud asal Tuan Guru.

Rujukan: FB Hanafie Zainal Abidin

Di nukil dari FB Turath Nusantara

18/02/2017 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Mengapa Melayu terus bermasaalah di Negara sendiri?

SEBAGAI umat Islam, saya amat hairan, pemimpin kita Melayu. Pembuat keputusan kita semua Melayu. Tetapi, pasal apa Melayu terus Melayu, lemah dan bermasalah dalam pelbagai bidang. Melayu hanya menjadi jaguh dalam kegiatan negatif. Tunjukkan kepada saya kekuatan Melayu!

Pertama, bidang pekerjaan. Melayu tidak mahu lagi menceburkan diri dalam bidang pekerjaan yang agak lekeh seperti buruh kasar dan tukang cuci. Tak glamor. Lebih 3 juta buruh asing mengambil alih tugas Melayu.

Kedua, bidang hiburan. Setakat ini amat kurang program hiburan yang mendidik. Melayu berhibur daripada program realiti bintang kecil sehinggalah bintang tua.
Semua program realiti akan berakhir Ramadan ini kerana pada kefahaman kita, ia bulan ibadat. Bagaimana pula bulan lain, dan kefahaman Islam jenis apakah ini?

Ketiga, bidang politik. Kita asyik berpecah. Ultra kiasu semakin bersatu. Sedar atau tidak, kita hanya ada 50 peratus. Apabila berpecah tiga, tidak mungkin kita boleh memerintah.
Malangnya, perpecahan semakin melebar. PRU14 adalah penentu nasib bangsa dan agama kita. Tunggu dan lihat, jika pengajaran tidak diambil.

Keempat, kita jaguh dalam segala aktiviti kemaksiatan iaitu gejala sosial, seks bebas dan sumbang mahram. Bukan bermakna bukan Islam tidak melakukannya.
Mereka pun banyak terlibat, mereka pandai makan, pandai simpan. Namun, mereka tidak sampai dirogol berkali-kali oleh 21 lelaki sehingga menjadi rekod dunia.

Kelima, bidang ekonomi. Ekonomi negara ini 70 peratus dikuasai bukan Islam. Maka tidak mustahil kita memakan DNA babi dan makanan tidak halal saban hari. Lihatlah bihun buatan ultra kiasu yang tersebar di laman sosial, cap Masjid lagi. Betapa kotor dan jijiknya. Ini baru bihun, belum yang lain.

Keenam, kita jaguh dalam aktiviti dadah dan dedah. Ultra kiasu menjadi penjual dan pengedar dadah. Kita menjadi penagih. Siapa yang kaya dan siapa yang rosak? Begitu juga pendedahan aurat sangat meloyakan. Contoh, syarikat penerbangan awam dan syarikat swasta.
Tidakkah boleh kita syaratkan pakaian mereka paling kurang, jika tidak menutup aurat, pakaian bersopan? Orang yang duduk di atas itu, adalah Melayu. Kenapa Melayu tidak selamatkan Melayu?

Ketujuh, kebanyakan stesen TV tidak berbayar, ketuanya semua orang Melayu. Tidak adakah rancangan hiburan yang lebih bersopan dan terkawal lirik dan aksinya?
Rancangan hiburan tidak ditentang tetapi biarlah sesuai dengan jati diri agama dan bangsa. Karpet merah dibuat pada waktu maghrib, solekan bermula sejak pagi lagi. Bilakah masa artis ini bersolat Zohor, Asar dan Maghrib?

Kelapan, berleluasa kegiatan judi, arak, pusat hiburan dan pelacuran. Kenapa bandar raya kita hidup 24 jam? Tidak banyak aktiviti yang mendidik. Kenapa jadi begitu? Siapa yang memberikan lesen semua ini?

Mudah sahaja menuding jari bangsa lain yang menyebabkan kita menjadi itu dan ini. Saya terus menjadi mangsa ultra kiasu dan musuh Islam yang lain. Tetapi siapa yang membenarkan mereka berleluasa? Betulkah semua itu salah mereka? Mereka hanya mengambil kesempatan.

Bak kata Dr Shukri Abdullah yang tersebar dalam laman sosial, siapakah yang menyebabkan Melayu mundur? Melayu alpa? Melayu merempit? Melayu ambil dadah? Melayu gila hiburan? Melayu asyik berkonsert.

Kita berkata, di mana Melayu boleh kawal, kenapa Melayu tidak kawal? Kenapa Melayu tidak kawal hiburan hingga melekakan remaja? Hingga kini, bukan saja remaja Melayu, mak bapak Melayu pun asyik dengan hiburan?

Masih ramai tidak bersolat dan tidak tahu bersolat. Apatah lagi untuk berjemaah di masjid. Siapa pemimpin tertinggi negara setakat ini di peringkat pusat dan negeri, termasuk ketua jabatan? Cina dan India?

Akhirnya, mari kita muhasabah diri. perbaiki bangsa kita, perbaiki amalan agama kita, perbaiki anak bangsa kita. 

Hanya Melayu Islam boleh menyelamatkan Melayu.

Kita Melayu, kita Muslim lupa perbaiki diri kita. Itu salah kita selama ini. Usah beralasan lagi. Mari kita sama-sama cari jalan keluar. 

Ayuh! Bersatulah! sama-sama fikir dan renung, sebelum terlambat.

(Ustaz Riduan Tee Abdullah – Di siar di Sinar Harian)

18/02/2017 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Renungan & Teladan | Leave a comment

Hilangkan Bisa, Lenguh Sendi, Gangguan Mahkluk Halus, Cuba Petua Ni.

Cara ini digunakan untuk menghilangkan bisa dalam badan, lenguh sendi, sakit belakang, sakit kepala, susah tidur malam dan banyak lagi khasiatnya antaranya menghindarkan gangguan makhluk halus.
Caranya mudah sahaja.

1-Beli 1pack Ais, masukkan ke dalam baldi Dan di campurkan Air sedikit dalam baldi tersebut..
2-Perahkan Limau Nipis@Limau purut dalam 4 ke 5 biji dalam baldi

Sebelum Mandi Anda baca:

Al-Fatihah 3x
Al-Ikhlas 3x
Dan Selawat 3x..

Sebaiknya baca ayat suci ini angkat baldi di luar bilik air dahulu selesai baca mandi.

Sebaiknya mandi ini buat bilasan terakhir, mandi dulu dengan Air biasa baru mandi air limau ini. Mula Mandi Dari kepala, lebihkan siram di belakang tengkuk dan bahu.

Sekiranya anda ada gangguan, anda akan rasa seperti angin keluar dari belakang tengkuk anda. badan, kepala akan menjadi ringan. Sekiranya anda sedawa atau muntah selepas mandi, dinasihatkan dapatkan rawatan Islam berhampiran.

Mandian ini hanya alternatif dalam merawat pesakit, buang angin dan bisa dalam badan. Disarankan mandi sebaiknya waktu selepas subuh dan selepas maghrib.

Izin Allah inshaaAllah sembuh.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Pusat Perubatan Islam Al-mujahidi

.

18/02/2017 Posted by | Bantuan dan Amal Jariah, Informasi | Leave a comment

   

%d bloggers like this: