Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Haram meminta fatwa daripada mereka yang mengeluarkan fatwa secara semberono.”

Sesungguhnya telah berlaku Ijmak di kalangan Ulama’ Muktabar bahawa “HARAM” hukumnya bertindak semberono dalam mengeluarkan fatwa dan menyimpang dari pendapat yang sohih lagi rajih.Apa kata Ulama’ Muktabar tentang mengambil pendapat yang bermudah-mudah yang terkeluar dari lingkungan pendapat madzhab Imamnya yang sohih lagi rajih.

1. Imam al-Hafiz Ibn Abd al-Barr di dalam Kitabnya “Jami’ Bayan al-Ilmi wa Fadhluh” mukasurat 112 juz 2 mengatakan:
“Apabila anda mengambil pendapat yang paling mudah daripada orang ‘alim, maka terkumpullah segala kejahatan”.Katanya lagi,”Ini adalah Ijmak Ulama”.

2. Imam an-Nawawi di dalam Kitabnya “Al-Majmu’ Syarh al-Muhadzab” mukasurat 55 juz 1 berkata:
“Sekiranya seseorang itu dibolehkan mengikuti apa yang dikehendakinya, nescaya perbuatan itu akan membawa kepada keinginan bagi mencari keringanan di dalam madzhab. Perbuatan ini sebenarnya hanyalah menurut hawa nafsu. Seseorang itu akan mudah memilih antara yang halal, haram, wajib dan juga harus.Perbuatan ini boleh membawa kepada terungkainya tuntutan taklif. Kata-kata ini juga diucapkan juga oleh Imam al-Hafiz Ibn al-Solah di dalam Kitabnya “Adab al-Mufti wa al-Mustafti” mukasurat 46 juz 1
.
3. Imam an-Nawawi di dalam Kitabnya “Al-Majmu’ Syarh al-Muhadzab” mukasurat 46 juz 1 menegaskan:
“Haram hukumnya bertindak semberono mengeluarkan fatwa dan haram pula bagi meminta fatwa daripada mereka yang mengeluarkan fatwa secara semberono.”

4. Al-Allamah al-Syatibi di dalam “Al-Muafaqat” mukasurat 134 juz 4 berkata:
“Sesungguhnya mengikut perkara yang paling mudah di dalam madzhab itu akan membawa kepada pegangan yang tidak berdasarkan kepada dalil syarak.Sesungguhnya Ibn Hazm telah menyatakan telah berlaku kesepakatan secara Ijmak bahawa perbuatan sedemikian adalah “FASIQ” (kejahatan) dan tidak halal”.

5. Imam al-Hafiz al-Zahabi di dalam Kitabnya “Siyar A’lam al-Nubala’” mukasurat 90 juz 8 berkata:
“Barangsiapa yang mencari kemudahan dalam madzhab dengan kekeliruan Ulama’ Mujtahid, maka tipislah agamanya.”

6. Imam al-Hafiz Taqiyuddin al-Subki di dalam Fatwanya mukasurat 147 juz 1 berkata:
“Bagi mereka yang mengambil pendapat yang paling mudah di dalam madzhab, mereka akan menikmati dengan sedap kerana sebenarnya mereka hanyalah mengikut hawa nafsu dan bukannya mengikut agamanya”.

Ustaz Mohd Hanif Bin Mohd Salleh.
Ahad @ 7 Ramadhan 1437H

12/06/2016 Posted by | Fatwa, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Batal Wudhu’ Suami isteri yg bersentuhaan kulit.

image

Penjelasan dan huriaan dalil Mazhab syafie kenapa sentuh suami or isteri itu batal wudhu’

Masalah seperti ini dipanggil zohir taa’rudh bain al adillah syariyyah (kontraduksi yang seolah-olahnya berlaku diantara dalil-dalil syarak)
bila berlaku begini maka para mujtahid akan menilai antara dua dalil dengan beberapa urutan kaedah

1- Jama’ (usaha untuk menyelaraskan antara dua dalil) dengan menafsirkan kedua-duanya dengan tafsiran yang menunjukkan sebenarnya tiada sebarang percanggahan

2-Tarjih (mentarjihkan salah satu dari dua dalil dengan salah satu dari puluhan murajjihat -faktor pentarjih

3-Nasakh – sekiranya dua kaedah diatas tidak boleh dipakai

4- taa’rudh – kegagalan kedua-dua dalil menjadi hujah lalu diperlukan dalil lain
dalam masalah ini secara umumnya ada dalil ayat quran dan hadis seperti yang diketahui

Imam syafie mengambil makna hakikat bagi perkataan “lamasa” dengan makna asal sentuh kerana beberapa sebab

1)ia adalah makna hakikat dan dalam usul fiqh bila kita ingin memaknakan satu perkataan maka keutamaan adalah memaknakannya dengan makna hakikat kecuali ada qarinah dan dalil kuat untuk memaknakannya dengan makna majaz contoh seperti ayat mutasyabihat perkataan “yad” “wajah” dan seumpamanya

2 ) ada qiraat lain yang mambaca dengan lamasa tanpa alif yang memang hanya digunakan untuk makna sentuh dan kaedahnya quran mentafsirkan antara satu dengan yang lain juga tafsir yang kuat adalah dengan al quran.

3)adapun jimak ia adalah perkara yang membawa kepada hadas yang lebih besar yang menyebabkan perlu mandi maka wajarlah perkara yang lebih kecil dari jimak membawa kepada hadas kecil yang memerlukan kerja yang lebih kecil iaitu wuduk.

4)ayat itu menggunakan kalimah nisa’ wanita-wanita secara plural kalau dimaknakan dengan jimak maka ia bermakna “atau sekiranya kamu bejimak dengan wanita-wanita”.Termasuk didalamya wanita bukan mahram yang tidak dinikahi yang membawa pengertian zina.Ia agak pelik jika dilihat pada konteks ayat atas beberapa sebab ini makna ‘sentuh” di ijtihad lebih tepat
setelah itu persoalannya ada hadis yang pada zahirnnya menunjukkan tidak perlu ambil wuduk:

1-hadis Hubaib bin Abi Sabit dari Aisyah “Nabi mencium salah seorang isterinya kemudian keluar mengerjakan solat dan Baginda tidak mengambil wuduk semula

2- hadis Aisyah ” aku kehilangan Rasulullah pada satu malam diatas hamparan tidur lalu aku mencari Baginda dan tanganku tekena kaki baginda

Hadis pertama adalah dhoif manakala hadis kedua hadis sohih riwayat Muslim

kaedah 4 urutan yang di sebut diatas harus diperaktikkan.Adapun hadis pertama dengan ayat kita memkai kaedah tarjih(3) iaitu ianya adalah lemah dan kalau ia adalah boleh dipakai sebagai hujah kerana statusnya hasan lighairihi menurut sebahagian ulama (Syaukani) maka jawabannya seperti berikut

1 – Kemungkinan ia berlapik (Syaukani mengatakan jawaban ini ada unsur takalluf iaitu andaian yang dibuat dan agak tidak realistik hanya untuk menyelaraskan hadis dengan pendapat peribadi

2-Dalam hadis yang kedua ada kemungkinan Baginda tidak sedar Aisyah sentuh kerana sedang khusuk solat namun ada hadis lain riwayat Nasaie iaitu “Apabila baginda ingin solat witir Baginda sentuh Aisyah dengan kakinya.

3- Jawaban yang lebih wajar ialah hadis di atas adalah hadis “Fi’li” iaitu riwayat tentang perbuatan Rasulullah dan hadis perbuatan ada pelbagai kemungkinan atau disebut ihtimal kemungkinan ia berlapik atau Baginda tidak sedar. Ia adalah keistimewaan Rasulullah dan dalam banyak perkara Baginda istimewa seperti tidur Baginda tidak membatalkan wuduk ,Baginda boleh berada dalam masjid walaupun berjunub ,Baginda berkahwin tidak perlu wali jadi mungkin kes ini adalah keistimewaan.

Hadis ini tidak boleh diambil hukumnya untuk umum umat kerana alasan tadi dan ada kaedah “Jika dalil mengandungi kemungkinan dan ihtimal batallah ia sebagai hujah dan dalil ‘ان طرق الدليل الاحتمال بطل الاستدلال
dan kaedah “Tiada umum dalam perbuatan”لا عموم للفعل

Walhasil pendapat ini bukan rekaan ulama sekarang tetapi ia adalah berdasarkan dalil.

2-Ia juga pendapat sahabat Abdullah bin Masu’d Umar bin Khottob ,Abdullah bin Umar danZaid bin Aslam Tabiin Makhul, sya’bi, ibrahim nakhoi”e, A’to’ bin Saib, Zuhrie, Yahya bin Saied

3- Kalau ia salah tidak menjejaskan sahnya solat

4-Kita tidak ada masalah dengan pendapat yang mengatakan tidak perlu wuduk kerana ia adalah amalan bertrilion manusia bermazhab Hanafi
dan kita tak akan mengatakan mereka yang berpendapat begini adalah wahabi.

Beza Hanafi dengan Wahabi

1- Ulama Hanafi tidak menyesatkan orang yang mengatakan perlu mengambil wuduk.

2-Mereka tidak mengatakan ini pendapat rekaan ulama.

3-Mereka tidak sibuk berdakwah kepada pendapat ini di kalangan khalayak bermazhab Syafie.

4-Mereka berpendapat pendapat mereka lebih kuat dan ada kemungkinan salah.

5-Demi meraikan khilaf dalam mazhab Hanafie mengatakan disunatkan ambil wuduk bila sentuh wanita.

6- Mereka berbincang atas semangat ilmiyah bukan untuk mengeluarkan sesiapa dari sof ahli sunnah waljamaah.

7-Mereka yang mengatakan pendapat Imam Syafiie bertentangan sunah pada hakikatnya tidak mengamalkan sunnah kerana dalam hadis itu hanya mengatakan Baginda sentuh isteri dan tak ambil wuduk manakala mereka mengatakan sentuh sesiapapun dikalangan wanita ajnabi tidak perlu ambil wuduk.

– Oleh Ust Lutfi, Tenaga Pengajar Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling

Sumber: FB Bicara Hadith Bersama Ustaz Mohd Khafidz Soroni

12/06/2016 Posted by | Fiqh, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

JANGAN MEMAKSAKAN PANDANGAN KITA PADA ORANG LAIN

image

Terserahlah bagi sesiapa yang ingin memegang satu-satu pandangan atau mengikuti pendapat tertentu dalam satu-satu isu yang berbangkit. Namun jangan sesekali memaksakan pandangan dan pendirian kita kepada orang lain, apatah lagi memperlekeh mahupun mengeji mereka yang berbeza dengan kita.

Sedangkan di kalangan ulamak2 Mazhab pun amat menghormati pandangan berbeza maka siapakah kita yang bukan setakat malas membaca buku tapi hanya bergantung pada ‘muka buku’ untuk menimba ilmu.

Ambilllah iktibar kata2 Imam Malik (pelopor Mazhab Maliki) tatkala Khalifah Harun Al-Rashid menyarankan Imam Malik supaya menggantungkan kitabnya Al-Muwatta’ pada Kaabah, dan mewajibkan masyarakat supaya menerima kandungannya.
Maka Imam Malik menolak cadangan tersebut dengan menyatakan:
أَمَّا تَعْلِيقُ الموطَّأ فإنَّ الصَّحابةَ اخْتَلفُوا في الفُروع وتفرَّقُوا، وكلٌّ عند نفسه مُصِيبٌ
Maksudnya: “Manakala cadangan menggantungkan Al-Muwatta’ pada Kaabah, sesungguhnya para sahabat telah berselisih pendapat dalam perkara-perkara cabang (furuk), dan mereka telah bertebaran (ke serata tempat). Dan setiap pendapat adalah betul di sisi setiap mereka masing-masing”.

Demikian juga sikap Imam Syafie yang tersohor dengan kalimah hikmahnya:
رأيي صواب يحتمل الخطأ ورأي غيري خطأ يحتمل الصواب
“Pandangan aku betul tetapi boleh jadi salah, pandangan orang lain salah tetapi boleh jadi betul”.

Oleh Yg di Pertua YADIM
Dr Asyraf Wajdi Dusuki Asyraf

12/06/2016 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

   

%d bloggers like this: