Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Slogan Wahabi membawa kerosakan

Slogan Wahabi membawa kerosakan Ummah menuju kepada Pemikiran Islam Moderate, Liberal dan terdedah kepada ajaran atau pemikiran yang sesat lagi menyesatkan.

Mengapa sedemikian ?

Mari kita lihat Slogan ini!

1.”Jangan Ikut Ulama, ikut Al-Quran dan Sunnah ”

2.”Jangan Ikut Ulama, Ikut Nabi”

Tahukah anda Slogan diatas adalah sangat merbahaya?

Tahukah anda apakah Objektif Utama 2 Slogan diatas?

Dari manakah Slogan itu datang?

Slogan ini datangnya dari ajaran sesat seperti:
-Millah Abraham
-Anti Hadith
-Syiah
-wahabi / extremist
-liberal
-aminah wadud
-murtadin
-Atheis/Pagan
Kerana kesemua ajaran sesat di atas mempunyai Objektif Utama iaitu menjauhkan Anak muda dan orang awam daripada berpegang pada ulama.Ini kerana selagi ada ulama ahlisunnah waljamaah kesemua ajaran sesat ini susah menyebarkan dakyah atau fahaman sesat mereka.
sekarang tibalah masanya kita membunyikan siren,Loceng wisel “kecemasan” kerana anak muda dan orang awam yang terpengaruh oleh slogan wahabi ini sudah berada dalam tahap pemikiran yang kritikal yang akan hampir kepada radikal membahayakan diri mereka dan orang lain serta mencemarkan kesucian agama islam.

Ya Slogan diatas mempunyai OBJEKTIF utama iaitu “MENOLAK ULAMA” mereka bukan membawa orang awam supaya mengikut Al-Quran Sunnah dan Mengikut Nabi.Akan tetapi mereka menyemaikan benih kebencian terhadap ulama dan sedikit demi sedikit orang awam menolak ulama serta berani menghina ulama.Jika orang awam menolak ulama jadilah mereka mentafsir Al-Quran dan Hadith mengikut hawa nafsu,logik akal fikiran mereka sendiri.Hal ini boleh menjerumuskan orang awam kepada fahaman sesat Anti Hadith kerana Hadith daripada rantaian sanad dari ulama.

Hari ini Wahabi dan musuh islam mengajarkan anak muda dan orang awam menolak dan menghina ulama.Esok lusa pula anak muda kita sudah berani mengkafirkan dan menghukum sesat kepada ibu bapa mereka sendiri.

(Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=640164109471249&id=157646017723063%5D

06/06/2016 Posted by | Ibadah, Informasi, Politik dan Dakwah, Tazkirah | Leave a comment

10 Fakta PUASA yang Patut Anda Ketahui

(FB Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan).

1. Mandi ketika berpuasa untuk menyegarkan badan.

Fakta: Mandi MENYELAM ketika puasa hukumnya adalah makruh kerana dikhuatiri boleh menyebabkan air masuk ke dalam rongga sehingga boleh membatalkan puasa walaupun ketika mandi wajib. Justeru, terdapat dua keadaan sekiranya seseorang yang berpuasa itu mandi iaitu;

1.1 Mandi yang dituntutkan oleh syarak sama ada mandi wajib mahupun mandi sunat. Maka puasa tidak batal sekiranya air masuk ke dalam rongganya TANPA disengajakan ketika mandi jika dia mandi dengan cara jirusan biasa. Walaubagaimanapun, sekiranya dia mandi dengan cara menyelam/berendam sehingga menyebabkan air masuk ke dalam rongganya, maka puasa menjadi batal.

1.2 Mandi yang tidak dituntutkan oleh syarak seperti mandi untuk menyejukkan badan atau untuk membersihkan badan. Maka batal puasanya sekiranya air masuk ke dalam rongga walaupun TANPA disengajakan ketika mandi sama ada mandi dengan cara jirusan biasa mahupun dengan cara menyelam/berendam (al-Taqrirot al-Sadidah 447, 453-454).

2. Korek hidung, telinga atau rongga-rongga yang berlubang.

Fakta: Memasukkan apa saja benda ke dalam rongga yang berlubang adalah membatalkan puasa menurut Mazhab Syafi’i berdasarkan qias (Al-Feqh al-Manhaji 342/1).

3. Penetapan waktu imsak iaitu kira-kira 5 hingga 10 minit sebelum masuk waktu Subuh.

Fakta: Sunat (bukan wajib) untuk berhenti makan dan minum sebelum masuk waktu (imsak) sebagai langkah berjaga-jaga. Ia berdasarkan perbuatan Nabi sollallahu ‘alaihi wa sallam sepertimana yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik radhiallahu anhu;

عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ تَسَحَّرْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ قُلْتُ كَمْ كَانَ بَيْنَ الْأَذَانِ وَالسَّحُورِ قَالَ قَدْرُ خَمْسِينَ آيَةً
Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit radhiallahu anhu, beliau berkata: “Kami telah makan sahur bersama-sama Nabi sollallahu ‘alaihi wa sallam, kemudian baginda bangun mengerjakan sembahyang. Anas radhiallahu anhu bertanya kepada Zaid radhiallahu anhu; “Berapa tempohnya antara azan (Subuh) dengan masa makan sahur itu ?” Dia menjawab: “Kira-kira sekadar membaca 50 ayat.”(Riwayat al-Bukhari no. 1921)

4. Makanan yang disunnahkan berbuka dengannya.

Fakta: Disunatkan untuk berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air berdasarkan perbuatan Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam. Sekiranya tiada, dianjurkan juga berbuka dengan benda-benda yang manis (al-Taqrirot al-Sadidah 444). Diriwayatkan daripada Anas bin Malik radhiallahu anhu;

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُفْطِرُ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ عَلَى رُطَبَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٌ فَتُمَيْرَاتٌ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تُمَيْرَاتٌ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ وَصَحَّحَهُ الدَّارَقُطْنِيُّ
“Sesungguhnya Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam apabila berbuka, baginda makan beberapa biji kurma masak. Sekiranya tiada, baginda makan beberapa biji kurma kering. Jika tiada juga, baginda meneguk beberapa teguk air.” (Riwayat Abi Daud no. 2356 dan al-Tirmizi no. 696)

5. Merasai makanan dengan lidah.

Fakta: Makruh bagi orang yang berpuasa merasai makanan tanpa keperluan kerana dikhuatiri akan tertelan minuman atau makanan tersebut. Adapun merasai makanan kerana hajat, hukumnya tidaklah makruh selagimana ia tidak sampai memasuki tenggorokan (tekak dan salur makanan)(al-Taqrirot al-Sadidah 447).

6. Memasuki waktu subuh dalam keadaan berjunub.

Fakta: Sunat bagi seseorang yang berjunub mandi wajib sebelum waktu subuh. Hal ini pernah berlaku kepada Rasulullah sollahu ‘alaihi wasallam, sedangkan baginda kemudiannya mandi, bersolat dan meneruskan puasa seperti biasa. Diceritakan oleh Marwan, sesungguhnya Aisyah dan Ummu Salamah radhiallahu anhuma memberitahunya;

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُدْرِكُهُ الْفَجْرُ وَهُوَ جُنُبٌ مِنْ أَهْلِهِ ثُمَّ يَغْتَسِلُ وَيَصُومُ
“Sesungguhnya Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam pernah berkeadaan junub pada waktu Subuh lantaran hubungan kelamin. Kemudian baginda mandi junub dan berpuasa. (Riwayat al-Bukhari no. 1925)

7. Bolehkah bercumbu-cumbuan dengan isteri ketika puasa?

Fakta: Haram bercumbu-cumbuan semasa melaksanakan puasa wajib sekiranya ia dilakukan sehingga menaikkan syahwat (puasa sunat tidak haram). Namun, sekiranya ia dilakukan tanpa menaikkan syahwat hukumnya adalah khilaful aula (makruh ringan). Walaubagaimanapun, puasanya tidak terbatal melainkan jika berlakunya inzal (keluar air mani) disebabkan cumbuan tersebut (al-Taqrirot al-Sadidah 455). Diriwayatkan daripada Aisyah radhiallahu anha;

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُنِي وَهُوَ صَائِمٌ ، وَأَيُّكُمْ يَمْلِكُ إِرْبَهُ كَمَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَمْلِكُ إِرْبَهُ
“Rasulullah mengucupku sedangkan dia berpuasa. Siapakah di kalangan kamu yang memiliki kemampuan mengawal nafsunya sebagaimana Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam miliki?”(Riwayat Muslim no. 1860).

8. Menggosok gigi ketika sedang berpuasa.

Fakta: Makruh bersiwak/menggosok gigi selepas gelincir matahari. Namun, menurut pendapat Imam al-Nawawi, hukumnya tidak makruh walaupun ia dilakukan selepas gelincir matahari (al-Taqrirot al-Sadidah 455). Memakai ubat gigi ketika menggosok gigi hukumnya adalah harus selagimana ia tidak ditelan (Fatwa Darul Ifta Mesir no. 1199).http://www.dar-alifta.org/ViewFatwa.aspx?ID=1199&LangID=5&MuftiType=0

9. Lafaz niat puasa.

Fakta: Wajib untuk berniat puasa pada setiap malam menurut Mazhab Syafi’i. Bahkan niat itu tempatnya di hati. Sesiapa saja yang terlintas di hatinya pada waktu malam hari, bahawa dia akan berpuasa pada keesokan harinya, maka itu sudah memadai baginya. Hal ini adalah berdasarkan hadis riwayat Aisyah radhiallahu anha, Rasululllah sollallahu alaihi wa sallam bersabda;

مَنْ لَمْ يُبَيِّتِ الصِّيَامَ قَبْلَ طُلُوْعِ الفَجْرِ فَلاَ صِيَامَ لَهُ
“Sesiapa yang tidak berniat puasa sebelum terbit fajar (subuh), maka tiada puasa baginya.” (Riwayat al-Daraqutni no. 2213 dan al-Baihaqi no. 7989. Menurut al-Daraqutni; semua perawinya adalah thiqah)

Syarat niat bagi puasa adalah;

9.1 Tabyit- Meniatkan pada waktu malam iaitu sebelum terbitnya fajar bagi puasa wajib. Manakala bagi puasa sunat pula diharuskan untuk berniat sebelum gelincir matahari selagimana tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa berdasarkan hadis riwayat Aisyah radhiallahu anha, sesungguhnya Nabi sollallahu alaihi wa sallam bersabda kepadanya;

هَلْ عِنْدَكُمْ مِنْ غَدَاءٍ ؟ “، … وَإِنْ قُلْنَا : لا , قَالَ : ” إِنِّي صَائِمٌ. قَالَ الدَّارَقُطْنِيُّ هَذاَ إسْنَادٌ صَحِيْحٌ
“Adakah pada kamu apa-apa untuk makan tengah hari?.” Jika kami menjawab; “Tiada.” Lalu baginda bersabda; “Kalau begitu aku berpuasa.”(Riwayat al-Daraqutni no. 2236).

9.2 Ta’yin- Menentukan jenis puasa yang ingin dilaksanakan seperti Ramadhan.

9.3 Tikrar (berulang-ulang)- Meniatkan puasa pada setiap malam untuk berpuasa keesokan hari berikutnya (Al-Feqh al-Manhaji 340-341/1).

Manakala LAFAZ niat iaitu seperti ucapan; “nawaitu souma ghadin…”, hukumnya adalah sunat bagi membantu niat di dalam hati. Ia diqiaskan dengan lafaz niat ihram ketika melaksanakan ibadat haji bertujuan untuk membantu niat di dalam hati.

Justeru, bagi yang tidak berniat, maka puasanya tidak sah kerana setiap perkara dimulakan dengan niat berdasarkan hadis riwayat Umar al-Khattob radhiallahu anhu, Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam bersabda;

إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى
“Hanyasanya setiap amalan adalah dengan niat dan seseorang hanya mendapat apa yang diniatkannya…”(Riwayat al-Bukhari no. 1 dan Muslim no. 1907).

10. Tidur ketika sedang berpuasa.

Fakta: Memang benar terdapat beberapa hadis yang menyebut bahawa tidur orang yang berpuasa adalah ibadat. Antaranya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abi Aufa, diriwayatkan bahawa Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam bersabda;

نَوْمُ الصَّائِمِ عِبَادَةٌ ، وَصَمْتُهُ تَسْبِيحٌ ، وَعَمَلُهُ مُضَاعَفٌ ، وَدُعَاؤُهُ مُسْتَجَابٌ ، وَذَنْبُهُ مَغْفُورٌ
“Tidur orang yang berpuasa adalah ibadah, senyapnya adalah tasbih, amalannya berganda, doanya mustajab dan dosanya diampuni.”(Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman no. 3652).

Sungguhpun demikian, memperBANYAKkan tidur adalah merupakan salah satu daripada perkara yang dimakruhkan ketika berpuasa kerana ia boleh menghilangkan faedah puasa (al-Taqrirot al-Sadidah 448).
اليسع
Wallahu’alam
http://tolibilmi.blogspot.my/2016/06/10-fakta-puasa-yang-patut-anda-ketahui.html

— with Masjid Negeri Negeri Sembilan, Masjid Jamek Tampin, Siti Zakiah, Alia Berhan, Paid Tampin and Mariah Berhan.

06/06/2016 Posted by | Fiqh, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

SIAPAKAH AMINAH WADUD ?

image

Sudah dua kali wanita ini keluar di dalam TV AL HIJRAH memberi pendapatnya dalam isu Islam. Dia adalah seorang profesor dalam bidang pengajian Islam di Universiti Commonwealth Virginia Amerika Syarikat. . Pernah menjadi tenaga pengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 1989-1991 yang mengajar di Jabatan Revealed Knowledge and Heritage, tetapi perkhidmatannya tidak dilanjutkan kerana pandangannya selalu kontroversi.

Kontroversi dan Ajarannya

Wanita yang membawa ajaran sesat liberal dan pluralis ini juga disokong kuat oleh Sister In Islam, apabila menyokong wanita ini menjadi imam Solat Jumaat di di Virginia Commonwealth University, New York, pada 18 March 2005. Beliau kemudian mengulanginya lagi di Oxford, England, pada tahun 2008. Dan puak Sister In Islam ini menggunakan hadith mengenai wanita menjadi imam dengan tafsiran yang batil (pelik, dalam justifikasi golongan batil ini mempergunakan pula para alim ulamak untuk membenarkan perbuatan mereka).

Benarkah Wanita Boleh Menjadi Imam Kepada Lelaki ?

Ulasan yang telah diberikan oleh Ustaz Mohd Khafidz bin Soroni (INHAD)

Soalan: Ada tak hadis wanita boleh menjadi imam bagi jemaah wanita? Kerana ada yang mengatakan wanita tak perlu berjemaah sesama mereka dan Rasulullah SAW sendiri bersabda, “Sebaik-baik salat bagi wanita adalah di sudut rumahnya” (HR Ahmad dan lain-lain) iaitu secara sendirian.

Jawapan:

Ada sebuah hadis.

Diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam Sunannya (بَاب إِمَامَةِ النِّسَاءِ) (591- 592) daripada ‘Abd ar-Rahman bin Khallad al-Ansari dan Laila binti Malik daripada Ummu Waraqah binti ‘Abdullah al-Ansariyyah r.a., seorang sahabiah yang pandai membaca al-Quran – secara ringkasnya – bahawa beliau pernah meminta izin kepada Nabi SAW untuk menugaskan di dalam rumahnya seorang mu’azzin, lalu baginda pun mengizinkannya. Baginda menyuruh beliau supaya menjadi imam kepada ahli rumahnya. Kata ‘Abd ar-Rahman: “Aku pernah melihat mu’azzinnya adalah seorang lelaki tua yang lanjut usianya”.

Hadis Ummu Waraqah r.a. ini juga telah diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya (1676), al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra, al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir dan al-Daraqutni dalam Sunannya. Kesemuanya dari jalur al-Walid bin ‘Abdullah bin Jumai‘, seorang perawi yang dihukum thiqah atau (لا بأس به) oleh ramai ulama al-jarh wa al-ta‘dil.

Pendapat yang menolak hadis ini kerana ‘Abd ar-Rahman bin Khallad al-Ansari adalah seorang perawi yang majhul. Namun, riwayat beliau tidak bersendirian kerana ia telah diiringi (mutaba‘ah) oleh riwayat Laila binti Malik yang juga seorang perawi majhul. Dari sudut ini, ada pendapat yang melihat ianya tetap tidak dapat mengukuhkan antara satu sama lain. Manakala satu pendapat lagi mengatakan ianya dapat mengukuhkan antara satu sama lain dan menjadikan sanad hadis ini meningkat kepada darjat hasan.

Al-Hafiz Ibn Hajar menyebut dalam (بلوغ المرام): “Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan ia disahihkan oleh Ibn Khuzaimah”, seolah-olah beliau mengakui dan menerima pentashihan Ibn Khuzaimah tersebut. Al-‘Allamah al-‘Aini dalam (البِنَاية شرح الهِدَاية) menyatakan hadis ini adalah sahih.

Hadis ini dikuatkan oleh beberapa athar daripada ‘A’isyah RA, Ummu Salamah RA dan Ibn ‘Abbas RA yang menunjukkan wanita boleh menjadi imam kepada jemaah wanita. Antaranya, al-Hakim meriwayatkan daripada ‘Ata’ katanya:

أَنَّهَا كَانَتْ تُؤَذِنُ وَتُقِيمُ وَتَؤُمُ النِّسَاءَ، وَتَقُومُ وَسْطَهُنَّ.

Maksudnya: “Beliau [‘A’isyah RA] pernah melaung azan, iqamah dan mengimamkan jemaah wanita serta berdiri di tengah-tengah mereka”.

Para ulama’ telah berbeza pendapat dalam memahami hadis Ummu Waraqah r.a. di atas. Sebahagian mereka menjadikan ianya khusus kepada Ummu Waraqah r.a. sahaja dan sebahagian yang lain pula menganggap dibolehkan perempuan menjadi imam kepada ahli keluarganya yang perempuan sahaja dan tidak dibolehkan menjadi imam kepada wanita selain keluarganya serta di luar rumahnya.

Berdasarkan dalil-dalil di atas, menurut sebahagian ulama seperti mazhab al-Syafi‘i dan pendapat yang rajih dalam mazhab Hanbali, wanita boleh menjadi imam solat berjemaah yang makmumnya hanya wanita, seperti yang dilakukan oleh ‘A’isyah RA dan Ummu Salamah RA. Ia adalah mustahab.

Imam ‘Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hanafi (w. 1304H) telah mengupas masalah ini dengan baik di dalam kitabnya (تحفة النبلاء في جماعة النساء). Beliau menyokong pandangan mazhab al-Syafi‘i dan lain-lain yang bersamanya serta menolak pandangan ulama Hanafiyyah yang mengatakannya makruh.

Hadis di atas dalil yang menunjukkan keharusan wanita berbuat demikian dan tidak bertentangan dengan hadis: “Sebaik-baik solat bagi wanita adalah di sudut rumahnya” (HR Ahmad dan lain-lain). Kerana kedua-duanya merujuk kepada kesesuaian situasi individu. Lihat bagaimana syarak menjaga kedudukan istimewa kaum wanita hatta dalam ibadah.

Nabi SAW menyatakan ganjaran pahala 27 kali ganda bagi solat berjemaah adalah untuk direbut oleh sesiapa sahaja, termasuklah wanita. Sebab itu kaum wanita di zaman Baginda SAW tidak dihalang untuk pergi ke masjid bersolat jemaah. Dan pada masa yang sama baginda amat prihatin dalam menjaga kehormatan mereka. Justeru, wanita yang berpeluang dan berkesempatan bersolat jemaah, maka ia bolehlah bersolat jemaah. Apatah lagi jika berada di Masjid al-Haram atau Masjid Nabawi yang besar ganjaran pahalanya. Manakala yang tidak berpeluang dan berkesempatan, maka ia tidak perlu sama sekali berasa sedih dan kecewa kerana solat di rumahnya itu dikira lebih afdhal. Ini berbeza dengan kedudukan kaum lelaki.

Jika para pelajar perempuan yang tinggal di asrama misalnya, maka harus bagi mereka menunaikan solat berjemaah secara bersama-sama. Lebih-lebih lagi ganjaran pahala 27 kali ganda bagi solat berjemaah akan dapat diperolehi. Jika seorang suri rumah pula misalnya, adalah lebih baik baginya bersolat sendirian atau bersama anak-anak perempuan di rumah sahaja kerana itu lebih sesuai dan lebih menjaga diri mereka. Keafdhalan yang disebutkan adalah kerana ketaatan mereka yang penuh bulat di dalam memelihara batasan syarak. Menjaga kesesuaian situasi ini lebih menampakkan kecantikan dan keluasan syariat Islam yang bersifat anjal dan tidak rigid.

* Perhatian: Ada disebut dalam hadis Ummu Waraqah r.a. itu, beliau menjadi imam kepada ahli rumahnya yang mana mu’azzinnya adalah seorang lelaki tua yang lanjut usianya. Oleh itu, Abu Thaur, al-Muzanni dan at-Tabari menyatakan perempuan juga boleh menjadi imam kepada orang lelaki secara mutlak. Pandangan ini dikira berlawanan (syaz) dengan pandangan jumhur besar ulama. Berdasarkan pendapat yang mengatakan hadis di atas sabit, perkara ini perlulah ditafsirkan dengan jelas. Meskipun ada yang menafsirkan, Ummu Waraqah r.a. sebenarnya hanya menjadi imam kepada ahli keluarga wanita sahaja di rumahnya.

Menurut Dr. ‘Abd al-Karim Zaidan dalam kitabnya al-Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah wa al-Bait al-Muslim, yang rajih (tepat) ialah harus seorang wanita menjadi imam kepada orang lelaki bersama-sama ahli keluarga di rumahnya (dengan syarat) jika wanita itu lebih utama dan layak untuk menjadi imam berbanding lelaki disebabkan ia lebih pandai membaca al-Quran dan lebih faqih (berilmu). Hadis Ummu Waraqah r.a. itu menunjukkan beliau adalah seorang yang pandai membaca al-Quran serta lebih mampu dan layak menjadi imam berbanding mu’azzinnya yang merupakan seorang lelaki tua yang sudah lanjut usia (sebab itu namanya pun tidak disebutkan).

Menurut beliau lagi, adapun wanita yang menjadi imam kepada orang lelaki di masjid (atau di luar rumahnya), maka hukumnya adalah tidak harus, sebagai mengikut pandangan jumhur ulama. Dalil yang dapat menguatkannya ialah tidak pernah dinukilkan kepada kita walaupun sekali bahawa ada wanita yang pernah menjadi imam solat kepada jemaah lelaki (atau ada di antara makmumnya orang lelaki), sama ada pada zaman sahabat mahupun pada zaman tabiin. Wallahu a‘lam.

Oleh: Us Zamihan Al-Ghari

Sumber : http://sawanih.blogspot.com/2012/09/hadis-wanita-harus-menjadi-imam.html

Jelasnya perbuatan Aminah Wadud ini bersalahan dari sudut syariat Islam, bertentangan dengan jumhur Ulamak.

Sila rujuk kebatilan wanita ini di sini :

1. Penjelasan JAKIM : http://www.islam.gov.my/en/suara-jakim-agenda-amina-wadud-persenda-hukum-islam

2. Kaitan Aminah Wadud dan Sister in Islam : http://akarimomar.wordpress.com/2014/03/03/liberal-yang-sesat-terjemahkan-bacaan-selari-dalam-solat/

06/06/2016 Posted by | Hadis, Informasi, Q & A (Soal Jawab) | 1 Comment

KENYATAAN PARA IMAM DAN ULAMA MENGENAI TASAWUF BAHAGIAN

image

IMAM SYAFI’I (150-205 H./767-820 M.)
Imam Syafi`i RA berkata, “Aku menyertai kaum Sufi dan memperolehi tiga jenis ilmu:
Mereka mengajarku cara berbicara dan menjauhi kepura-puraan,
Mereka mengajarku untuk melayani manusia dengan tolak ansur dan hati yang lembut,
Mereka membimbingku di Jalan Sufi.”
Hal ini disebutkan di dalam Kitab Kasyf al-Khafa dan Muzid al-Albas, oleh Imam ‘Ajluni, Jil. 1, hal. 341.
IMAM AHMAD BIN HANBAL (164-241 H./780-855 M.)
Imam Ahmad RA berkata ketika menasihati puteranya, “Wahai anakku, engkau seharusnya duduk bersama Ahli Tasawuf, kerana mereka seumpama air terjun ilmu dan mereka sentiasa menjaga zikrullah di dalam hati mereka. Mereka adalah orang-orang yang zuhud dan mereka mempunyai kekuatan rohani terbesar.” Hal ini dijelaskan di dalam kitab Tanwir al-Qulub, hal. 405, oleh Shaykh Amin al-Kurdi QS.
Imam Ahmad mengatakan mengenai Sufi, sebagaimana disebutkan di dalam kitab Ghiza al-Albab, Jil. 1, hal. 120, “Aku tidak mengetahui golongan yang lebih baik daripada mereka.”

06/06/2016 Posted by | Ibadah, Informasi, Q & A (Soal Jawab), Tasauf | Leave a comment

   

%d bloggers like this: