Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

STRATEGI BISNES RASULULLAH

Artikel Oleh : Ibn Jawi

Masyarakat Arab dahulu memang terkenal dengan kebijaksanaan dalam perniagaan. Bahkan sehingga kini pun, para perniaga pasti berbangga jika dapat berkolaborasi dengan Tok Arab jika berniaga. Fuhh gitu.

Mereka berniaga dari Syam hingga ke Yaman. Pada musim panas dan musim sejuk. Kafilah-kafilah pedagang Arab ini akan bermusafir ke sana ke mari untuk melebarkan jaringan perdagangan. Dari Habsyah, ke Parsi, lalu ke India, singgah ke Nusantara dan seterusnya menuju ke China. Begitulah giatnya usaha perniagaan mereka.

Manakala orang Mekah pula, akan mendapat keuntungan berlipat ganda pada musim haji apabila pasar paling masyhur iaitu Pasar Ukaz akan menjadi tumpuan para pedagang dari serata dunia. Perdagangan umpama nadi utama masyarakat Arab. Bahkan Rasulullah sendiri menyatakan 9 per 10 kekayaan datangnya dari perniagaan. Rasulullah sendiri pergi ikut berdagang pada usia kanak-kanaknya ke Syam. Kemudian, baginda juga pernah memegang amanah memperdagangan barangan Siti Khadijah.

Namun, setelah baginda berhijrah, iaitu ke Madinah, tiada lagi pasar Ukaz. Muhajirin hanya membawa diri sendiri sehelai sepinggang. Mereka tidak membawa kebun-kebun, pasar-pasar, atau harta-harta yang banyak. Di Madinah, ekonomi setempat dikuasai oleh golongan Yahudi Madinah bagaikan “gergasi Kapitalis”. Mereka memonopoli perniagaan dengan begitu bijak sekali. Siapa lah tidak kenal kebijaksanaan kaum ini dalam perniagaan. Bahkan sehingga kini pun, Yahudi dan bisnes memang amat sinonim.

Setelah sampai ke Madinah, Rasulullah yang bijaksana ini tidak meroyan dengan perniagaan Yahudi. Baginda tidak memfitnah perniagaan orang. Tidak menghantar sihir mahupun santau paku dalam balutan kain kuning. Baginda tidak punya perasaan dengki hasad iri hati. Baginda tidak viralkan kempen “boikot produk Yahudi Laknatullah penindas kaum Muslimin”.

Apa yang Rasulullah lakukan adalah, baginda arahkan sahabat baginda iaitu Saiyiidina Abdul Rahman bin Auf untuk membeli sebidang tanah untuk dijadikan pasar. Pasar tersebut dinamakan Sauqul Ansar (Pasar orang Ansar) yang mesra masyarakat setempat. Ini adalah strategi bisnes baginda.

Rasulullah melarang perbuatan khianat, penipuan, penindasan, fitnah, iri hati dalam pernigaan. Pasar ini adalah pasar terbuka yang bebas untuk sesiapa sahaja. Paar ini dikawal selia seratus peratus oleh orang Muslim. Diharamkan riba dan dihalalkan jual beli. Ini merupakan persaingan sihat kepada pasar yahudi di Madinah. Rasulullah menerapkan budaya “Kerja Itu Ibadah”. Maka lahirlah rasa ikhlas, tawaduk, jujur dan lain-lain nilai murni dalam perniagaan Muslim ketika itu. Segala akhlak mulia terpancar dari cara peniaga Muslim melayan pelanggan. Tiada emo-emo, ego-ego, marah-marah, dan lain-lain sifat tidak professional ahli perniagaan.

Sifat ini menarik hati pelanggan. Malah, seluruh umat Islam Madinah bersatu bagi membangunkan ekonomi umat dengan membeli di pasar mesra pelanggan ini. Tiada sikap jatuh-menjatuhkan. Apabila melihat kemajuan perniagaan saudara seislam, tiada dalam hati sesama Muslim ketika itu membuat andaian, “Amboi, ramainya pelanggan. Sampai beratur. Ni mesti ada pakai tangkal pelaris, sihir…” dan sebagainya.

Lama-kelamaan, ekonomi Yahudi Madinah mereput dan akhirnya lumpuh. Ekonomi Muslim mencapai keuntungan dalam masa singkat. Dua kunci rahsia kemajuan perniagaan umat Islam pada ketika itu adalah :

Peniaga
1) Jujur kepada pelanggan.
2) Tidak iri hati kepada peniaga lain
3) Perkhidmatan dan layanan yang mesra pelanggan

Pelanggan
1) Beretika
2) Sifat kesatuan ummah
3) Sifat supportive dalam membangunkan ekonomi Muslim

25 October 2016 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: