Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

ADAKAH ANDA MUJTAHID”

(Maulana Hussin Abdul Qadir Yusufi)

PETIKAN KULIAH

“ADAKAH ANDA MUJTAHID”

oleh MAULANA HUSSEIN

KAEDAH-KAEDAH PARA IMAM MUJTAHID menurut SYEIKH MUHADDITH INDIA, MAULANA SYAH ABDUL AZIZ

1. Beliau merupakan anak kepada Syah Waliyullah Ad-Dehlawi.

2. Katanya dalam menyelesaikan masalah khilaf seperti percanggahan hadis, maka imam mujtahid memiliki kaedah-kaedahnya.

3. Imam Malik berpegang kpd amalan penduduk madinah krn ia tempat tinggal Rasulullah saw, padanya ada sahabat besar yang dekat dengan Rasulullah saw. Cth mcm larangan waktu solat pada tiga waktu termasuk waktu tgh hari.

Imam Malik melihat orang madinah solat nafilah (sunat) pada waktu tgh hari (zawal). Maka Imam Malik berpegang riwayat waktu karahah solat ada dua dan bukan tiga seperti dalam riwayat.

Maka riwayat itu disisi Imam Malik mansukh atau marjuh.Kata ibnu qayyim (murid ibn taymiyah) ;

من أصول مالك اتباع عمل أهل المدينة وإن خالف الحديث (بدائع الفوائد)
“Diantara dasar Imam Malik ialah menuruti amalan penduduk Madinah walau amalan xselari dengan hadis.”

4. Maka tatkala ijtihad Imam kelihatan bercanggah dengan hadis (sebenarnya xbercanggah) maka kita perlu tahu bahawa imam mengetahui banyak riwayat. Dan mereka memilih riwayat yang tepat.

Memilih yang rajih disisinya. Seperti riwayat dua waktu karahah sebagaimana diriwayatkan dalam bukhari dan diamalkan oleh ahlul madinah.

5. Jangan mudah mentohmah ulamak xjumpa hadith. Ulamak hidup zaman khairul qurun disebut xjumpa hadis, sedangkan kita duk syarrul qurun sangka kita lebih jumpa hadis.

6. Imam Syafie berpegang pada amalan hijazi serta menyelidiki padanya. Maksudnya jika hadis kelihatan berlawanan, maka beliau akan selaraskan maknanya. Tatkala ke mesir & iraq, beliau terima riwayat daripada thiqat. Bila didapati riwayat itu lebih kuat dari amalan penduduk hijaz, maka terbitlah dlm mazhabnya qaul qadim (pendapat lama) dan qawl jadid (baru).

7. Imam Ahmad Ibn Hanbal biasanya amalkan zahir hadis. Tetapi dgn cara khususkan mengikut punca hadis, sababul wurud. Oleh yg demikian banyak disandarkan mazhabnya kpd golongan zhahiriyah(gol yang amal zahir hadis/literal)

8. Akhirnya mazhab hanbali dirosakkan oleh puak yang mencampurkan mazhab hanbali dengan akidah mujassimah.

9. Cth, dalam mazhab hanbali, ada hadis nabi saw tatkala seseorang bangun tidur, kena basuh tangan. Kerana xtahu dimana letaknya masa tidur. Disisi imam ahmad,jika xbasuh, kalau celup tangan dalam air samada bernajis atau x, maka air yg dicelup akan jadi bernajis.

Imam syafie pula berijtihad dengan melihat pelbagai sudut. Seperti amalan orang arab yang tidur memakai kain, yang beristinjak tanpa air dan cuaca panas yang tatkala tidur orang arab berpeluh. Begitulah kaedah-kaedah ulamak mujtahid. Bukan hukum secara jahil seperti yang berlaku hari ini.

10. Adapun imam abu hanifah, melihat syariat ada dua bahagian. Pertama kaedah umum yg jadi dasar hukum. Cth sempurna jual beli melalui ijab qabul. Kedua apabila berlaku kejadian yg merupakan juzuk,seolah2 menepati pengecualian kaedah umum, maka mujtahid kena jaga kaedah umum.cth jualan barang akan batal dengan adanya syarat fasid (rosak).

Adapun kaedah juzuk yg berlaku pada kisah jabir yang jual unta pd Rasulullah saw yang mensyaratkan selepas bayar dia akan naik unta lagi sampai madinah, maka ia menyalahi kaedah dan tidak dibuat sandaran hukum disisi abu hanifah .

– Catatan ringkas alfaqir mudir Mtdhs Darul Hadis Sabah di kuliah “adakah anda mujtahid siri3” di Madrasah Huffaz Darul Hadis Sabah, kota kinabalu jam 11.42 malam (20.06.2016)
Mudir MTDHS Ust Mat Razali

image
Maulana Hussein

24/06/2016 Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | Leave a comment

Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar

[Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar Menurut Sebahagian Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah]
image

1. Menurut Syaikhul Islam Zakaria Al-Ansari ciri-ciri malam lailatul qadar adalah tidak panas mahu pun dingin, dan pada keesokan harinya mentari terbit tidak terlalu menyilaukan. Hal ini berdasarkan Riwayat Imam Muslim.Mengenai hikmahnya ada 2 pendapat: pertama, itulah tanda-tanda yang Allah jadikan menandai lailatul qadar; dan yang kedua, hal itu disebabkan banyaknya malaikat yang bergantian turun ke bumi dan kembali naik ke langit, hingga sinar mentari dan pancarannya terhalang dengan sayap-sayap dan tubuh-tubuhnya yang lembut
في اسنى المطالب:
(وعلامتها عدم الحر والبرد) فيها (و) أن (تطلع الشمس صبيحتها) بيضاء (بلا كثير شعاع) لخبر في مسلم ورد بهذه الصفة وفي حكمته قولان أحدهما أنها علامة جعلها الله لها ثانيهما أن ذلك لكثرة اختلاف الملائكة في ليلتها ونزولها إلى الأرض وصعودها بما تنزل به فسترت بأجنحتها وأجسامها اللطيفة ضوء الشمس وشعاعها قال في المجموع فإن قيل أي فائدة لمعرفة صفتها بعد فواتها فإنها تنقضي بطلوع الفجر فالجواب من وجهين أحدهما أنه يستحب أن يكون اجتهاده في يومها الذي بعدها كاجتهاده فيها، ثانيهما المشهور في المذهب أنها لا تنتقل فإذا عرفت ليلتها في سنة انتفع بذلك في الاجتهاد فيها في السنة الثانية وما بعدها ويسن لمن رآها كتمها قال النووي في شرح مسلم لا ينال فضلها إلا من أطلعه الله عليها فلو قامها إنسان ولم يشعر بها لم ينل فضلها وقد ينازعه فيه قول المتولي يستحب أن يقصد إلى التعبد في هذه الليالي كلها حتى يحوز الفضيلة.
2. Imam Ramli juga turut menyatakan perkara yg sama dengan syaikhul Islam Zakaria Al-Ansari malam lailatul qadar adalah tidak panas maupun dingin, dan pada keesokan harinya mentari terbit tidak terlalu menyilaukan.
وعلامتها عدم الحر والبرد فيها، وأن تطلع الشمس صبيحتها بيضاء بلا كثير شعاع، وحكمة ذلك أنه علامة لها، أو أن ذلك لكثرة اختلاف الملائكة ونزولها وصعودها فيها فسترت بأجنحتها وأجسامها اللطيفة ضوء الشمس وشعاعها
3. Menurut Imam Ramli lagi malam 21 dan 23 merupakan malam yg dijangkakan lailatul Qadar menurut Imam Syafie. Malam 21 berdasarkan hadith bukhari-muslim manakala malam 23 berdasarkan hadith riwayat muslim
(وميل الشافعي) – رضي الله عنه – (إلى أنها ليلة الحادي والعشرين) (أوالثالث والعشرين) منه يدل على الأول خبر الصحيحين وعلى الثاني خبر مسلم وهذا نص المختصر، والأكثرون على أن ميله إلى أنها ليلة الحادي والعشرين لا غير، والأصح أنها تلزم ليلة بعينها وأرجاها بعد ما مر بقية أو تارة وفيها للعلماء نحو ثلاثين قولا
4. Dalam kitab mausuah alfiqhiyyah alkuwaitiyyah ada satu perbahasan panjang sekali mengenai lailatul qadar ini. Tanda-tanda Lailatul Qadar
Ulama berkata:
Tanda-tanda lailatul qadar dapat diketahui orang yang dikehendaki Allah dari hamba-hambaNya di bulan Ramadhan pada tiap tahun.
Hal ini kerana hadis-hadis, khobar-khobar orang-orang sholeh, dan riwayat-riwayat mereka ada. Diantaranya:
Hadis riwayat Ubadah bin Shomit Rodhiyallahu ‘anhu secara marfu’:
” Sesungguhnya tanda Lailatul Qadr adalah malam cerah, terang, seolah-olah ada bulan, malam yang tenang dan tentram, tidak dingin dan tidak pula panas. Pada malam itu tidak dihalalkan dilemparnya bintang, sampai pagi harinya. Dan sesungguhnya, tanda Lailatul Qadr adalah, matahari di pagi harinya terbit dengan indah, tidak bersinar kuat, seperti bulan purnama, dan tidak pula dihalalkan bagi setan untuk keluar bersama matahari pagi itu”
Dari Ubay bin Ka’ab Rodhiyallahu ‘anhu dari Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam:
“Sesungguhnya mentari terbit pagi itu bersinar tanpa terik”
Dan juga warid dari qoul Ibnu Mas’ud Rodhiyallahu ‘anhu: Sesungguhnya Mentari terbit tiap hari diantara dua tanduk setan, kecuali di pagi hari Lailatul Qadar.
علامات ليلة القدر:
٩ – قال العلماء:
لليلة القدر علامات يراها من شاء الله من عباده في كل سنة من رمضان، لأن الأحاديث وأخبار الصالحين ورواياتهم تظاهرت عليها فمنها ما ورد من حديث عبادة بن الصامت رضي الله عنه مرفوعا: إنها صافية بلجة كأن فيها قمرا ساطعا ساكنة ساجية لا برد فيها ولا حر ولا يحل لكوكب أن يرمى به فيها حتى تصبح وأن من أمارتها أن الشمس صبيحتها تخرج مستوية ليس لها شعاع مثل القمر ليلة البدر ولا يحل للشيطان أن يخرج معها يومئذ (١) .
وعن أبي بن كعب رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم: إن الشمس تطلع يومئذ لا شعاع لها (٢) .
ومنها ما ورد من قول ابن مسعود رضي الله عنه (أن الشمس تطلع كل يوم بين قرني شيطان إلا صبيحة ليلة القدر) (٣) .
Disediakan oleh:
Pertubuhan Penyelidikan Ahlussunnah Wal Jamaah
Johor Bahru, Johor

24/06/2016 Posted by | Ibadah, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | Leave a comment

   

%d bloggers like this: