Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

​ORANG AWAM TIDAK WAJIB BERMAZHAB?

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 165 (26 JANUARI 2016 / BERSAMAAN 16 RABIULAKHIR 1437H)

Soalan:

Assalamualaikum ustaz,

Baru-baru ini tersebar beberapa video dari beberapa Ustaz mengatakan orang awam tak perlu bertaklid bermazhab. Kita boleh ikut mana-mana mazhab, mengikut mana yang ringan bagi kita. Mohon pencerahan Ustaz berkenaan isu ini, kerana saya pun keliru dengan kenyataan begini. Jazakallahu khairan.

Wassallam.
Jawapan:

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Ini hanyalah satu pandangan. Di Malaysia, secara umumnya kita menggunakan fiqh mazhab al-Imam Muhammad bin Idris al-Syafie dalam pentadbiran Islam dan inilah mazhab yang dominan diamalkan. Dalam hal lain, tidaklah pula kita melarang, contohnya, saudara kita daripada bangsa India dan Pakistan yang melazimi mazhab al-Imam Nu`man bin Tsabit Abu Hanifah. Berkata sebahagian ulama: mazhab orang awam ialah mazhab syeikh mereka. Berkata Syeikh al-Azhar, Syeikh Hasananin Muhammad Makhluf:

مذهب العامى فتوى مفتيه المعروف بالعلم والعدالة

Maksudnya: Mazhab orang awam ialah fatwa muftinya yang diketahui keilmuannya dan keadilannya.
Maka, difahami, apabila kita menetapkan satu-satu mazhab dalam negara, tujuannya ialah untuk menyelesaikan sesuatu isu dengan harmoni berdasarkan mazhab yang muktabar juga, yakni mazhab al-Syafie, agar khilaf tidak berpanjangan dan menatijahkan perkara yang buruk, tanpa menafikan kewujudan mazhab-mazhab lain.

Wallahua`lam.
Pautan ke laman rasmi PMWP: http://goo.gl/yB1Hx8

13 October 2016 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: