Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Ustaz suruh orang Awam beralih rujuk Quran dan Hadith sahaja supaya tak pening dengan berbagai bagai pendapat ulama………!??

Terdengar satu kuliah seorang ustaz bercakap pada orang awwam di satu surau:

“Fiqoh ni khilaf banyak sangat sampai kita ni pun pening nak amik qaul mana satu…jadi nak elakkan begitu kembalilah pada quran dan sunnah insyaallah bebas dari khilaf.

Masing2 maw ada kitab shahih Bukhari dan Shahih Muslim di rumah dan baca bagi khatam supaya tahu cara hidup nabi saw supaya tahu dengan mudah mana hadith mawdhu’ mana tak bila orang bawak satu2 hadith sebab kita tahu kehidupan nabi saw.”

Dengaq2 tudiaaa…amik baca kitab Shahihain sahaja? Sepanjang aq blajaq Shahih Bukhari 2 tahun ni dari Muqaddimah, Kitab Permulaan Wahyu, Kitab Iman, Kitab Ilmu, Kitab Wudhu’, Kitab Mandi sampailah minggu depan masuk kitab Haidh punya banyak khilaf ulama dalam membahaskan satu2 hadith.

Amik contoh satu sahaja, kitab al ghusl(mandi) 2 hadith terakhir iaitu bab apabila bertemu 2 khitan dan bab mandi apabila terkena sesuatu atas faraj wanita ya’ni jima’ sebelum masuk kitab haidh. Hadith pada menyatakan bab bertemu 2 khitan para fuqaha’ bersepakat dengan hadith Abu Hurairah r.a. ini bahwa apabila bertemu 2 khitan berjima’ wajib atasnya mandi meskipun tidak inzal(tak keluar mani). Ia juga amik qaul Aisyah r.ah dari Muwattho’ kerna beliau sahaja yang tahu soal nabi saw di rumah.

Kemudian, bab seterusnya disebut dalam hadith bahwa tidak wajib mandi malah cukup berwudhu’ sahaja jika jima’ tanpa inzal. Ini dibawa dalam hadith qaul Sayyidina Ali, Uthman, Zubair, Thalhah dan Ubay. Kenapa ia bercanggah dengan kata2 Aisyah r.ah. Maka ulama bahas hadith ini shahih tapi syaz meskipun sanadnya hasan dan Imam Ahmad mengatakan ia terdapat i’llah.

Maka keluaq satu qaedah nak tetapkan hukum syara’ jika berlaku khilaf satu2 qaul pada zaman sahabat dan telah berakhir generasi sahabat itu, maka ulama’ selepasnya perlu ijma’ pilih salah satu qaul syara’ kerna ijma’ ulama seperti ijma’ sahabat. Maka dipilih qaul Aisyah r.ah ya’ni wajib mandi meskipun tidak inzal dan ia tidak buleh lagi disebut khilaf kerna sudah diselesaikan oleh ijma’ ulama’.

Bayangkan orang awam hanya baca sahaja tanpa rujuk yang arif dalam fiqoh mesti dikatakan khilaf dan ia memilih tuk tidak mandi. Apa akan jadik dengan seluruh ibadatnya? Subhanallah.

Itu baru satu dua hadith bab Thaharah pulak tu…dah hadith Bukhari sahaja ada lebih 7000 hadith dikitabkan. Bagaimana ia nak menjalankan agama tanpa jalan seorang ulama’ yang memandunya?

Oleh: Haafizh A’li Makhdum Al – Masyhuuri

 

 

30/10/2016 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

KEKELIRUAN UMAT: INILAH JAWAPANNYA TIDAK MAHU IKUT ULAMA’, HANYA IKUT AL-QURAN DAN HADITH?

(Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).

“Hanya ikut Al-Qur’an dan Hadith sahaja”
كلمة الحق يراد بها الباطل
Perkataan yang benar, (tetapi) yang
dimaksudkan dengannya adalah
batil.

Jawapan
(1) Siapa yang faham Al-Qur’an dan hadith?

(2) Siapa yang memberi takrif wajib, sunat,
harus, makruh, haram, syarat, mani’…?

(3) Siapa yang memberi takrif Hadith Shahih,
Hasan, Dha’if, Maudhu’…?

(4) Siapa yang mengatakan rukun sembahyang
ada 13, syarat-syarat sembahyang, perkara
yang membatalkan puasa, rukun-rukun haji,
rukun-rukun nikah…?

Semuanya ULAMA’

Perintah Al-Qur’an untuk ikut ulama’
Mufassirin:
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ
“Jalan orang-orang yang Engkau telah berikan
nikmat kepada mereka…”

.“Mereka” termasuklah para Nabi, orang-orang shiddiqin(yang benar), syuhada’ (orang-orang yang mati syahid) dansolehin (orang-orang yang soleh)

• Para ulama’ termasuk orang-orang yang shiddiqin atausyuhada’ atau solehin.
Al-Faqir ilallahil Qadir

 
Oleh: Ustaz Muhadir bin Haji Joll
غفر اهلل له ولمشايخه ولواديه
Penasihat Syariah, Galeri Ilmu Media Group,
Mantan pensyarah UIAM
Panel Pembentang Irsyad Fatwa Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
Ustaz Muhadir bin Haji Joll as-Sanariy. Berasal dari Kuching, Sarawak. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Senari dan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Matang 2, Kuching. Memperoleh ijazah Sarjana Muda (Al-Quran & Hadis) dan Sarjana (Tafsir al-Quran) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Sedang melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD)
#kekeliruanumat #a4
+2

30/10/2016 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

11 BERITA GEMBIRA UNTUK “KAKI MASJID”.

6028158668_52dc3b01d2_b

“Kalau kakimu tidak membawamu ke masjid, bagaimana ia akan membawamu ke syurga!” Begitu sentap sekali perkongsian yang diterima dalam Whatsapp tempoh hari. Beruntunglah orang yang digelar kaki masjid. Sekurang-kurangnya mereka mendapat 11 ganjaran berikut;

1- Rasulullah berpesan: “Jika kamu melihat seseorang yang sentiasa ke masjid, maka persaksikanlah dia orang beriman. Allah berfirman: ‘Sesungguhnya orang yang memeriahkan masjid-masjid Allah hanyalah orang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat (Al-Tawbah 9: 18). ” (Riwayat Ibn Majah)

2- Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang pergi ke masjid jemaah, maka pada satu langkah dihapuskan dosa, pada langkah lain dicatatkan pahala, baik semasa pergi atau balik.” (Riwayat Ahmad, Ibn Majah)

3- Rasulullah bersabda: “Tiada seorang Muslimpun yang sentiasa menghadirkan dirinya ke masjid-masjid untuk solat dan zikir melainkan Allah gembira menyambutnya sebagaimana ahli keluarga yang bergembira menyambut saudaranya yang sudah lama menghilang.” (Riwayat Ibn Majah)

4- Rasulullah bersabda: “Ada tiga golongan semuanya dijamin Allah; ketika hidup dia diberikan rezeki dan kecukupan, apabila mati dia masuk syurga:

i. Sesiapa yang masuk ke rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin Allah.
ii. Sesiapa yang keluar rumah untuk ke masjid, maka dia dijamin Allah.
iii. Sesiapa yang keluar demi untuk berjuang di jalan Allah, maka dia dijamin Allah. (Riwayat al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad)

5- Rasulullah bersabda: “Tidak berkumpul suatu kaum di mana-mana rumah Allah, mereka membaca kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan, diliputi rahmat dan malaikat meneduhi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di depan malaikat-malaikat.” (Riwayat Muslim)

6- Rasulullah bersabda: “Ada tujuh golongan yang akan dinaungkan Allah dengan naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan selain naungan-Nya…seseorang yang hatinya terpaut pada masjid-masjid.” (Riwayat al-Bukhari)
Dalam riwayat Malik: “Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid sehingga dia kembali kesitu semula.”

7- Rasulullah bersabda: “Berilah khabar gembira kepada orang yang selalu berjalan kaki dalam kegelapan malam demi menuju ke masjid bahawa untuknya cahaya sempurna pada hari kiamat.” (Riwayat al-Tirmizi)

8- Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang solat berjemaah sempat dengan takbir pertama selama 40 hari kerana Allah, dicatatkan untuknya dua pelepasan; pelepasan daripada neraka dan pelepasan daripada sifat munafik.” (Riwayat al-Tirmizi)

9- Rasulullah bersabda: “Masjid rumah setiap orang bertakwa. Allah telah jamin sesiapa yang masjid menjadi ibarat rumahnya dengan keluasan, kerehatan dan kemudahan melepasi sirat menuju keredaan Tuhan.” (Riwayat al-Baihaqi)

10- Rasulullah berasabda: “Sesiapa yang berpergian pada waktu awal pagi atau petang menuju ke masjid, Allah akan menyediakan baginya tempat atau hidangan di dalam syurga setiap kali dia pergi ke masjid pada awal pagi dan petang.” (Riwayat Ahmad)

11- Allah berfirman: “Demikianlah, dan sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah maka kerana hal itu satu kesan ketakwaan hati.” (Al-Hajj 22: 32)

Dan Allah juga berfirman: “Sesungguhnya orang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertakwa.” (Al-Hujurat 49: 13)

* Ya Allah semoga kami menjadi kaki masjid dunia supaya kami termasuk dalam senarai VIP-Mu di syurga.

“Ya Allah, bantulah kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan melakukan ibadah yang terbaik untuk-Mu.”
(Riwayat Abu Dawud)

Oleh Ustaz Yunan A Samad

30/10/2016 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

   

%d bloggers like this: