Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

HUJJAH vs Brain Wash : Persoalan ‘sedekah pahala kepada si mati’

Pada zaman ini, Wahabi hanya perlu memasukkan LOGIK AKAL mereka ke dalam FB untuk brain wash orang awam yang taksub dan mudah ditipu.
>Sebagai contoh isu sampai atau tidak pahala yang disedekah kepada si mati<

HAZA jawab:
1- Berkata Imam Nawawi dalam Fatawanya, ms145:

“Sampai pahala doa dan pahala sedekah dengan Ijmak. Dan berlaku khilaf pada pahala bacaan Al-Quran. Maka berijtihad Imam Ahmad dan sebahagian ulama Syafiyyah: Sampai (pahala bacaan yang disedekah kepada si mati)
____________________________

2- Kemudian mereka memperlekehkan hujjah ini.

HAZA jawab:
Mereka tidak sedar kedua ulama mereka juga berkata demikian:
1) Ibnu Qayyim mengatakan sampai pahala kpd si mati (rujuk Ar-Ruh, ms143)
2) Ibnu Taimiyyah mengelarkan ahli bidaah kepada yang mengatakan doa, perbuatan baik dan pahala tidak sampai kepada orang mati kerana ia kesepakatan ulama (rujuk Majmu’ Al-Fatawa, jilid 24)
____________________________

3- Lalu ada juga yang tiada ilmu agama sedikit pun berhujjah dengan menyatakan “jika pahala boleh ditransfer, tentu dosa boleh ditransfer juga”

HAZA jawab:

Mereka ini teramatlah jahil dan gagal menemukan firman Allah s.w.t yg menjawab kepada kebodohan mereka.

وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ
“Dan seseorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain” (Al-An’am:164)
____________________________

4- Selepas tersungkur di situ, mereka datangkan hadis untuk menyatakan tidak sampai pahala kepada si mati:

“Apabila mati anak Adam, putuslah segala amal perbuatanNYA kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, anak soleh yang mendoakannya”

HAZA jawab:
Hati mereka terlalu hitam diselubungi kejahilan ketika membaca hadis ini.

»» Adakah mereka tidak melihat kalimah “amal perbuatanNYA”? Yang terputus ialah amal perbuatannya bukan amal orang lain.

»» Tidak diragui lagi, orang mati tidak mampu berbuat apa2 lagi untuk membantunya di dalam kubur melainkan 3 perkara itu yg telah ia tinggalkan di dunia.

»» Hal ini tidak bermaksud pahala orang lain tidak sampai. Penggunaan hadis ini menunjukkan kehitaman hati asatizah dan kejahilan orang awam.
____________________________

5- Kalau ada yang cerdik sedikit, mereka akan datangkan ayat Al-Quran:

“Dan tidaklah bagi seseorang kecuali apa yang telah dikerjakan” (An-Najm:39)

HAZA jawab:
Mari kita rujuk kitab Tafsir untuk memahami ayat ini lebih lanjut:

1) Tafsir Tobari, j.9, ms.27:
Ayat ini turun ketika Walid Ibn Mughirah masuk Islam diejek oleh orang musyrik, dan orang musyrik tadi berkata: “Kalau kamu kembali kepada agama kami dan memberi wang kepada kami, kami akan menanggung seksaanmu di akhirat”
Kemudian Allah menurunkan ayat ini sebagai bantahan kepada mereka.

Pada berikutnya, Imam Tobari menyatakan:
عن ابن عباس: قوله تعالى (وان ليس للانسان الا ما سعى) فانزل الله بعد هذا: (والذين ءامنوا واتبعهم بإيمان الحقنابهم ذريتهم) فادخ الله الابناء بصلاح الجنة الاباء
“Dari Ibn Abbas dalam firman Allah taala: (Tidaklah bagi seseorang itu kecuali apa yang telah dikerjakan) KEMUDIAN ALLAH MENURUNKAN ayat surah Ath-Thur: 21, (Dan orang-orang yang beriman dan anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, kami pertemukan anak cucu mereka dengan mereka, maka Allah memasukkan anak kecil ke syurga keeana kebaikan orang tua”
* maka yang dapat kita fahami disini ayat tersebut telah DIMANSUKHKAN dan diganti dengan hukum lain.

2) Tafsir Qurtubi, j.9, ms.82
قوله تعالى: (وان ليس للانسان الا ما سعى) روى عن ابن عباس انها منسوخة بقوله تعالى: (والذين ءامنوا واتبعهم بإيمان الحقنابهم ذريتهم)
“Firman Allah taala: (Tidaklah bagi seseorang itu kecuali apa yang telah dikerjakan) dan diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a sesungguhnya ayat ini telah MANSUKH dengan Allah menurunkan ayat surah Ath-Thur: 21, (Dan orang-orang yang beriman dan anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, kami pertemukan anak cucu mereka dengan mereka”

3) Tafsir Adhwa’u Al-Bayan fi Idhahu Al-Quran bil Quran, j.7, ms.419:
Pada mentafsirkan surah An-Najm ayat 39, penulis telah berkata:
“وقد اجمع العلماء على انتفاع الميت بالصلاة عليه والدعاء له والحج عنه ونحوى ذلك مما ثبت الانتفاع بعمل الغير فيه”
“Dan telah Ijmak ulama dalam masalah si mati memperoleh manfaat dengan selawat ke atasnya, doa kepadanya, haji baginya dan seumpamanya daripada apa yang telah tetap bermanfaat amalan orang lain padanya”

* Ketiga-tiga tafsir ini menunjukkan ayat Al-Quran yang kamu guna itu telah mansukh (dibatalkan) dengan turunnya surah At-Thur ayat 21 dan pahala doa kepada si mati adalah sampai.

>> Jika ada yang mengambil pendapat bahawa ayat ini belum dimansukhkan, maka saya nasihatkan kamu supaya melihat Asbabun Nuzul ayat ini. Sangat berbeza dengan kefahaman literal kamu.

>> Jika ada yang masih degil dan berkeras lagi, maka ketahuilah Ibnu Qayyim berhujjah dengan ayat ini untuk menyatakan sampai pahala kepada si mati. (Rujuk Ar-Ruh, ms 143)
____________________________

6- Ada juga dengan angkuhnya mengatakan orang mati tiada kaitan lansung dengan orang hidup.

HAZA jawab:
Kamu perlu belajar dan belajar dan belajar banyak lagi daripada pelbagai guru supaya kamu tidak TAASUB dengan fahaman Wahabi.

* Dalil orang hidup ada kaitan dengan orang mati ialah:

“واِنَّ المَيِّتَ يُعَذَّبُ بِبُكَاءِ اَهْلِهِ عَلَيهِ”
“Dan sesungguhnya mayat diazab dengan teriak tangis keluarganya ke atasnya” (HR Bukhari no. 1304)

* Hadis ini jelas menunjukkan tangisan ketidakredaan itu akan mengazabkan jenazah di dalam kubur.

* Kata Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki: “Jika tangisan keluarga si mati memberi azab kepada jenazah, tak kan lah Allah tidak menyampaikan pahala jika kita sedekah, berzikir dan membaca Al-Quran agar pahala itu disedekahkan kepada si mati.”

* Oleh itu fikirlah, jika hal negatif sebegini berkait dengan si mati, apatah lagi perkara positif seperti doa, zikir dan bacaan Al-Quran yang sudah tentu memberi manfaat kepada si mati jika diizinkan Allah.
____________________________

7- Ada juga yang begitu TAASUB dengan fahaman ini menolak mentah2 keenam hujjah di atas.

HAZA jawab:
Maka hujjah berikutnya, ialah saya ingin datangkan hadis mengenai Nabi mencacakkan pelepah kurma ke atas dua kubur yang di dalamnya di azab dengan berat, seperti sabdaan Nabi s.a.w:

“Ingatlah, sesungguhnya dua mayat ini sedang diseksa tetapi bukan kerana melakukan dosa besar. Seorang daripadanya diseksa kerana dahulu dia suka membuat fitnah dan seorang lagi diseksa kerana tidak menghindari diri daripada percikan air kencing. Kemudian baginda mengambil pelepah kurma yang masih basah lalu dibelahnya menjadi dua. Setelah itu baginda menanam salah satunya pada kubur yang pertama dan yang satu lagi pada kubur yang kedua sambil bersabda: Semoga pelepah ini boleh meringankan seksanya selagi ia belum kering.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Perhatikan Nabi s.a.w menyebut:

“لعلَّه ان يُخفِّفَ عنهما ما لم تيبسا”
“Mudah-mudahan ia (pelepah) tadi boleh meringankan azab keduanya selama ia belum kering” (HR Bukhari)

° Seperti diketahui umum setiap benda di langit dan di bumi bertasbih kepada Allah berdasarkan firman Allah pada surah At-Taghabun, ayat 1 dan Al-Isra’, ayat 44.

° Maka pengarang kitab Kasyifat Asy-Syubhat menyatakan “mencacak pelepah seperti ini dapat meringankan beban mayat dengan berkat bacaan tasbihnya.”

° Berkata Tuan Guru Haji Wan Zukir (ulama pondok di Pahang, sahabat TG Baba Rosli Tok Ayah):
“Jika pelepah bertasbih boleh meringankan azab orang mati, tak kan kita orang hidup ni tasbih tak jadi apa-apa kepada si mati?”

° Nabi s.a.w mengisyaratkan, benda tanpa akal pun boleh bagi manfaat kepada si mati. Kita yang berakal lagi muslim ini sudah tentu dapat memberi manfaat kepada si mati jika diizinkan Allah.

° Hadis ini tidak menunjukkan ia hanya mukjizat Nabi s.a.w semata-mata dan orang lain tidak memberi kesan apa-apa. Kerana jika benar ia mukjizat Nabi s.a.w, sudah tentu Nabi s.a.w tidak perlu meninggalkan pelepah yangg masih hijau itu bahkan Nabi s.a.w hanya perlu terus berdoa agar diringankan azab kubur.

° Demikian juga, sekiranya ada yang mengatakan ia adalah mukjizat Nabi secara khusus, maka sudah tentu Nabi pasti perbuatan itu dapat meringankan azab si mati. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya kerana Nabi s.a.w bersabda:

“لعلَّه ان يُخفِّفَ عنهما ما لم تيبسا”
“Mudah-mudahan ia (pelepah) tadi boleh meringankan azab keduanya selama ia belum kering”
~ Perkataan لعل yang bermaksud ‘mudah-mudahan’ atau ‘semoga’ yang menunjukkan ketidakpastian. Bahkan ia lebih merujuk kepada pengharapan atau suatu usaha beserta doa agar diringankan azab.

° Ada satu wahabi cakap, ini khusus kepada Nabi s.a.w. Sedangkan tiada pengakuan daripada Nabi s.a.w sepertimana Nabi s.a.w akui hanya baginda dibenarkan/dikhususkan berkahwin melebihi 4 isteri. Maka pengkhususan ini buat adalah BIDAAH.

° Amalan ini juga telah thabit sebagai amalan Salafussoleh yang dilakukan oleh sahabat yang bernama Buraidah ibn Al-Hasiib Al-Aslami yang mewasiatkan agar dilakukan sedemikian rupa dikuburnya kelak seperti yang dinyatakan oleh Imam Bukhari, Imam Ibnu Hajar dan Imam Nawawi.

“Sebagai orang yang claim dirinya Salafi, anda patut beramal seperti ini.”
____________________________

8- Datang pula, manusia yang ego tidak mahu terima keterangan ini dengan memperalatkan beberapa qaul ulama.

HAZA jawab:
Untuk lebih adil, ayuh kita lihat syarahan dua imam terhadap hadis tersebut:

i) Pendirian/Ijtihad Imam Nawawi telah dijelaskan pada kitabnya Syarah Sahih Muslim iaitu:
واستحب العلماء قراءة القران عند القبر لهذا الحديث لانه اذا كان يرجى التخفيف بتسبيح الجريد فتلاوة القران اولى والله اعلم
“Dan ulama menyatakan mustahab (sunat) bacaan Al-Quran DI SISI KUBUR berdasarkan hadis ini kerana jika diharapkan keringanan (azab kubur) dengan tasbih maka yang lebih utama/baik ialah bacaan Al-Quran”
(Rujuklah Syarah Sahih Muslim, j.3, ms.145, cet. Dar Taufiqiah Li Thurath)

ii) Begitu juga fatwa Amirul Mukminin fil Hadis Imam Ibnu Hajar al-Asqalani melalui kitab Fath Al-Bari syarah Shahih Al-Bukhari:
وكذلك فيما فيه بركة الذكر وتلاوة القران من باب الاولى
“Dan demikian (dalam usaha meringankan azab si mati) dengan berkat zikir dan bacaan Al-Quran yang menjadi lebih utama”
(Rujuklah Fath Al-Bari, j.1, ms.465, cet. Dar Mishr Li Tiba’ah)
____________________________

9- Sebahagian daripada golongan ini tidak malu menyandarkan hujjah tidak sampai pahala kepada Imam Syafie, sedangkan dalam bab Qunut mereka mengkritik Imam Syafie bahkan mereka berlepas diri daripada mazhab.

HAZA jawab:
– Syeikhul Islam Imam Zakaria Al-Anshari Al-Syafi’e menyatakan:
ان مشهور المذهب اي فى تلاوة القران محمول على ما اذا قرأ لا بحضرة الميت ولم ينو الثواب له او نواه ولم يدع
“Sesungguhnya pendapat masyhur dalam mazhab Syafie mengenai bacaan Al-Quran (tidak sampai pahala kepada si mati) adalah apabila bacaan tidak ketika mayat berada di dalam majlis dan jika tidak diniatkan hadiah pahala kepadanya atau diniatkan pahala bacaan kepadanya tetapi tidak membaca doa (supaya disampaikan pahala bacaan) sesudah bacaan Al-Quran tersebut” (Rujuk Hukm Asy-Syar’iyyah Al-Islamiyyah fi Al-Ma’tam Al-Arbain, ms 43)

° Begitu juga ulama Syafiyyah lain yang mengatakan sampai pahala kepada si mati di antaranya Imam Suyuthi dalam Syarh Ash-Shudur, Imam Nawawi dalam Al-Majmu’, Imam Ramli dalam Al-Minhaj dan lain2.

° Kenapa pendapat Imam Syafie tidak sama dengan ulama Syafiyyah?
I) Ulama Syafiyyah memahami hujjah dan dasar yang Imam Syafie gariskan.
II) Ulama Syafiyyah telah menghimpunkan pendapat-pendapat Imam Syafie dan membuat keputusan muktamad.
III) Ulama Syafiyyah juga ahli ijtihad yang berkelayakkan berijtihad dan mereka berijtihad berdasarkan usul yg diputuskan Imam Syafie.

° Walau bagaimanapun, ada riwayat yang menyatakan Imam Syafie mengkhatamkan al-Quran di sisi makam Imam Laith bin Sa’ad (rujuk Az-Zakhirah Ath-Thaminah, ms64)

° Saya sertakan di sini ulama yang menyatakan sampai pahala kpd si mati:

¤ Mazhab Syafie:
Imam Nawawi melalui kitab Fatawa Nawawi, Imam Ibnu Hajar Al-Haitami melalui kitab Al-Fatawa Al-Fiqhiah Al-Kubra, Imam Suyuthi melalui Al-Hawi, Amirul Mukminin fil Hadis Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani melalui Fath Al-Bari dan lain-lain.

¤ Mazhab Hanafi:
Al-Marghani dlm (Al-Hidayah), Allamah Badruddin Al Aini dlm (Syarh ala Kanz Ad-Daqaiq) dan Az-Zaila’i.

¤ Mazhab Maliki
Qadhi Abu Iyadh (Syarh Sahih Muslim), Ibn Rusyd, Allamah Ibn Al-Hajj (Al Madkhal), Allamah Abd Al Haq Al Isnili (Al Aqibah).

¤ Mazhab Hanbali:
Ibnu Taimiyyah dan Ibn Qayyim spt saya nyatakan di atas. Syeikh Muhammad Al-Manbaji (Tasliyyah Ahl Al Mashaib), Ibnu Jauzi dan Al-Muhaqqiq Ibn Al Humam.

Hal ini dikukuhkan lagi apabila Imam Syafie sendiri pernah menziarahi makam Imam Laith bin Sa’ad, kemudian beliau membaca Al-Quran.
وقد تواتر ان الشافعي زار الليث بن سعد واثنى خيرا وقرأ عنده ختمة وقال: ارجوا ان تدوم
“Dan telah mutawatir (masyhur) riwayat bahawa Imam Syafie telah menziarahi maqam Imam Laith bin Sa’ad. Beliau memujinya dan membaca Al-Quran di sisi kuburnya dengan sekali khatam. Imam Syafie berkata: Aku mengharapkan agar ia (amalan membaca Al-Quran seperti di sisi makan Imam Laith) akan berterusan.”
(Rujuklah kitab az-Zakhirah Ath-Thaminah, ms.64)
____________________________

10- Namun, masih ada lagi golongan yang berkeras mempertikaikan hal ini. Mereka tanpa segan silu mendatangkan ijtihad Imam Syafie yang dinaqalkan dalam kitab Tafsir Ibnu Kathir pada surah An-Najm ayat 39 bagi menegaskan pahala tidak sampai kepada si mati.

HAZA jawab:
Pertama, mengenai An-Najm ayat 39 telah dijawab di seperti di atas bahawa ayat tersebut telah mansukh. Manakala, Ibnu Qayyim yang menganggap ayat tersebut tidak mansukh juga berfatwa bahawa pahala dikirimkan sampai kepada si mati seperti dinaqalkan dari kitabnya ar-Ruh.

Kedua, seperti saya jelaskan pada persoalan ke-9 mengenai kemusykilan kenapa pendapat ulama Syafiyyah kelihatan bercanggah dengan ijtihad Imam Syafie. Saya telah nyatakan bahawa “Ulama Syafiyyah telah menghimpunkan pendapat-pendapat Imam Syafie dan membuat keputusan muktamad”.

Keterangan lanjut adalah seperti berikut:

i) Telah timbul qaul mukhtar di kalangan ulama bermazhab Syafie kerana ada perkataan Imam Syafie yang lain seperti:

قال الشافعى : وأحب لو قرئ عند القبر ودعى للميت
“Asy-Syafie berkata : Aku menyukai sekiranya dibacakan Al-Quran di sisi kubur dan di doakan untuk si mati”

ii) Juga disebutkan oleh Imam al-Mawardi di dalam al-Hawi al-Kabir, Imam Nawawi dalam Al-Majmu’ al-Imam Ibnu ‘Allan dan yang lainnya dalam kitab mereka dengan lafaz berikut :

قَالَ الشَّافِعِيُّ رَحِمهُ اللَّه: ويُسْتَحَبُّ أنْ يُقرَأَ عِنْدَهُ شيءٌ مِنَ القُرآنِ، وَإن خَتَمُوا القُرآن عِنْدهُ كانَ حَسناً

“Imam Asy-Syafie rhm berkata : Disunnahkan agar membaca sesuatu dari al-Quran disisi kubur, dan apabila mereka mengkhatamkan al-Quran disisi kubur maka itu adalah baik”

iii) Untuk lebih memahami lagi, lihatlah penerangan Syeikhul Islam Imam Zakaria al-Anshari dalam dalam Fathul Wahab :

أما القراءة فقال النووي في شرح مسلم المشهور من مذهب الشافعي أنه لا يصل ثوابها إلى الميت وقال بعض أصحابنا يصل وذهب جماعات من العلماء إلى أنه يصل إليه ثواب جميع العبادات من صلاة وصوم وقراءة وغيرها وما قاله من مشهور المذهب محمول على ما إذا قرأ لا بحضرة الميت ولم ينو ثواب قراءته له أو نواه ولم يدع بل قال السبكي الذي دل عليه الخبر بالاستنباط أن بعض القرآن إذا قصد به نفع الميت نفعه وبين ذلك وقد ذكرته في شرح الروض

“Adapun pembacaan al-Quran, Imam Nawawi mengatakan didalam Syarh Muslim, yakni qaul masyhur dari mazhab Syafie bahawa pahala bacaan al-Quran tidak sampai kepada si mati, sedangkan sebagian ashab kami menyatakan ia sampai, dan sebahagian ulama berpendapat bahwa sampainya pahala seluruh ibadah kepada si mati seperti solat, puasa, pembacaan al-Quran dan yang lainnya.”
“Dan apa yang dikatakan sebagai qaul masyhur dibawa atas pengertian apabila pembacaannya tidak di hadapan si mati, tidak meniatkan pahala bacaannya untuknya atau meniatkannya, dan tidak mendoakannya.”
“Bahkan Imam as-Subkiy berkata ; Yang menunjukkan atas hal itu (sampainya pahala) adalah hadis berdasarkan istinbath bahwa sebagian al-Qur’an apabila diniatkan dengan bacaannya akan bermanfaat bagi si mati dan diantara yang demikian, bahawa ia telah dinyatakan di dalam syarah ar-Raudhah”

iv) Bagi memahami lebih lanjut kita perlu perhatikan perkataan Syeikhul Islam Imam Zakaria Al-Anshari melalui kitab az-Zakhirah Ath-Thaminah:

والقول المذكور مبني على عمل الامام الشافعي فإنه كان يزور قبر الامام الليث بن سعد ثم يتلو الاذكار والقران الكريم : وقد تواتر أن الشافعي زار الليث بن سعد و أثنى وقرأ عنده ختمة و قال أرجو أن تدوم فكان الامر كذالك (الذخيرة الثمنية ص ٦٤
“Dan perkataan tersebut (ijtihad Imam Zakaria Al Anshori), berdasarkan perbuatan Imam Syafie, bahawasanya Imam Syafie menziarahi makam Imam Laith bin Sa’ad kemudian melantunkan zikir-zikir dan Al-Quran, dan sungguh telah mutawatir, bahawasanya Imam Syafie menziarahi kubur Imam Laiths bin Sa’ad, memujinya dan membaca (alquran) dengan sekali khatam, dan beliau berkata : Aku mengharapkan agar ia (amalan membaca Al-Quran seperti di sisi makan Imam Laith) akan berterusan, maka begitulah seperti apa yang dikatakan (didoakan) oleh Imam Syafie”
(Rujuklah kitab az-Zakhirah Ath-Thaminah, ms.64)

v) Di antara perkataan Imam Syafie yang mengisyaratkan sampai pahala kepada si mati ialah:
وفى مناسبة أخرى قال الامام الشافعي : ويستحب أن يقرأ عنده شيئ من القرأن ، وإن ختموا القرأن كله كان حسنا (دليل الفالحين ج ٦ ص ١٠٣)
“Pada tempat lain, Imam Syafie berkata : Disunnahkan agar membaca sesuatu dari al-Quran disisi kubur, dan apabila mereka mengkhatamkan al-Quran disisi kubur maka itu adalah baik”
(Rujuklah Dalilul Falihin, j.6, ms.103)

“Lupa nak tanya, apa hujjah kamu???”

Disediakan oleh : Hafiz Al-Za’farani (HAZA)

PESANAN:
Tidak halal teks ini di’copy’ melainkan dikekalkan keseluruhan teks tanpa penambahan atau pengurangan.

Advertisements

18 October 2016 - Posted by | Uncategorized

1 Comment »

  1. Bolehkah kita menghadiahkan bersolat kepada orang yang tidak bersolat yang masih hidup? (Kerana ada pendapat menyatakan kita boleh beramal dan menghadiahkan pahala kepada orang lain?)

    Comment by Zalainee | 8 February 2017 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: