Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

BAGAIMANA MENCAPAI IKHLAS DALAM AMALAN.

Bahagian Dakwah, JAKIM

Ikhlas merupakan modal yang paling penting dalam melakukan amalan ibadah yang dikerjakannya. Kerana penilaian ibadah seorang hamba di sisi Allah SWT itu bergantung kepada keikhlasannya. Ikhlas itu merupakan urusan batin manusia yang dapat di lihat dengan amalannya. Hati yang ikhlas akan melahirkan amalan yang ikhlas.
Dengan kata lain ikhlas adalah melakukan amalan dan ibadah semata-mata kerana Allah SWT dengan meninggalkan amalan kerana manusia. Oleh kerana itu meninggalkan amalan kerana manusia adalah riak, melakukan amalan kerana manusia adalah syirik. Dan ikhlas itu adalah menjauhkan dari dua perkara tersebut.
Ikhlas merupakan pembuka pahala, amalan penolak bala’, dan diturunkan rahmat Allah SWT. Firman Allah SWT dalam al-Qur’an Surah Al-Bayyinah, ayat 5:
*وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ*
“Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar”.
Oleh kerana itu, tazkirah hari ini, ingin berkongsi sedikit tips bagaimana mencapai keikhlasan dalam melakukan amalan, di antaranya:
1. Hadirkan niat kerana Allah SWT dalam setiap amalan yang dilakukan meskipun pada perkara yang kecil-kecil.
2. Tanamkan perasaan benci dalam hati untuk mengharapkan pujian manusia. Kerana amalan yang kita lakukan di dunia adalah bekal kehidupan nanti di akhirat.
3. Perbanyakkan muhasabah diri adakah amalan yang dilakukannya betul-betul ikhlas kerana Allah SWT atau kerana manusia.
4. Dengan mengingati bahawa diterimanya amalan di sisi Allah SWT di sebabkan dua faktor utama, pertama ibadah dengan baik dan kedua ikhlas semata-mata kerana Allah.
5. Membiasakan diri melakukan ibadah (yang sunnah sunnah) secara bersendirian yang jauh dari pandangan manusia. Untuk mendapatkan nilai keikhlasan hati yang sebenar.
6. Jangan tertipu dengan pujian manusia dan ucapkan alhamdulillah serta beristighfar jika mendapat sanjungan daripada manusia.
7. Letakkan dalam diri kita bahawa setiap amalan yang dilakukan semata-mata mengharapkan redha Allah SWT bukannya mengharapkan balasan dari manusia atau pujian dari mereka.
8. Tanamkan sifat sabar dalam melakukan suatu amalan dan perbuatan sebagai buah dari keikhlasan dalam hati kita.
9. Salah satu tanda keikhlasan adalah rajin dan semangat dalam melakukan setiap amalan dan ibadah. Sehinggakan amalan-amalan sunnah pun dilakukan dengan rajin.
10. Menjauhkan diri dari sifat berbangga dengan diri sendiri serta mengelakkan dari sifat suka meninggikan diri sendiri.
11. Perbanyakkan doa kepada Allah SWT agar dijauhkan diri kita dari pada sifat riak dan takabbur dalam melakukan sesuatu amalan dan perbuatan.
Wahai kawan dan sahabatku sekalian. Ikhlaskan diri kita dalam melakukan semua amalan kebaikan. Dan jangan kita melakukan suatu amalan selain daripada Allah SWT.
Allah maha mengetahui amalan hambanya, adakah dilakukan amalan tersebut dengan ikhlas atau sebaliknya.
Ya Rahman Ya Rahim terimalah amal ibadah hambamu ini. Jauhkan kami ya Allah dari amalan yang bersifat riak dan sombong terhadap sesama manusia. Mudah-mudahan Engkau redha ya Allah dalam menerima segala amal ibadah hambanya. Amin !

Wallahu A’lam.

29 November 2016 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: