Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Ustaz suruh orang Awam beralih rujuk Quran dan Hadith sahaja supaya tak pening dengan berbagai bagai pendapat ulama………!??

Oleh: Haafizh A’li Makhdum Al – Masyhuuri

28 October at 21:50 ·

Terdengar satu kuliah seorang ustaz bercakap pada orang awwam di satu surau:
“Fiqoh ni khilaf banyak sangat sampai kita ni pun pening nak amik qaul mana satu…jadi nak elakkan begitu kembalilah pada quran dan sunnah insyaallah bebas dari khilaf. Masing2 maw ada kitab shahih Bukhari dan Shahih Muslim di rumah dan baca bagi khatam supaya tahu cara hidup nabi saw supaya tahu dengan mudah mana hadith mawdhu’ mana tak bila orang bawak satu2 hadith sebab kita tahu kehidupan nabi saw.”
Dengaq2 tudiaaa…amik baca kitab Shahihain sahaja? Sepanjang aq blajaq Shahih Bukhari 2 tahun ni dari Muqaddimah, Kitab Permulaan Wahyu, Kitab Iman, Kitab Ilmu, Kitab Wudhu’, Kitab Mandi sampailah minggu depan masuk kitab Haidh punya banyak khilaf ulama dalam membahaskan satu2 hadith.
Amik contoh satu sahaja, kitab al ghusl(mandi) 2 hadith terakhir iaitu bab apabila bertemu 2 khitan dan bab mandi apabila terkena sesuatu atas faraj wanita ya’ni jima’ sebelum masuk kitab haidh. Hadith pada menyatakan bab bertemu 2 khitan para fuqaha’ bersepakat dengan hadith Abu Hurairah r.a. ini bahwa apabila bertemu 2 khitan berjima’ wajib atasnya mandi meskipun tidak inzal(tak keluar mani). Ia juga amik qaul Aisyah r.ah dari Muwattho’ kerna beliau sahaja yang tahu soal nabi saw di rumah.
Kemudian, bab seterusnya disebut dalam hadith bahwa tidak wajib mandi malah cukup berwudhu’ sahaja jika jima’ tanpa inzal. Ini dibawa dalam hadith qaul Sayyidina Ali, Uthman, Zubair, Thalhah dan Ubay. Kenapa ia bercanggah dengan kata2 Aisyah r.ah. Maka ulama bahas hadith ini shahih tapi syaz meskipun sanadnya hasan dan Imam Ahmad mengatakan ia terdapat i’llah.
Maka keluaq satu qaedah nak tetapkan hukum syara’ jika berlaku khilaf satu2 qaul pada zaman sahabat dan telah berakhir generasi sahabat itu, maka ulama’ selepasnya perlu ijma’ pilih salah satu qaul syara’ kerna ijma’ ulama seperti ijma’ sahabat. Maka dipilih qaul Aisyah r.ah ya’ni wajib mandi meskipun tidak inzal dan ia tidak buleh lagi disebut khilaf kerna sudah diselesaikan oleh ijma’ ulama’.
Bayangkan orang awwam hanya baca sahaja tnpa rujuk yang arif dalam fiqoh mesti dikatakan khilaf dan ia memilih tuk tidak mandi. Apa akan jadik dengan seluruh ibadatnya? Subhanallah. Itu baru satu dua hadith bab Thaharah pulak tu…dah hadith Bukhari sahaja ada lebih 7000 hadith dikitabkan. Bagaimana ia nak menjalankan agama tanpa jalan seorang ulama’ yang memandunya?
#ThalibulIlmi

30 October 2016 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: