Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

WAKTU MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH

(With FB Masjid Negeri Negeri Sembilan)

image

Alyasak Berhan
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ عَلَى الْعَبْدِ وَالْحُرِّ وَالذَّكَرِ وَالْأُنْثَى وَالصَّغِيرِ وَالْكَبِيرِ مِنْ الْمُسْلِمِينَ وَأَمَرَ بِهَا أَنْ تُؤَدَّى قَبْلَ خُرُوجِ النَّاسِ إِلَى الصَّلَاةِ
Diriwayatkan daripada Ibn Umar radhiallahu ‘anhuma, beliau berkata : “Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam telah mewajibkan zakat fitrah iaitu satu gantang daripada kurma, atau satu gantang daripada sya’ir (gandum), ke atas setiap hamba, merdeka, lelaki, wanita, kecil dan besar daripada kaum muslimin. Baginda juga memerintahkan agar ia ditunaikan sebelum manusia keluar menunaikan solat (sunat Aidul Fitri) (Riwayat al-Bukhari no. 1503)
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ طُهْرَةً لِلصَّائِمِ مِنْ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ وَطُعْمَةً لِلْمَسَاكِينِ مَنْ أَدَّاهَا قَبْلَ الصَّلَاةِ فَهِيَ زَكَاةٌ مَقْبُولَةٌ وَمَنْ أَدَّاهَا بَعْدَ الصَّلَاةِ فَهِيَ صَدَقَةٌ مِنْ الصَّدَقَاتِ
Diriwayatkan daripada Ibn Abbas radhiallahu ‘anhuma, beliau berkata : “Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam telah mewajibkan zakat fitrah untuk mensucikan orang yang berpuasa dari daripada perbuatan sia-sia dan perkataan keji, serta untuk memberi makan kepada orang miskin. Barangsiapa yang mengeluarkannya sebelum solat (sunat Aidul Fitri), maka ia merupakan zakat yang diterima dan barangsiapa yang mengeluarkannya sesudah solat (sunat Aidul Fitri), maka ia merupakan satu sedekah daripada sedekah-sedekah (sedekah biasa). (Riwayat Abi Daud no. 1609, Ibn Majah no. 1927 dan al-Daraqutni)
Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5 waktu, iaitu:

1. Waktu Wajib.
Dengan memperolehi sebahagian waktu daripada bulan Ramadhan dan sebahagian waktu daripada bulan Syawal; iaitu seseorang yang hidup dan memenuhi syarat-syarat wajib zakat ketika tenggelam matahari malam hari raya (1 Syawal).

2. Waktu fadhilah (sunnah).
Hari raya (1 Syawal) setelah terbit fajar (subuh) dan sebelum menunaikan solat hari raya Aidul Fitri. Paling afdhalnya adalah waktu selepas solat subuh.

3. Waktu Harus.
Iaitu, mulai dari awal bulan Ramadhan.

4. Waktu Makruh.
Iaitu, setelah solat Aidul Fitri sehingga tenggelamnya matahari 1 Syawal melainkan kerana kemaslahatan seperti menanti kerabat atau orang fakir yang soleh (maka hukumnya tidak makruh).

5. Waktu haram.
Melambatkan zakat fitrah sehingga tenggelam matahari hari raya (1 Syawal) melainkan kerana keuzuran. Maka harus melewatkan zakat kerana keuzuran seperti menunggu hartanya yang tiada (bersamanya) atau tidak menemui orang yang berhak menerima zakat ketika itu. Justeru, zakat tersebut diambilkira sebagai zakat qadha’ dan dia tidak berdosa (kerana ada keuzuran).
اليسع
Wallahu A’lam…

Rujukan;
Al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah 418
http://tolibilmi.blogspot.my/2016/06/waktu-mengeluarkan-zakat-fitrah.html

22 June 2016 - Posted by | Bicara Ulama, Fiqh, Ibadah, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: