Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

PETIKAN KULIAH HADIS MAUDHU’ oleh MAULANA HUSSEIN ABDUL KADIR

(Bicara Hadith Bersama Ustaz Mohd Khafidz Soroni)

1. Imam-imam mazhab menerima hadis-hadis dari sahabat dan tabiin dan mengkaji halus setiap hadis untuk diterima hujahnya dan buat hukum feqah untuk kita beramal.
2. Justeru amalan berterusan dari imam mazhab tersebut diamalkan kita sampai hari ini.
3. Pengikut imam mazhab yang empat tadi juga adalah alim dalam ilmu hadis seperti Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani yang mensyarahkan Sahih Bukhari iaitu Fathul Bari bermazhab syafie. Juga Imam Badrudin ‘Aini yang mensyarahkan sahih bukhari Umdatul Qari juga ikut Ijtihad Imam Abu Hanifah. Mereka ini orang-orang hebat yang ikut Imam Mazhab.
4. Pengikut Imam Mazhab juga alim besar dan ada yang mencapai tahap mujtahid juga seperti anak murid Imam Syafie seperti Imam Muzani.
5. Sekarang ada yang pelik ialah munculnya golongan yang sebut hanya nak amal Quran dan Sunnah namun mengambil nas hujjah dari Imam yang keras dalam penilaian hadis. Seperti Imam Ibnul Jauzi, Ibnu Hibban, Ibnu Taymiyah, Ibnu Qayyim, Imam Jauzaqani yang dianggap sekumpulan muhaddisin yang keras dalam penilaian hadis.
6. Sedangkan ada ulamak hadis yang sederhana dan adil dalam penilaian seperti Imam Ibnu Hajar dan Imam Zakaria Al-Ansari.
7. Ada hadis yang mencapai hasan dan dhaif yang sah disisi muhaddisin muktadil dianggap oleh puak-puak tertentu sebagai hadis maudhuk pada penilaian ulamak yang keras (Mutasyaddid) lalu menghukum amalan tersebut salah dan menyalahkan amalan masyarakat.
8. Jika benar nak amal Quran dan Sunnah, ikhlas nak mengajar hadis mesti bawa keseluruhan disiplin ilmu hadis dan bawa akhlak Rasulullah SAW. Pastikan hadis yang nak dimaudhu’kan itu adakah ia dimaudhu’kan oleh jumhur muhaddisin atau tidak. Atau ia hanya dimaudhu’kan oleh hanya beberapa muhaddis sahaja.
9. Jika hadis itu disepakati muhaddisin sebagai maudhu’ maka xsalah menyebarkan kepalsuannya bahkan sepatutnya kita bagitahu ia palsu. Namun jika status maudhu’nya masih khilaf, kita jgn cepat sangat sebar kepada masyarakat.
10. Cth hadis الموت كفارة لكل مسلم . Imam Ibnul Jauzi dan Saghani kata hadis ni maudhu’. Sedangkan Ibnu Al-‘Arabi menegaskan hadis ini sahih. al-‘Iraqi kata riwayat ni datang dengan banyak jalur riwayat yang membawanya sampai darjat hasan. al-Hafiz Al-Iraqi menghafaz 100 ribu hadis berserta sanad dan dianggap ulamak hadis yang bersikap sederhana. Kata Ibn Hajar, hadis ini xbermaksud mati itu hapus segala dosa muslim, namun ia penghapusan dosa sekadar yang dikehendaki oleh Allah Taala sahaja. Maka ia xbercanggah dengan nas.(Al-Fawaid Al-Majmu’ah Lis Syaukani)
11. Hari ni golongan yang cepat menyalahkan sesuatu kitab sedangkan mereka pun gagal nak buat dan tulis satu kitab setanding kitab yang dipersalahkan. Cth salahkan Fadhail Amal xboleh baca. Walhal Maulana Zakariya Kandahlawi yang mencapai gelaran syeikhul hadis dan ra’isul muhaddithin bahkan mengarang pelbagai kitab antaranya Kanzul Mutawari syarah sahih bukhari dengan puluhan jilid satu tajuk menulisnya. Jika sekadar ada hadith dhaif dan kesilapan lalu dihentam, maka kitab mana lagi yang hendak dibaca. Kitab sunan juga ada hadith dhaif. Bahkan kitab sehebat bukhari xlepas dari kritikan oleh ulamak beraliran keras seperti ibnul jauzi yang mengatakan hadis didalam sahih bukhari sebagai dhaif. Bahkan ibnul jauzi menyebut imam tirmidzi muatkan 17 hadis maudhuk dalam kitabnya. Namun Ibnu Hajar jawab balik dengan menghukumnya hasan dan dhaif.
12. Jika fuqaha muhaddisin dan muhaddisin muktadil dahulu dah amal, apa lagi yang kita nak susah pertikaikan. Kerana mereka sudah menilai dengan ilmu yang mencukupi dengan syaratnya. Namun kita pula sibuk-sibuk cungkil semula sedangkan syarat ilmu xcukup. Sebagai cth hanya membawa 1 pandangan dan aliran pandangan walhal meninggalkan pembelaan ulamak seperti Al-Hafiz Ibnu Hajar.
13. Ulamak-ulamak dahulu memudahkan penyampaian kepada masyarakat mengamalkan sesuatu hadis dengan diringkaskan penyampaian. Kerana mereka memahami setakat mana kemampuan masyarakat dalam menyerap ilmu. Hal ini bukan bermakna ulamak-ulamak seperti ulamak alam melayu dulu jahil dibidang hadis. Namun mereka sebenarnya bijak dalam taklim.
14. Akhirnya sebagai awam rujuklah pakar – pakar ilmu dan luaskanlah pengajian. Semoga Allah memberkati kesungguhan kita mencari ilmu.

Wallahu A’lam semoga Allah tetapkan kita dalam kebenaran Ilmu.

(Petikan ringkas dari Kuliah Subuh Maulana Hussein Abdul Kadir Yusufi berkenaan Hadis Maudhu’ di Masjid Nurul Hidayah Kg Bangka-Bangka Sabah. Catatan daripada Mudir MTDHS.)

18/06/2016 Posted by | Bicara Ulama, Hadis, Tazkirah | Leave a comment

Ahli Hadis yang perasan lebih pandai daripada ulama Silam Muktabar

Nasihat dan pencerahaan ulama Hadith Malaysia,Maulana Husien kepada Ahli ahli Hadith yang palsu namun sudah merasa lebih pandai daripada para ulama ‘ Silam Mu’tabar

Catatan penting pengajian minggu ini bersama Maulana Hussein Abdul Qadir Yusufi-

1.Zaman sekarang orang2 yang mengaku Ahli Hadis tidak mahu mengikut mazhab yang empat. Kerana kata mereka: Imam 2 ini tidak maksum. Jadi kami berpegang terus dengan AlQuran dan Sunnah. Sebenarnya mereka terlupa Pakar Hadis terdahulu yang jauh lebih hebat didalam memahami Hadis daripada mereka.Pun turut berpegang dengan mazhab yang empat ini. Hinggakan sebahagian mereka telah sampai ke tahap Alhafiz. Iaitu (100 Ribu Hadis beserta sanad di dalam dada) Contohnya Al-Hafidz Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani adalah bermazhab Syafie (beliau adalah Amirul Mukminin Filhadis) Begitulah Ulama2 Hadis yang lain termasuk Imam Al-Nawawi bermazhab Syafie, Imam Badruddin Aini bermazhab Hanafi, Al-Allamah Ibn Arabi bermazhab Maliki, dan ramai lagi.Mereka ini mensyarahkan kitab2 hadis hingga berjilid2 banyaknya.

2.Mereka yang mengaku Ahli Hadis ini mencari riwayat Hadis dari Imam 4 mazhab tetapi mereka tidak jumpa.Terus mereka berkata bahawa Imam Syafie dan Imam Abu Hanifah tidak pandai Hadis dan lain2. Sebenarnya mereka tidak tahu bahawa Para Imam ini sebok dengan Ijtihad daripada Hadis untuk istimbat hukum-hakam, kerana itu mereka kurang meriwayatkan Hadis. Tetapi yang meriwayatkan Hadis2 tersebut adalah murid2 mereka. Kerana Para Imam Sunan Sittah kesemuanya adalah anak murid kepada Imam Ahmad bin Hanbal.Imam Ahmad pula adalah anak murid Imam Syafie. Imam Syafie gurunya adalah Imam Malik dan Imam Muhammad bin Hasan Al-Syaibani. Muhammad bin Hasan AlSyaibani adalah murid Imam Abu Hanifah. Dengan erti kata lain mereka bukanlah asing.Bahkan satu jalur jua.

3.Mereka yang mengaku Ahli Hadis ini juga selalu berkata bahawa Imam Syafie tidak jumpa Hadis itu dan ini. Sebenarnya mereka tidak tahu yang Imam Syafie juga pakar Hadis. Cuma Hadis tersebut adalah marjuh di sisi Imam Syafie, dan telah di rajihkan oleh Hadis yang lain.

4. Sikap golongan yang mengaku Ahli Hadis sekarang menolak mentah2 hadis2 yang perawinya lemah ingatan, katanya kerana Hadis darinya boleh menjadi Dhaif. Tetapi tidak sebegitu pegangan Muhaddis terdahulu. Mereka menerima juga Hadis yang datang dari perawi yang lemah, Kerana Imam Jarah Watta’dil Imam Yahya bin Said AlQattan berkata: Sekiranya nak cari perawi yang bersih daripada kakurangan di dalam ingatan dan sebagainya, tentulah kita akan mendapati hanya didalam bilangan 3 atau 5 orang sahaja. Kerana itu para Muhaddisin terdahulu tidak begitu mudah menolak Hadis yang di riwayatkan oleh seseorang perawi sekalipun lemah ingatan. Kerana mereka sangat beradab dengan Hadis tersebut sekalipun Dhaif,kerana yang demikian itu juga adalah perkataan dari Baginda Nabi Muhammad S.A W. Jadi janganlah mudah-mudah kita menolaknya. Beradablah wahai saudaraku.

4.Muhaddisin telah sepakat bahawa Hadis yang di dalam Sunan Sittah telah di selidik oleh Pemilik-pemiliknya yang tinggi keilmuan mereka. Tidak perlu kita untuk tunjuk pandai mengkaji semula. Pernah Imam Hadis yang gemar memaudhu’kan Hadis2 Hasan dan Dhaif, iaitu Imam Ibnu Jauzi berkata, bahawa didalam Sunan Tirmizi ada 17 Hadis Maudhu. Kemudian datang AlHafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani menafikan kesemua itu. Beserta mendatangkan dalil.

5.Orang-orang yang mengaku Ahli Hadis sekarang lebih gemar berpegang dengan padangan Ulama2 Hadis yang Mutasyaddidin seperti Imam Ibnu Jauzi, Imam Ibnu Qayyim,dan sebagainya yang gemar memaudhu’kan Hadis2 yang Hasan dan Dhaif.Kerana begitu banyak Hadis2 Hassan dan Dhaif yang telah Dimaudhukan oleh Ulama2 Mutasyaddidin ini. Sehinggakan Kitab Saheh Bukhari juga tidak terlepas. Jadi hendaklah kita berpegang dengan Ulama yang Mu’tadilin, takut dengan mudah menafikan perkataan Nabi,sekalipun sebenarnya kita mengetahui bahawa itu adalah daripada perkataan Baginda Nabi Muhammad S.A.W.

Catatan oleh:
Al-Faqir Amidi.
14/6/2016.

18/06/2016 Posted by | Bicara Ulama, Hadis, Q & A (Soal Jawab) | 2 Comments

   

%d bloggers like this: