Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

PENJELASAN ISU DOA BERBUKA PUASA YANG BIASA DIAMALKAN TETAPI DIKATAKAN TIDAK SUNNAH

Doa berbuka puasa yang sudah bertahun -tahun dan berabad -abad diamalkan kaum muslimin diingkari kesunnahannya oleh kelompok minoriti. Doa ini juga sudah disepakati ulama empat mazhab secara turun temurun hingga kini.

Ini dalilnya:

ﻓﻘﺪ ﺃﺧﺮﺟﻪ ﺃﺑﻮ ﺩﺍﻭﺩ ﻓﻲ سننه ( 2/316 ) ( 358 ) ﻭﻗﺎﻝ : ﺣﺪﺛﻨﺎ ﻣﺴﺪﺩ، ﺣﺪﺛﻨﺎ ﻫﺸﻴﻢ ﻋﻦ ﺣﺼﻴﻦ، ﻋﻦ ﻣﻌﺎﺫ ﺑﻦ ﺯﻫﺮﺓ ﺃﻧﻪ ﺑﻠﻐﻪ، ﺃﻥ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻛﺎﻥ ﺇﺫﺍ ﺃﻓﻄﺮ ﻗﺎﻝ: ” ﺍﻟﻠﻬﻢ ﻟﻚ ﺻﻤﺖ ﻭﻋﻠﻰ ﺭﺯﻗﻚ ﺃﻓﻄﺮﺕ .” ﻭﺑﻬﺬﺍ ﺍﻟﻠﻔﻆ ﻭﻣﻦ ﻃﺮﻳﻖ ﻣﻌﺎﺫ ﺑﻦ ﺯﻫﺮﺓ، ﺃﺧﺮﺟﻪ ﺃﻳﻀﺎً : ﺃﺑﻮ ﺩﺍﻭﺩ ﻓﻲ ﺍﻟﻤﺮﺍﺳﻴﻞ ( ﺹ 124 ) (99 ) ﻭﺍﻟﺒﻐﻮﻱ ﻓﻲ ﺷﺮﺡ ﺍﻟﺴﻨﺔ ( 6/265 ) (1741 )، ﻭﺍﻟﺒﻴﻬﻘﻲ ﻓﻲ ﺍﻟﻜﺒﺮﻯ ( 4/239 ) ﻭﺍﺑﻦ ﺃﺑﻲ ﺷﻴﺒﺔ ﻓﻲ ﻣﺼﻨﻔﻪ ( 2/511 )، ﻭﻋﻠﻘﻪ ﺍﺑﻦ ﺍﻟﻤﺒﺎﺭﻙ ﻓﻲ ﺍﻟﺰﻫﺪ ﻟﻪ ( 2/828 )

Hadis yang diriwayatkan Abu Daud dan para ulama diatas dihalang membacanya dengan alasan riwayat lemah oleh kelompok minoriti. Benarkah begitu? Mari kita lihat perbahasan 4 mazhab bagi doa ini.

PENDAPAT PARA ULAMA MAZHAB YANG EMPAT BERKAITAN DOA BERBUKA PUASA YANG DIAMALKAN DI NUSANTARA

Pembacaan do’a seperti diatas –dengan variasi tambahan dan pengurangan dengan mengumpulkan semua riwayat– merupakan warisan turun-temurun dari para Ulama Warasatul Anbiya. Mereka yang menganjurkan membaca do’a ini adalah para Ahli Hadis dan Fuqaha dari berbagai Mazhab.

Dari Ulama Mazhab Hanafi misalnya kita menemui penjelasan dari Al Imam As Syeikh Fakhruddin Utsman bin Ali az Zaila’i:

وَمِنْ السُّنَّةِ أَنْ يَقُولَ عِنْدَ الْإِفْطَارِ اللَّهُمَّ لَك صُمْت وَبِك آمَنْت وَعَلَيْك تَوَكَّلْت وَعَلَى رِزْقِك أَفْطَرْت .

Ertinya: Di antara Sunat adalah ketika berbuka puasa dianjurkan mengucapkan: “Ya Allah, kerana-Mu aku berpuasa, kepada-Mu aku beriman, kepada-Mu aku bertawakkal dan dengan rezeki-Mu aku berbuka. (Lihat kitab Tabyinul Haqa’iq Syarah Kanzud Daqa’iq karya Al Imam Az Zaila’i juz 4 halaman 178).

– Dari Ulama Mazhab Maliki antara lain disebutkan dalam Kitab Al Fawakih Ad Dawani Ala Risalah Ibni Abi Zaid Al Qirwani karya Al Imam As Syeikh Ahmad bin Ghunaim bin Salim bin Mihna An Nafrawi :

وَيَقُولُ نَدْبًا عِنْدَ الْفِطْرِ : اللَّهُمَّ لَك صُمْت وَعَلَى رِزْقِك أَفْطَرْت فَاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْت وَمَا أَخَّرْت ، أَوْ يَقُولُ : اللَّهُمَّ لَك صُمْت وَعَلَى رِزْقِك أَفْطَرْت ، ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتْ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الْأَجْرُ إنْ شَاءَ اللَّهُ .

Ertinya: Dan Sunat ketika berbuka puasa mengucapkan: “Ya Allah, kerana-Mu aku berpuasa dan dengan rezeki-Mu aku berbuka. Maka ampunilah dosaku yang lalu dan yang akan datang”. Atau mengucapkan: “Ya Allah, kerana-Mu aku berpuasa dan dengan rezeki-Mu aku berbuka. Telah hilang rasa penatku dan basahlah tenggorokanku dan tetaplah pahala dicurahkan atasku, Insya Allah”. (Lihat pada Juz 3 halaman 386).

– Dari Mazhab Syafi’i antara lain dikemukakan Al Hafiz Al Imam As Syeikh An Nawawi dalam Al Majmu’ Syarah Al Muhazzab:

والمستحب أن يقول عند إفطاره اللَّهُمَّ لَك صُمْت وَعَلَى رِزْقِك أَفْطَرْت لما روى أبو هريرة قال ” كان رسول الله صلي الله عليه وسلم إذا صام ثم أفطر قال اللَّهُمَّ لَك صُمْت وَعَلَى رِزْقِك أَفْطَرْت .

Ertinya: Dan yang disunnahkan ketika berbuka puasa itu adalah mengucapkan: “Ya Allah, kerana-Mu aku berpuasa dan dengan rezeki-Mu aku berbuka”. Berdasarkan Hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah, ia berkata: Rasulullah SAW itu apabila berpuasa kemudian berbuka membaca “Ya Allah, kerana-Mu aku berpuasa dan dengan rezekii-Mu aku berbuka”. (Lihat Al Majmu’ Juz 6 halaman 363).

– Dari Mazhab Hanbali antara lain dikemukakan oleh Ibnu Qudamah Al Maqdisi.

ويستحب تعجيل الافطار وتأخير السحور، وأن يفطر على التمر وإن لم يجد فعلى الماء،وأن يقول عند فطره اللَّهُمَّ لَك صُمْت ، وَعَلَى رِزْقِك أَفْطَرْت ، سُبْحَانَك وَبِحَمْدِك ، اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنِّي إنَّك أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Ertinya: Dan disunnahkan menyegerakan berbuka dan mengakhirkan sahur. Dianjurkan agar berbuka dengan kurma atau jika tidak ada, dengan air. Dan ketika berbuka hendaklah membaca, “Ya Allah, kerana-Mu aku berpuasa dan dengan rezeki-Mu aku berbuka”. Maha Suci Engkau ya Allah dan segala pujian bagi-Mu. Ya Allah, terimalah ibadahku sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (Asy Syarh Al Kabir karya Ibnu Qudamah, juz 3, halaman 76)

Jadi para ulama menggabungkan semua riwayat yang semuanya sunnah, bukan seperti kelompok minoriti yang suka menimbulkan perselisihan dan pertelingkahan dalam masyarakat umat islam nusantara

ABU SUNNAH
TMG

SILA LAYARI
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1033948283352804&substory_index=0&id=990303737717259

10/06/2016 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Andalusia Kisah Menyayat Hati

image
Telah berlaku satu kisah di zaman silam Andalusia. Setelah sekian lama kaum Muslimin berperang dengan puak Kristian, namun Kaum Muslimin tidak menang dan tidak kalah. Ini telah menimbulkan tanda tanya dan keresahan di kalangan orang-orang Islam, termasuklah seorang wanita Islam yang merasakan bahawa sesuatu perubahan perlu dibuat supaya kemenangan berpihak semula kepada orang Islam.

Dia berkata, setelah sekian lama tentera Islam dipimpin oleh kaum lelaki namun tidak juga berjaya mendapat kemenangan, maka tibalah masanya kaum wanita pula di beri peluang dan dilantik untuk ,memimpin tentera Islam. Dalam keadaan tedesak itu, kaum lelaki telah ,menerima usul tersebut dan wanita berkenaan dilantuk menjadi ketua dan panglima tentera Islam. Dengan kehendak Allah, di bawah pimpinan wanita itu, tentera Islam telah berjaya mencapai kemenangan.

Di dalam keceriaan dan kegemilangan kemenangan tersebut, dan seperti yang lazim setelah tamat perang, wanita berkenaan ditemukan dengan pemimpin perang puak Kristian yang telah menjadi orang tawanannya. Bermula dari pandanagn pertama, hatinya telah tertarik dan terpikat dengan ketua tentera Kristian yang tampan itu. .Lama kelamaan rasa tersebut mekar menjadi cinta yang tidak tertahan-tahan lagi. Dia mengajak tawanan itu memeluk Islam supaya boleh dipersuamikannya tetapi tawanannya itu telah menolak. Berkali-kali dia memujuk tetapi tawanannya tetap menolak malahan mencadangkan pula agar wanita tersebut memeluk agama kristian supaya mereka dapat bersama memadu kasih yang sekian lama telah berbunga di hati masing-masing.

Akhirnya wanita tersebut kecundang, jatuh dan tersungkur dilanda cinta yang begitu ghairah dan hebat yang telah memadamkan segala cintanya kepada Allah, Islam dan kebenaran. Demi cintanya itu dia murtad dan memeluk agama Kristian.

Peristiwa sedih dan malang ini benar-benar terjadi dalam sejarah umat Islam. Ia patut menjadi pengajaran kepada kita iaitu sesiapa yang membelakangkan syariat-Nya, pasti natijahnya tidak selamat. Memanglah semua orang Islam mahukan kemenangan di dalam peperangan menentang musuh. Tetapi kemenangan itu mesti dicapai di dalam pengaruh dan lingkungan syariat. Syariat Allah tidak boleh dikesampingkan di dalam perjuangan menuju keredhaan-Nya.
Syarat-syarat menjadi pemimpin dalam Islam amat jelas. Antaranya, pemimpin mesti orang lelaki. Wanita tidak dibenarkan menjadi pemimpin kepada lelaki.

Soal kepimpinan di tangan lelaki ini bukanlah satu diskriminasi. Maha suci Tuhan daripada menzalimi dan melakukan diskriminasi terhadap makhluk-makhluk-Nya. Bahkan Tuhan Itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Adil bererti meletakkan sesuatu itu pada tempatnya. Maka kedudukan wanita itu bukan sebagai pemimpin tetapi ada peranannya yang tersendiri sesuai dengan fitrah mereka. Wanita lebih berperanan sebagai sayap kiri kepada lelaki, iaitu sebagai pembantu kepada kaum lelaki. Sayap kiri juga sangat penting kerana tanpanya mana mungkin seekor burung mampu terbang tinggi di udara. Sebab itu ada pepatah berkata; “Di belakang seorang lelaki itu (sama ada kejayaan atau kejatuhannya) ada seorang wanita.”

Dalam Islam, wanita dibenarkan malah diperlukan oleh masyarakat Islam membuat kerja-kerja lain sepertimana kaum lelaki biasa. Mereka boleh menjadi pekerja mahir atau orang-orang profesional seperi doktor, jurutera, akauntan, arkitek dan juga sebagai pendidik, jururawat dan sebagainya. Hanya perlu berada di bawah kepimpinan orang lelaki.
Itulah kehendak Allah yang sangat-sangat mengetahui akan hikmahnya.

WaLlahu a’lam.

Oleh: Abdul Rahim

10/06/2016 Posted by | Renungan & Teladan, Tazkirah | Leave a comment

   

%d bloggers like this: