Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

JANGAN MERASA DIRI BAIK…

Oleh Ustaz Yunan A Samad

JANGAN MERASA DIRI BAIK…
❎ Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun kita solat cukup 5 waktu serta tepat pada waktunya.
❎ Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun kita bersedekah setiap hari malah lebih banyak nilai disedekahkan.
❎ Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun hari-hari kita nasihat dan tegur orang lain yang berbuat silap.
❎ Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun kita sudah pakai jubah,beserban, bertutup litup dengan sempurna.
❎ Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun setiap malam kita jaga solat Tahajjud, Witir, Hajat dan amalan sunat lain.
❎ Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun hari-hari kita ke masjid atau surau untuk beribadah dan menambah ilmu.
❎ Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun setiap saat kita update status berunsur nasihat dan dakwah.
❎ Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun setiap masa kita menolong orang lain.
JANGAN MERASA DIRI KITA LEBIH BAIK DARIPADA ORANG LAIN.
Kerana kita takkan pernah tahu dimanakah saat HATI kita IKHLAS melakukan amalan amalan soleh, menasihati orang serta beramal ibadah lain yang bakal diterima oleh Allah Swt.
Kita tak tahu amal manakah yang Allah terima.
Selalu letak diri kita dalam keadaan ” aku sedang perbaiki diriku dan cuba bantu orang lain ” untuk menjadi lebih baik.
Kerana Allah hanya memandang tepat pada hati hambaNya. Wujud keikhlasan atau sekadar penuh Riak dan Hasad.
Jadi laksanakanlah sesuatu kebaikan hanya kerana mengharapkan REDHA Allah. Disamping kita perbaiki diri sendiri serta orang lain.
Hanya Allah yang akan terus beri kita PETUNJUK serta JALAN KEBENARAN.

27 June 2016 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: