Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

KISAH INSAFNYA SEORANG ULAMA WAHABI DAN AKHIRNYA MENJADI SEORANG SUFI:-

Syeikh Muhammad Bin Sholih Al-’Utsaimin seorang ulama Wahabi yang sangat terkenal mempunyai seorang guru yang sangat ‘alim dan karismatik di kalangan kaum Wahabi, iaitu Syeikh Abdurrahman Bin Nashir Al-Sa’di, yang dikenal dengan panggilan Syeikh Ibnu Sa’di. Ia memiliki banyak karangan, di antaranya yang paling terkenal adalah karyanya yang berjudul,Taisir Al-Karim Ar-Rahman fi Tafsir Kalam Al-Mannan, kitab tafsir setebal 5 jilid, yang mengikuti manhaj pemikiran Wahabi. Meskipun Syeikh Ibnu Sa’di, termasuk ulama Wahabi yang ekstrim, ia juga seorang ulama yang mudah insaf dan mahu mengikuti kebenaran, dari manapun kebenaran itu datangnya.

Suatu ketika, Al-Imam Al-Sayyid ‘Alwi Bin Abbas Al-Maliki Al-Hasani (ayahanda Abuya Al-Sayyid Muhammad Bin ‘Alwi Al-Maliki) sedang duduk-duduk di serambi Masjidil Haram bersama halaqah pengajiannya. Sementara di bahagian lain serambi Masjidil Haram tersebut, Syeikh Ibnu Sa’di juga duduk-duduk. Sementara orang-orang di Masjidil Haram larut dalam ibadah sholat dan tawwaf yang mereka lakukan.

Pada saat itu, langit di atas Masjidil Haram penuh dengan mendung sepertinya sebentar lagi akan turun hujan yang sangat lebat. Tiba-tiba air hujan itu pun turun dengan lebatnya. Akibatnya, saluran air di atas Ka’bah mengalirkan airnya dengan derasnya. Melihat air begitu deras dari saluran air di atas kiblat kaum Muslimin yang terdiri dari orang-orang Hijaz seperti kebiasaan mereka, segera berhamburan menuju saluran itu dan mengambil air tersebut dan kemudian mereka tuangkan ke baju dan tubuh mereka dengan harapan mendapatkan berkah dari air itu.

Melihat kejadian tersebut, para anggota polis Kerajaan Saudi Arabia, yang sebahagian besar berasal dari orang Baduwi daerah Najd itu, menjadi terkejut dan menganggap bahwa orang-orang Hijaz tersebut telah terjerumus dalam kesyirikan dan menyembah selain Allah SWT. Akhirnya anggota polis itu berkata kepada orang-orang Hijaz yang sedang mengambil berkah air hujan yang mengalir dari saluran air Ka’bah itu:

“Jangan kalian lakukan wahai orang-orang musyrik. Itu perbuatan syirik. Itu perbuatan syirik.”

Mendengar teguran anggota polis itu, orang-orang Hijaz itu pun segera menuju ke halaqah Al-Imam Al-Sayyid ‘Alwi Al-Maliki Al-Hasani dan menanyakan tentang hukum mengambil berkah dari air hujan yang mengalir dari saluran air di Ka’bah itu. Ternyata Sayyid ‘Alwi membolehkan dan bahkan mendorong mereka untuk melakukannya. Akhirnya untuk yang kedua kalinya, orang-orang Hijaz itu pun kembali lagi menuju saluran air di Ka’bah itu, dengan tujuan mengambil berkah air hujan yang jatuh darinya, tanpa mengindahkan teguran para anggota polis itu. Bahkan mereka berkata kepada anggota polis itu:

“Kami tidak akan memperhatikan teguran Anda, setelah Sayyid ‘Alwi berfatwa kepada kami tentang kebolehan mengambil berkah dari air ini.”

Akhirnya, melihat orang-orang Hijaz itu tidak mengindahkan teguran, anggota polis itu pun segera mendatangi halaqah Syeikh Ibnu Sa’di, guru mereka. Mereka mengadukan perihal fatwa Sayyid ‘Alwi yang menganggap bahwa air hujan itu ada berkahnya. Akhirnya, setelah mendengar laporan anggota polis yang merupakan anak buahnya itu, Syeikh Ibnu Sa’di segera mengambil selendangnya dan bangkit menghampiri halqah Sayyid ‘Alwi dan duduk di sebelahnya. Sementara orang-orang dari berbagai golongan, berkumpul mengelilingi kedua ulama besar itu. Dengan penuh sopan dan layaknya seorang ulama, Syeikh Ibnu Sa’di bertanya kepada Sayyid ‘Alwi:

“ Wahai Sayyid, benarkah Anda berkata kepada orang-orang itu bahwa air hujan yang turun dari saluran air di Ka’bah itu ada berkahnya? ”

“ Benar! Bahkan air tersebut memiliki dua berkah. ” Syeikh Ibnu Sa’di berkata:

“ Bagaimana hal itu boleh terjadi? ”

“ Karena Allah SWT berfirman dalam Kitab-Nya tentang air hujan: ”

“ Dan Kami turunkan dari langit air yang mengandung berkah. ” (QS. 50:9).

Allah SWT juga berfirman mengenai Ka’bah:

“ Sesungguhnya rumah yang pertama kali diletakkan bagi umat manusia adalah rumah yang ada di Bekkah (Makkah), yang diberkahi (oleh Allah). ” (QS. 3:96).

Dengan demikian air hujan yang turun dari saluran air di atas Ka’bah itu memiliki dua berkah, yaitu berkah yang turun dari langit dan berkah yang terdapat pada Baitullah ini.

Mendengar jawaban tersebut, Syeikh Ibnu Sa’di merasa hairan dan kagum kepada Sayyid ‘Alwi. Kemudian dengan penuh kesedaran, mulut Syeikh Ibnu Sa’di itu melontarkan perkataan yang sangat mulia, sebagai pengakuannya akan kebenaran ucapan Sayyid ‘Alwi:

“ Subhanallah (Maha Suci Allah), bagaimana kami boleh lalai dari kedua ayat ini.? ”

Kemudian Syeikh Ibnu Sa’di mengucapkan terima kasih kepada Sayyid ‘Alwi dan meminta izin untuk meninggalkan halaqah tersebut. Namun Sayyid ‘Alwi berkata kepada Syeikh Ibnu Sa’di:

“ Tenang dulu wahai Syeikh Ibnu Sa’di. Aku melihat anggota polis itu menganggap bahwa apa yang dilakukan oleh kaum Muslimin dengan mengambil berkah air hujan yang mengalir dari saluran air di Ka’bah itu sebagai perbuatan syirik. Mereka tidak akan berhenti mengkafirkan orang dan mensyirikkan orang dalam masalah ini sebelum mereka melihat orang yang seperti Tuan melarang mereka. Oleh kerana itu, sekarang bangkitlah Tuan menuju saluran air di Ka’bah itu, lalu ambillah air di situ di depan anggota polis itu, sehingga mereka akan berhenti mensyirikkan orang lain. ”

Akhirnya mendengar saranan Sayyid ‘Alwi tersebut, Syeikh Ibnu Sa’di segera bangkit menuju saluran air di Ka’bah. Ia basahi pakaiannya dengan air itu, ia pun mengambil air itu untuk diminumnya dengan tujuan mengambil berkahnya. Melihat tingkah laku Syeikh Ibnu Sa’di ini, anggota polis itu pun pergi meninggalkan Masjidil Haram dengan perasaan malu.

Semoga Allah SWT merahmati Sayyidina Al-Imam ‘Alwi bin ‘Abbas Al-Maliki Al-Hasani. Amin.

Kisah ini disebutkan oleh Syeikh Abdul Fattah Rawwah, dalam kitab Tsabat (kumpulan sanad-sanad keilmuannya). Beliau termasuk salah seorang saksi mata kejadian itu.

Ruj : KH Muhammad Idrus Ramli.

Kiriman: FB Ustaz Syed Nadzir Albinyahya

13/06/2016 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

DAHULU AKU PAK WAHHAB SEKARANG AKU BERTAUBAT…

Sebenarnya banyak golongan yang berpangkat Dr, agamawan atau sesiapa pun yang ada penyakit Wahhabi ini tidak akan mengaku bahawa mereka mempunyai fahaman Wahhabi. Malah, mereka marah apabila diri mereka digelar sebagai WAHHABI.
Adakah Wahhabi ini ajaran sesat? Bukan saya yang berkata begitu. Tetapi para ulama’ Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang berpendapat bahawa Wahhabi adalah satu fahaman yang sesat dari segi akidah, menyesatkan umat Islam dan tergelincir daripada fahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.
Syeikh Ahmad Zaini Dahlan al-Hasani, Mufti Mazhab Syafie di Makkah al-Mukarramah di zamannya menyatakan di dalam kitabnya, al-Durar al-Saniyyah fi al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah:
“Zahirnya Wahhabi merupakan bala yang didatangkan Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya. Ia juga merupakan fitnah daripada sebesar-besar fitnah yang muncul dalam agama Islam yang mengganggu ketenteraman fikiran, menghangatkan orang-orang yang berakal dan mengelirukan orang-orang yang kurang berakal, lantaran diterjah oleh pemikiran dan ajaran mereka yang meragukan. Sedangkan mereka berselindung di sebalik label PENEGAK AGAMA”.
Sesat jalan dan haluan tidak mengapa. Tetapi, jangan kita menjadi sesat dan keliru dalam pemikiran sehingga mengeluarkan satu hukum yang salah. Selepas itu, mengkafirkan dan mendatangkan dalil dengan alasan si pelaku masuk api neraka atau seorang yang sudah berdusta dalam agamanya.
Gempar seketika apabila seseorang yang ada jawatan dalam politik menjelaskan bahawa Wahhabi bukan ajaran sesat. Malah, dia bersungguh-sungguh mendatangkan beberapa enakmen dan pandangan daripada pihak tertentu untuk menyatakan Wahhabi tergolong dalam Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Saya berpendirian bahawa sesiapa pun yang bergelar Muslim, tidak dibenarkan mengkafirkan dan membidaahkan sesuatu perkara jika ibadah atau amalan itu tidak bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW. Kita juga bersetuju jika ibadah dan amalan itu dipandang baik. Malah, majoriti ulama’ berpandangan bahawa ia tidak menjadi masalah dan boleh diamalkan.
Jadi, di manakah Wahhabi jika dikatakan sesat? Sesatnya mereka itu akibat tidak menemui sumber dalam pengeluaran hukum agama dan penjelasan ulama’. Maka selama itulah mereka sesat kerana tidak memahami dengan baik fiqh agama dan tidak menghormati pandangan ulama yang membenar dan memperakui jalan ibadah itu.
Seperkara lagi, bilakah WAHHABI dikatakan bersifat maksum dan tidak pernah bersalah? Mereka inilah punca berlakunya WABAK penyakit yang lebih teruk daripada penyakit kanser sehingga umat Islam berpecah-belah dan saling mencaci dan memaki sesama mereka. Adakah Wahhabi begitu maksum untuk dimuliakan dan diagung-agungkan?
Tidak ada ajaran yang lebih teruk daripada fahaman WAHHABI yang berani memaki dan menghina para ulama’ terdahulu? Adakah Islam diajar menghina ulama’ pewaris nabi? Adakah mereka ini layak untuk dikatakan tidak sesat dan melampaui batas dalam agama?
Apabila seseorang disyaki dan cenderung kepada penyakit ini, maka ia layak digelar sebagai WAHHABI MODEN. Gelaran ini terbuka untuk sesiapa yang ada ciri-ciri tidak menghormati pandangan ulama’ walaupun anda seorang Mufti!
Jika benar kita adalah seorang yang adil dan wasatiyyah, kita tidak akan memberi ruang kepada anak-anak WAHHABI mendapat peluang, kedudukan dan jawatan di negara ini. Sedangkan merekalah sebenarnya siang dan malam melalui kuliah-kuliah mereka membawa perpecahan dan juga fitnah di negara ini. Bahkan mereka yang memulakan dahulu budaya bercakap bohong dan mendabik dada seolah-olah mereka sahaja yang betul dan pendapat ilmuwan lain semuanya salah.
Tangan-tangan Ahli Sunnah juga perlu diperhatikan. Jangan kita sesekali terpalit dan turut berjasa menaikkan WAHHABI di negara ini. Janganlah kita merencatkan perjuangan sejati para pejuang sejati Ahlus Sunnah Wal Jamaah di negara ini. Sekian lama kita memberi; janganlah lupa dan cepat lupa diri.
Ahlus Sunnah Wal Jamaah dahulu tidak pernah berhutang dengan pemerintah, orang-orang politik dan orang-orang yang ada kepentingan diri. Pondok dan madrasah terbina teguh dengan keikhlasan tuan-tuan guru yang mengajarkan ilmu tauhid dan zikir terhadap pengenalan diri. Malah, itulah juga benteng menolak bala daripada Ilahi.
Ahlus Sunnah Wal Jamaah bukanlah jemaah atau pertubuhan untuk menonjolkan mereka sebagai yang terbaik. Tetapi Ahlus Sunnah adalah mereka yang berani mempertahankan nama Allah SWT dan agama-Nya. Jangan kita menjadi paku-pakis terlompat di sana-sini sehingga hilang identiti diri. Pening dan keliru anak-anak Islam memikirkan orang yang mengatakan WAHHABI ini benar ketika berada di majlis kita untuk berucap dan merasmikan sesuatu majlis. Sedangkan dalam masa yang sama, mereka ini juga memberi ruang dan bertepuk tampar sesama Pak Wahhabi ini. Adakah Ahlus Sunnah sudah terpesona dengan jawatan dan pangkat mereka?
Soalan yang perlu ditanya, bilakah masa PAK-PAK WAHHABI ada meminta maaf kepada Ahlus Sunnah? Sedangkan mereka tidak pernah minta maaf setelah menghina IMAM-IMAM kita. Di manakah keadilan untuk kita apabila WAHHABI disahkan sebagai ajaran murni, sedangkan kesalahan mereka amat ketara di media dan segala saluran mereka.
Kita boleh DUDUK dengan WAHHABI setelah mereka membuat pengakuan terbuka bahawa selama ini mereka tersilap berfatwa, lalu memohon maaf dengan ikhlas setelah melemparkan tuduhan dan fitnah kepada kita semua.
Saya adalah orang yang pertama yang akan bersalam dengan mereka dan berkata, “Jangan buat lagi, ya! Pening orang awam. Kami sudah ok di Malaysia dengan 1000 dalil.”
Ahlus Sunnah tidak akan pernah berhutang dengan mereka melainkan orang-orang yang ada membina hubungan dan rangkaian dengan mereka. Guru sendiri difitnah, bermesra pula dengan tauke-tauke WAHHABI.
Ya Allah! Padamkan kesesatan dan kekeliruan di negara ini daripada tangan orang-orang yang keliru dan terhijab.
Kuatkanlah kesatuan para pejuang sejati Ahlus Sunnah Wal Jamaah di negara ini.
Sebagai penutup bicara, saya bawakan kisah taubat seorang ulama’ Wahhabi.
Syeikh Muhammad Abdul Salam al-Kazimi al-Hasani, seorang ulama’ di Jami’ah al-Ghauthiyyah Daka, Bangladesh berkata sambil menangis:
“Mazhab Wahhabi adalah mazhab yang berbahaya dan meruntuhkan masyarakat Islam. Akidah yang melencong ini mendatangkan fitnah. Golongan Wahhabi menyatakan bahawa kami mengikut al-Quran dan Sunnah, tetapi apa yang sebenarnya berlaku ialah mereka mengikut telunjuk syaitan”.
Syeikh Muhammad Abdul Salam akhirnya bertaubat. Setelah beliau keluar daripada fahaman Wahhabi, beliau berkata:
“Aku adalah seorang Wahhabi, kemudian aku bertaubat”.

(Manar al-Huda bil. 68 Rabiulakhir 1419H bersamaan Ogos 1998: 19.)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kiriman : FB Ustaz Yunan A Samad

13/06/2016 Posted by | Aqidah, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | Leave a comment

Jabatan Mufti Johor menjawab Wahabi/Syiah/Liberal

Alhamdulillah, Sila muat turun pdf Ahlus Sunnah Wal Jama’ah secara PERCUMA menjawab Wahhabi dan Syiah.

AL BAYAN – terbitan Sekretariat Menangani Isu-isu Akidah dan Syariah Majlis Agama Islam Johor. Menjawab persoalan Aqidah, syariat dan akhlaq*.

1. Maulidul Rasul
http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_1_maulidurrasul_.pdf
2. Talqin dan 100 Kitab Menolak Wahhabi
http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_2_talqin_dan_100_kitab.pdf
3. Doa Qunut, Zikir dan Wirid.
http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/al-bayan_3_qunut_zikir_dan_wirid_bidah.pdf
4. Amalan Sunnah Mengiringi Solat Fardhu.
http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_4_amalan_sunnah_.pdf
5. (Kenduri Arwah, Menziarahi Maqam Nabi, Menggerakkan Jari Ketika Tahiyyat.
http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_5_kenduri.pdf
6. Menjawab Persoalan Tawassul
http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_6_tawassul.pdf
7. Tareqat dan Tasawwuf
http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_7_tariqah_dan_tasawwuf.pdf
8. Barzanji.
http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_8_berzanji_2009.pdf
9. Menjawab Persoalan Bid’ah.
http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_9_bidah.pdf
10. Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah.
http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_18_akidah_ahli_sunnah_ok.pdf
11. Kepentingan Mazhab.
http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14_mazhab.pdf
12. Bahaya Islam Liberal.
http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_21_bahaya_Islam_libral_adli_712.pdf
13. Kebatilan Aqidah Syiah.
http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/kebatilan_akidah_syiah_22_.pdf
14. Kebatilan Aqidah Syiah 2.
http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/akidah_syiah_2_23_.pdf
Sumber : http://mufti.johor.gov.my/terbitan/al-bayan

SILA MUAT TURUN DAN SEBAR-SEBARKAN.

WAHHABI/SYIAH/LIBERAL MENYERANG, KITA MENJAWAB DENGAN TERANG SUPAYA KEBATILAN TERPADAM.

mufti.johor.gov.my
Kiriman Ustaz Yunan A Samad

13/06/2016 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

   

%d bloggers like this: