Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Hukum mencium mushaf Al Quran

image
Soalan:
Ketika saya masih anak-anak, orang tua saya membiasakan saya mencium mushaf Al-Qur’an setelah mengajinya, dan kebiasaan itu hingga sekarang masih terus saya lakukan, bahkan tertular ke anak-anak saya.
Sebenarnya, bagaimana hukumnya mencium mushaf Al-Qu’ran itu? Sunnahkah? Meski tidak tahu dalilnya, saya menganggap itu sebagai suatu hal yang baik. Terima kasih.

Jawab:

Kami kutip dari NU Online (Nahdatul Ulama Indonesia) bahwasannya kebiasaan mencium mushaf pada dasarnya lebih karena mengagungkan Al-Qur`an yang berisi petunjuk dariAllah swt.

Sedang mengenai hukum mencium mushaf itu sendiri menurut keterangan yang terdapat dalam kitab al-Itqan fi ‘Ulumil Qur`an yang ditulis oleh Jalaluddin as-Suyuthi adalah sunah.

Alasan yang dikemukakan beliau adalah bahwa sahabat Ikrimah bin Abu Jahl sering melakukan hal tersebut. Di samping itu karena mushaf Al-Quran adalah anugerah dari Allah swt. Karenanya, kita disunahkan untuk menciumnya sebagaimana kita disunahkan mencium anak kecil kita.

Alasan lain yang dikemukakan sebagian ulama—sebagaimanadikemukakan Jalaluddin As-Suyuthi—adalah bahwa kesunahan mencium mushaf itu dikiaskan atau dianalogikan dengan kesunahan mencium Hajar Asw

ad.
يُسْتَحَبُّ تَقْبِيلُ الْمُصْحَفِ لِأَنَّ عِكْرِمَةَ بْنَ أَبِيجَهْلٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ كَانَ يَفْعُلُهُ وَبِالْقِيَاسِ عَلَى تَقْبِيلِالْحَجَرِ الاَسْوَدِ ذَكَرَهُ بَعْضُهُمْ وَلِأَنَّهُ هَدْيُهُ مِنَ اللهِتَعَالَى فَشِرعَ تَقْبِيلُهُ كَمَا يُسْتَحَبُّ تَقْبِيلُ الْوَلَدِ الصَّغِيرِ

“Disunahkan mencium mushaf karena Ikrimah bin Abu Jahl melakukaknnya, dan (dalil lain) adalah dengan dikiaskan dengan mencium HajarAswad sebagaimana disebutkan oleh sebagian ulama, dan karena mushaf Al-Qur`an merupakan anugerah dari Allah swt. Karenanya disyariatkan menciumnya seperti disunahkannya mencium anak kecil. (Lihat Jalaluddin As-Suyuthi, al-Itqanfi ‘Ulumil Qur`an, Bairut-Dar al-Fikr, juz, II, h. 458).

Demikian jawaban singkat yang dapat kami paparkan. Semoga bisa dipahami dengan baik. Sering-seringlah membaca Al-Qur`an dan merenungkan kandungan maknanya karena itu merupakan anugerah dan petunjuk Allah swt.

Sumber

25/06/2016 Posted by | Ibadah, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | Leave a comment

Antara tanda baiknya Islam seseorang adalah dia meninggalkan sesuatu yang bukan urusannya

Baginda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam meninggalkan pesan kepada umatnya dengan satu pesanan yang pendek tetapi sangat padat dan barakah.
Apa pesanan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam?
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه ) حديث حسن رواه الترمذي وغيره .
Maksudnya : Daripada Sayyiduna Abi Hurairah radhiyallahu anhu kata beliau : Telah bersabda Junjungan Besar Sayyiduna Rasulullah sallallahu alaihi wasallam :

( Antara tanda baiknya Islam seseorang adalah dia meninggalkan sesuatu yang bukan urusannya)

Pesanan Nabi ini ada beberapa perkara kita perlu teliti :

1) Muslim yang baik adalah yang menyibukkan dirinya pada sesuatu yang berfaedah pada dirinya. Maksud sebaliknya, jika seseorang itu menyibukkan diri pada sesuatu yang tidak berfaedah bagi dirinya maka ini bukanlah seorang yang baik.

2) Bilamana seseorang muslim itu menyibukkan dirinya bukan pada yang sepatutnya maka dia perlu bimbang kerana ianya salah satu tanda bahawa Allah taala berpaling daripadanya.
Telah berkata Sayyiduna al-Hasan al-Basri radhiyallahu anhu :
من علامة إعراض الله عن العبد : أن يجعل شغله فيما لا يعنيه
Maksudnya : Antara tanda Allah berpaling tidak memberikan rahmat dan inayah kepada hambaNya ialah disibukkan hamba tersebut dengan sesuatu yang tidak berfaedah dan berkaitan dengannya.

3) Jika umat Islam beramal dengan hadis ini sahaja, sudah cukup untuk menjadikan dunia ini aman daripada jenis manusia yang kesemua perkara ingin dibahaskan.

Maka tidak akan lahirlah Ustaz berlagak menjadi pakar perubatan sedang dia bukan ahlinya. Doktor berlagak jadi muhaddis dan fuqaha sedang dia bukan ahlinya.

Pelajar sibuk menjadi pengulas politik sehingga kesemua orang salah dan ulama pun salah jika bertentangan dengan pandangannya.
Maka porak perandalah dunia disebabkan kelompok sebegini.

Semoga Allah taala mengurniakan kita insaf dan amal di dalam ilmu.

Ustaz Nazrul Nasir

25/06/2016 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

Adakah Kita Dibenarkan Untuk Menulis Ayat Al-Quran, Hadith Dan Zikir Dalam Tulisan Rumi

Blog Fatwa Malaysia

Adakah Kita Dibenarkan Untuk Menulis Ayat Al-Quran, Hadith Dan Zikir Dalam Tulisan Rumi

ISU:

Adakah kita dibenarkan untuk menulis ayat al-Quran, hadith dan zikir dalam tulisan rumi? Mohon penjelasan .

PENJELASAN:

Firman Allah SWT dalam surah Fussilat ayat 3, yang bermaksud, “Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya.”

Para ulama sepakat mengatakan bahawa tidak dibenarkan menulis ayat al-Quran dalam tulisan selain tulisan Arab mushaf Uthmani. Imam Ibnu Hajar al-Haytami menjelaskan dalam kitab Fatwanya, para ulama sepakat melarang menulis ayat al-Quran dalam tulisan selain tulisan Arab walaupun dengan tujuan untuk mengajar. Dakwaan yang mengatakan jika ditulis ayat al-Quran menggunakan tulisan yang difahami oleh sesuatu masyarakat memudahkan mereka untuk belajar al-Quran, dakwaan itu adalah sesuatu pembohongan dan tidak mengikut amalan umat Islam terdahulu.

al-Zurqani menjelaskan dalam kitabnya ‘Manahil al-‘irfan’, para ulama melarang menulis ayat al-Quran menggunakan tulisan selaian tulisan Arab kerana ia membuka ruang yang luas kepada penyelewengan dan perubahan makna. Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Lujnah Fatwa al-Azhar, berkaitan menulis ayat al-Quran menggunakan tulisan rumi: Dilarang menulis ayat al-Quran menggunakan tulisan rumi, walaupun dikatakan ia boleh menyamai dengan konsep tulisan Arab (iaitu menggunakan transliterasi), kerana apabila menulis ayat al-Quran menggunakan tulisan rumi sudah pasti akan berlaku perubahan cara bacaan dan makna. Wajib menjaga al-Quran daripada sebarang bentuk perubahan atau penyelewengan.

Fatwa di Malaysia turut menjelaskan bahawa haram menulis ayat al-Quran menggunakan tulisan rumi. Muzakatah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-24 bersidang pada 5 dan 6 Jun 1989 bersamaan 2 dan 3 Zulkaedah 1409 telah mengambil keputusan bahawa: ‘Adalah haram ditulis atau digunakan mana-mana bahagian daripada al-Quran dengan tulisan yang bukan huruf Arab atau bukan sistem tulisan al-Quran. Memandangkan keadaan yang ada dalam masyarakat Islam di Malaysia, maka Muzakarah menasihatkan bahawa pelaksanaan fatwa ini hendaklah dijalankan secara berperingkat-peringkat dengan tidak menyusahkan mana-mana pihak.’

Manakala menulis hadis, doa, atau zikir bahasa Arab dalam tulisan rumi, jika bertujuan untuk pembelajaran, maka ia dibenarkan, selagi mana ia tidak mengubah makna hadis, doa, atau zikir tersebut. Ia hanya untuk pembelajaran awal bagi golongan yang masih belum boleh membaca tulisan bahasa Arab. Namun, setelah boleh membaca dalam tulisan Arab, maka hendaklah membacanya dalam tulisan Arab. Ini bagi memastikan hadis, doa, atau zikir itu dibaca dengan betul.

Wallahua’lam

Rujukan: http://www.e-fatwa.gov.my/blog/adakah-kita-dibenarkan-untuk-menulis-ayat-al-quran-hadith-dan-zikir-dalam-tulisan-rumi

25/06/2016 Posted by | Fatwa, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Bila Lailatul Qadr berlaku.

(Dari Bahagian Tarekat Tasauwuf – Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan)

image

Bila Lailatul Qadr berlaku.

Ulamak berselisih pendapat tentang bilakah berlakunya Lailatul Qadr. Di dalam Kitab Fath al-Bari fi Syarh Sahih al-Bukhari menyebutkan ada 46 pendapat ulamak berhubung bilakah berlakunya Lailatul Qadr. Ada yang menyatakan ianya berlaku setiap 7 tahun sekali sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muhammad bin al-Hanifah, ada yang menyatakan ianya berlaku pada setiap bulan, ada yang menyatakan ianya berlaku pada awal Ramadhan, sebahagian lagi mengatakan ianya berlaku pada setengah bulan Ramadhan yang kedua, ada mengatakan ianya berlaku pada malam ke-17 Ramadhan dan jumhur mengatakan ianya berlaku pada 10 malam yang terakhir bulan Ramadhan.
Imam Syafie mengatakan Lailatul Qadr itu terkandung dalam 10 hari yang terakhir Ramadhan pada malam yang ganjil iaitu malam ke 21 dan malam ke 23.

Formula Ulamak Tafsir Yang Semasa[1],
Lailatul Qadr berlaku pada malam ke 27 Ramadhan. Hal ini berdasarkan kepada 2 perkara dalam Surah al-Qadr iaitu:
i) Allah mengulang-ulangkan perkataan ( لَيْلَةُ القَدْرِ ) pada 3 tempat dan perkataan ( لَيْلَةُ القَدْرِ ) terdapat 9 huruf. Sehubungan dengan itu 3 x 9 = 27.
ii) Surah al-Qadr mengandungi 30 patah perkataan. Perkataan ( هِيَ ) pada ayat yang terakhir surah ini berada di kedudukan yang ke 27.

Formula Imam Ghazali,
Malam Lailatul Qadr ditentukan berdasarkan bilakah hari awal Ramadhan itu jatuh.
1 Ramadhan. Lailatul Qadr
_______________ ___________________
Isnin Mlm 21 Ramadhan
Sabtu Mlm 23 Ramadhan
Khamis Mlm 25 Ramadhan
Selasa/Jumaat Mlm 27 Ramadhan
Ahad/Rabu Mlm 29 Ramadhan
Justeru, al-Syeikh Yusuf Khattar Muhammad menyatakan hikmah tidak ditentukan Lailatul Qadr secara yakin adalah supaya kita sentiasa melakukan ibadah kepada Allah pada setiap malam dalam bulan Ramadhan khususnya pada 10 malam yang terakhir. Sabda Nabi S.A.W,
فَالتَـمِسُوهَا فِى العَشْرِ الأَوَاخِرِ فِى الوِتْرِ

Yang bermaksud, Maka kamu carilah ia (Lailatul Qadr) pada 10 malam terakhir (bulan Ramadhan) iaitu pada malam yang ganjil.[2]

Tanda-tanda berlakunya Lailatul Qadr.

Ulamak berkata: Tanda-tanda berlakunya Lailatul Qadr seperti kurangnya salakan atau lolongan anjing, kurangnya suara kaldai, air masin bertukar menjadi tawar, ada yang dapat melihat makhluk ciptaan Allah tunduk sujud kepada-Nya dan mendengar mereka berzikir.
Terdapat sebuah hadith daripada Jabir bin Samrah menyatakan,
لَيْـلَةُ القَدْرِ لَيْـلَةُ مَطَرٌ وَرِيحٌ

Yang bermaksud, Lailatul Qadr ialah malam yang hujan dan berangin[3].

Selain itu, kita akan dapat melihat pada keesokan paginya cahaya sinaran matahari yang cerah dan hari tersebut tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.

[1] Al-Nafahat al-Nuraniyah fi Fadhail al-Ayyam wa al-Layali wa al-Syuhur al-Qomariyah, al-Syeikh Yusuf Khattar Muhammad, Matba’ah Nadhr, 2001, bab Lailatul Qadr hlmn 201.

[2] Fath al-Bari bi Syarh Sohih al-Bukhari, al-Hafiz Ahmad bin Ali bin hajar al-Asqolani, Dar al-Fikr, 1996, Kitab Fadl Lailatul Qadr, Jld 4, 786
[3] Fath al-Bari bi Syarh Sohih al-Bukhari, al-Hafiz Ahmad bin Ali bin hajar al-Asqolani, Dar al-Fikr, 1996, Kitab Fadl Lailatul Qadr, Jld 4, 791

25/06/2016 Posted by | Bicara Ulama, Informasi, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | Leave a comment

   

%d bloggers like this: