Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

ADAKAH ANDA MUJTAHID”

(Maulana Hussin Abdul Qadir Yusufi)

PETIKAN KULIAH

“ADAKAH ANDA MUJTAHID”

oleh MAULANA HUSSEIN

KAEDAH-KAEDAH PARA IMAM MUJTAHID menurut SYEIKH MUHADDITH INDIA, MAULANA SYAH ABDUL AZIZ

1. Beliau merupakan anak kepada Syah Waliyullah Ad-Dehlawi.

2. Katanya dalam menyelesaikan masalah khilaf seperti percanggahan hadis, maka imam mujtahid memiliki kaedah-kaedahnya.

3. Imam Malik berpegang kpd amalan penduduk madinah krn ia tempat tinggal Rasulullah saw, padanya ada sahabat besar yang dekat dengan Rasulullah saw. Cth mcm larangan waktu solat pada tiga waktu termasuk waktu tgh hari.

Imam Malik melihat orang madinah solat nafilah (sunat) pada waktu tgh hari (zawal). Maka Imam Malik berpegang riwayat waktu karahah solat ada dua dan bukan tiga seperti dalam riwayat.

Maka riwayat itu disisi Imam Malik mansukh atau marjuh.Kata ibnu qayyim (murid ibn taymiyah) ;

من أصول مالك اتباع عمل أهل المدينة وإن خالف الحديث (بدائع الفوائد)
“Diantara dasar Imam Malik ialah menuruti amalan penduduk Madinah walau amalan xselari dengan hadis.”

4. Maka tatkala ijtihad Imam kelihatan bercanggah dengan hadis (sebenarnya xbercanggah) maka kita perlu tahu bahawa imam mengetahui banyak riwayat. Dan mereka memilih riwayat yang tepat.

Memilih yang rajih disisinya. Seperti riwayat dua waktu karahah sebagaimana diriwayatkan dalam bukhari dan diamalkan oleh ahlul madinah.

5. Jangan mudah mentohmah ulamak xjumpa hadith. Ulamak hidup zaman khairul qurun disebut xjumpa hadis, sedangkan kita duk syarrul qurun sangka kita lebih jumpa hadis.

6. Imam Syafie berpegang pada amalan hijazi serta menyelidiki padanya. Maksudnya jika hadis kelihatan berlawanan, maka beliau akan selaraskan maknanya. Tatkala ke mesir & iraq, beliau terima riwayat daripada thiqat. Bila didapati riwayat itu lebih kuat dari amalan penduduk hijaz, maka terbitlah dlm mazhabnya qaul qadim (pendapat lama) dan qawl jadid (baru).

7. Imam Ahmad Ibn Hanbal biasanya amalkan zahir hadis. Tetapi dgn cara khususkan mengikut punca hadis, sababul wurud. Oleh yg demikian banyak disandarkan mazhabnya kpd golongan zhahiriyah(gol yang amal zahir hadis/literal)

8. Akhirnya mazhab hanbali dirosakkan oleh puak yang mencampurkan mazhab hanbali dengan akidah mujassimah.

9. Cth, dalam mazhab hanbali, ada hadis nabi saw tatkala seseorang bangun tidur, kena basuh tangan. Kerana xtahu dimana letaknya masa tidur. Disisi imam ahmad,jika xbasuh, kalau celup tangan dalam air samada bernajis atau x, maka air yg dicelup akan jadi bernajis.

Imam syafie pula berijtihad dengan melihat pelbagai sudut. Seperti amalan orang arab yang tidur memakai kain, yang beristinjak tanpa air dan cuaca panas yang tatkala tidur orang arab berpeluh. Begitulah kaedah-kaedah ulamak mujtahid. Bukan hukum secara jahil seperti yang berlaku hari ini.

10. Adapun imam abu hanifah, melihat syariat ada dua bahagian. Pertama kaedah umum yg jadi dasar hukum. Cth sempurna jual beli melalui ijab qabul. Kedua apabila berlaku kejadian yg merupakan juzuk,seolah2 menepati pengecualian kaedah umum, maka mujtahid kena jaga kaedah umum.cth jualan barang akan batal dengan adanya syarat fasid (rosak).

Adapun kaedah juzuk yg berlaku pada kisah jabir yang jual unta pd Rasulullah saw yang mensyaratkan selepas bayar dia akan naik unta lagi sampai madinah, maka ia menyalahi kaedah dan tidak dibuat sandaran hukum disisi abu hanifah .

– Catatan ringkas alfaqir mudir Mtdhs Darul Hadis Sabah di kuliah “adakah anda mujtahid siri3” di Madrasah Huffaz Darul Hadis Sabah, kota kinabalu jam 11.42 malam (20.06.2016)
Mudir MTDHS Ust Mat Razali

image
Maulana Hussein

24 June 2016 - Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: