Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Apa tujuan minta dalil?

Masalah orang awam zaman sekarang ialah kerana tidak tahu bahawa bukan al-Quran dan hadis saja adalah dalil.
Sedangkan dalam mazhab Syafi’e ada dalil al-Quran, hadis, ijmak dan qias. Ini semua adalah sumber ilmu atau tatapan para ulamak untuk mendapatkan hukum. Bahkan mazhab lain ada yg guna istihsan dll.
Sebab hukum-hukum yg kita dapati drpd semua itu adalah wajib, mandub (sunat), harus, makruh dan haram.
Jadi salahkah bertanyakan dalil?
Bukan salah tanya dalil, tp bila kami bagi “Ini pendapat imam Syafi’e dalam kitab sekian-sekian.” Atau “Imam Nawawi dan ibnu Hajar sependapat hukumnya harus dalam kitab sekian-sekian…” tapi ada orang tanya balik: “Kami taknak dalil tu. Tu perkataan manusia! Kami nak dalil drpd al-Quran dan hadis!!!”
Sedangkan boleh jadi hukum yg khusus ttg soalan yg kamu tanya itu tidak disebut dengan jelas dalam al-Quran dan hadis, akan tetapi sebaliknya ada dalam ijmak atau qias. Dan itulah dalil.
Ingat ye. Dalam bab feqah, al-Quran dan hadis tidak boleh diamalkan terus tanpa mengikut kefahaman para ulama yg ahli tentangnya. Kalau nak tahu macam mana para ulamak istidlal dgn dalil2 al-Quran dan hadis serta ijmak dan qias, kamu perlu baca kitab2 besar. Bahkan kitab2 syarah yang bawah sedikit drpd kitab2 induk pun ambil dalil2 yg disepakati dalam mazhab. Kalau kamu lihat kitab2 yg lebih besar, pasti kamu akan nampak betapa banyak perselisihan2 berlaku antara para ulama kerana mereka sendiri kadangkala berbeza dalam memahami dalil-dalil yg ada. Maka kitab syarah ataupun matan memilih mana yg disepakati dan diamalkan oleh orang awam.
Maka jangan marah kalau ada ulamak yg xmahu berikan dalil al-Quran dan hadis kepada kamu kerana takut2 kamu akan mengatakan “Dalil yg kamu beri tu xde pun sebut mcm yg kamu cakap? Takde pun Allah sebut bulu babi, tulang babi, mata babi dan sebagainya itu haram. Allah sebut tiga je; bangkai, darah dan daging babi!!!” Maka kalau kamu lihat secara zahir ayat, YA memang tidak ada jawapan yg kamu cari. Melainkan selepas kamu belajar bagaimana para ulama Syafieyyah istinbath dan menggunakan qiyas dan ijmak dalam berhukum.
Sedarlah diri sikit. Bila berada pada tingkatan orang awam, bertaqlid lagi bagus. Kalau nak tahu, belajarlah sampai jadi alim. Itupun kita belajar cuma untuk memahami bagaimana para ulamak beristidlal, cara mereka istinbath, cara mereka menggali hukum-hakam drpd sumber dalil yg ada. Barulah kita faham bagaimana rumitnya para ulama kumpulkan segala maklumat, daripada bab asbabun nuzulnya, nasikh wa mansukhnya, bahasa Arabnya dan macam2 lagi ilmu alat yg mendalam untuk menghasilkan sebuah itjihad drpd sumber2 dalil mereka itu. Ini semua bukan kerja orang awam mcm kita, tp para alim ulamak.
Kamu nak kata :”Kalau macam tu, umat akan keliru sampai bila-bila la? Xkan nak biarkan unat beramal tanpa dalil? Senang gila umat ini ditipu oleh ulamak2 kamu???”
Mak aku jawab, itu lebih selamat bg mereka daripada mereka mengambil hukum hakam drpd al-Quran dan hadith tanpa mengikut kefahaman para ulamak. Takut keliru? Belajarlah, naii tangga satu persatu. Jangan ikut jalan shortcut plak.
Makin berilmu makin tunduk. Bukannya bila dah tahu satu dalil, kamu katakan: “Ulamak Syafi’e salah!!! Ijmak konon. Aku ada dalil yg kuat lagi mutawatir yg lebih kuat drpd sahih untuk membuktikan bahawa ulamak salah! Jangan taqlid buta kepada para ulamak. Maka ayuhlah kita kembali ikut al-Quran dan hadis!”
Maka bertambahlah kerosakan dibumi kerana masing-masing ada ‘dalil’ dan ikut kepala sendiri. Sat lagi ada yg solat mengadap Masjidil Aqsa sebab ada disebutkan dlm al-Quran sedangkan hukum itu dimansuhkan dengan ayat perintah mengadap Mekah. Mcm2 alasan dan ijtihad nanti keluar, kononnya “Sila hormat ijtihad kami. Kami solat menghadap Masjidil Aqsa kerana nak selamatkan Palestin pula. Mekah dah selamat, kasihanilah orang Palestin! Dalil ada dlm al-Quran!” Tepuk kepala.
Jadi, silalah bersangka baik kepada para ulama, kenapa ada yg menolak utk berikan dalil kerana dalil al-Quran dan hadis bukan mainan orang awam. Malah, yg membiarkan orang awam bermain dengan zahir al-Quran dan hadis ini adalah golongan yg selalu mengajak utk kembali kpd al-Quran dan hadis kerana kononnya ada dalil (ya memang ada dalil, tp bukan dengan kefahaman minoriti) seolah2 menganggap para ulama tidak pernah mengikut al-Quran dan hadis pula.
Dan kalau kau tau dalil pun tak salah, cuma jangan memandai-mandai buat hukum sendiri.

Sumber:Ustaz Yunan A Samad

Advertisements

17 February 2017 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: