Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Andalusia Kisah Menyayat Hati

image
Telah berlaku satu kisah di zaman silam Andalusia. Setelah sekian lama kaum Muslimin berperang dengan puak Kristian, namun Kaum Muslimin tidak menang dan tidak kalah. Ini telah menimbulkan tanda tanya dan keresahan di kalangan orang-orang Islam, termasuklah seorang wanita Islam yang merasakan bahawa sesuatu perubahan perlu dibuat supaya kemenangan berpihak semula kepada orang Islam.

Dia berkata, setelah sekian lama tentera Islam dipimpin oleh kaum lelaki namun tidak juga berjaya mendapat kemenangan, maka tibalah masanya kaum wanita pula di beri peluang dan dilantik untuk ,memimpin tentera Islam. Dalam keadaan tedesak itu, kaum lelaki telah ,menerima usul tersebut dan wanita berkenaan dilantuk menjadi ketua dan panglima tentera Islam. Dengan kehendak Allah, di bawah pimpinan wanita itu, tentera Islam telah berjaya mencapai kemenangan.

Di dalam keceriaan dan kegemilangan kemenangan tersebut, dan seperti yang lazim setelah tamat perang, wanita berkenaan ditemukan dengan pemimpin perang puak Kristian yang telah menjadi orang tawanannya. Bermula dari pandanagn pertama, hatinya telah tertarik dan terpikat dengan ketua tentera Kristian yang tampan itu. .Lama kelamaan rasa tersebut mekar menjadi cinta yang tidak tertahan-tahan lagi. Dia mengajak tawanan itu memeluk Islam supaya boleh dipersuamikannya tetapi tawanannya itu telah menolak. Berkali-kali dia memujuk tetapi tawanannya tetap menolak malahan mencadangkan pula agar wanita tersebut memeluk agama kristian supaya mereka dapat bersama memadu kasih yang sekian lama telah berbunga di hati masing-masing.

Akhirnya wanita tersebut kecundang, jatuh dan tersungkur dilanda cinta yang begitu ghairah dan hebat yang telah memadamkan segala cintanya kepada Allah, Islam dan kebenaran. Demi cintanya itu dia murtad dan memeluk agama Kristian.

Peristiwa sedih dan malang ini benar-benar terjadi dalam sejarah umat Islam. Ia patut menjadi pengajaran kepada kita iaitu sesiapa yang membelakangkan syariat-Nya, pasti natijahnya tidak selamat. Memanglah semua orang Islam mahukan kemenangan di dalam peperangan menentang musuh. Tetapi kemenangan itu mesti dicapai di dalam pengaruh dan lingkungan syariat. Syariat Allah tidak boleh dikesampingkan di dalam perjuangan menuju keredhaan-Nya.
Syarat-syarat menjadi pemimpin dalam Islam amat jelas. Antaranya, pemimpin mesti orang lelaki. Wanita tidak dibenarkan menjadi pemimpin kepada lelaki.

Soal kepimpinan di tangan lelaki ini bukanlah satu diskriminasi. Maha suci Tuhan daripada menzalimi dan melakukan diskriminasi terhadap makhluk-makhluk-Nya. Bahkan Tuhan Itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Adil bererti meletakkan sesuatu itu pada tempatnya. Maka kedudukan wanita itu bukan sebagai pemimpin tetapi ada peranannya yang tersendiri sesuai dengan fitrah mereka. Wanita lebih berperanan sebagai sayap kiri kepada lelaki, iaitu sebagai pembantu kepada kaum lelaki. Sayap kiri juga sangat penting kerana tanpanya mana mungkin seekor burung mampu terbang tinggi di udara. Sebab itu ada pepatah berkata; “Di belakang seorang lelaki itu (sama ada kejayaan atau kejatuhannya) ada seorang wanita.”

Dalam Islam, wanita dibenarkan malah diperlukan oleh masyarakat Islam membuat kerja-kerja lain sepertimana kaum lelaki biasa. Mereka boleh menjadi pekerja mahir atau orang-orang profesional seperi doktor, jurutera, akauntan, arkitek dan juga sebagai pendidik, jururawat dan sebagainya. Hanya perlu berada di bawah kepimpinan orang lelaki.
Itulah kehendak Allah yang sangat-sangat mengetahui akan hikmahnya.

WaLlahu a’lam.

Oleh: Abdul Rahim

10 June 2016 - Posted by | Renungan & Teladan, Tazkirah

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: