Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Yang Memberi Rezeki

“Para ulama mengatakan, rezeki itu terbahagi kepada tiga iaitu yang pertama adalah Rezeki yang dijamin. Yang kedua, adalah Rezeki yang diagih-agihkan. Dan yang ketiga, Rezeki yang dijanjikan. Dan rezeki itu perlu diusahakan kerana ia tidak datang bergolek. Maka adab kita kepada qada dan qadar Allah adalah kita berusaha.”

“Semakin mendalam pengenalannya pada Allah سبحانه وتعالى, maka semakin kuat yakinnya. Apabila dia tidak kenal Allah dgn sebenar-benar kenal, maka akan berkurang dan kurang yakinnya. Seperti seseorang yang tidak betul betul kenal dengan Allah سبحانه وتعالى iaitu Ar-Razaq, yang Maha Pemberi Rezeki, maka yakin nya akan berkurang terhadap rezeki yang telah di jamin oleh Allah سبحانه وتعالى. Sehingga dia tidak ada masa untuk beribadah kerana sibuk mencari rezeki.”

“Bukankah Allah سبحانه وتعالى yang memberi rezeki? Kadangkala seseorang itu melakukan yang haram dalam pencarian rezekinya dengan alasan saya ingin mencari nafkah untuk diri, isteri dan anak saya untuk terus hidup, tapi dalam masa yg sama dia melakukan perkara yang haram, melakukan Riba’, perkara yang bertentangan dengan Allah سبحانه وتعالى, maka dia kurang yakinnya kepada Allah سبحانه وتعالى. ”

“Dia sudah beriman, tapi iman nya itu belum kuat dan mantap. Dia tahu Allah beri rezeki tapi dalam masa yang sama dia lakukan perkara yg haram dari rezekinya,
dari mulut dia kata Allah Ar-Razaq, Allah beri rezeki, saya keluar cari rezeki untuk nafkah diri dan keluarga saya, saya yakin Allah سبحانه وتعالى boleh bagi rezeki dengan berasbab. ”

“Tapi dalam masa sama cari rezeki dalam pembohongan, pendustaan dalam produknya dan sebagainya,
sanggup melakukan sesuatu yg haram .
Ini tidak ambil iktibar, mulut berkata Allah memberi rezeki tapi perbuatannya itu
tidak menyakinkan Allah سبحانه وتعالى yang beri rezeki. Jika dia yakin Allah beri rezeki dia ada masa cari rezeki dan ada masa untuk beribadah pada Allah سبحانه وتعالى, tinggalkan perkara yang haram dan sebagainya.”

“Jika dia tak yakin, majlis zikir, majlis ilmu, ibadah, dan solat fardhu pun dia akan tinggalkan. Kerana apa? Kerna terlalu sibuk ada mesyuarat sana sini, jumpa orang sana sini. Cari customer sampai tiada masa untuk ibadah kepada Allah سبحانه وتعالى. Bukankah Allah سبحانه وتعالى yang memberi rezeki?”

“Hakikatnya Allah سبحانه وتعالى yang memberi rezeki. Asbab itu adalah perantaraan. Berusaha ke atas asbab adalah sunnah, meninggalkan asbab adalah bid’ah. Yakin ke atas asbab adalah haram. Kita diperintah untuk berusaha ke atas asbab, tetapi kita dilarang untuk bersandar ke atas asbab. Seseorang manusia kadang kala keluar awal subuh, balik malam hari.”

“Untuk mendapatkan rezeki. jika demikian rezeki zahir, demikian rezeki batin apatah lagi lebih penting. Begitu juga dengan perkara hidayah. Sesuatu yang menyalahi adab kepada allah, dia mengatakan saya belum dapat menunaikan perintah allah kerana saya sedang tunggu hidayah, saya sedang tunggu seru. Saya belum sampai seru lagi. Tidak.”

“Seperti kamu faham rezeki itu perlu diusahakan, bermujahadah mencari rezeki, hidayah dan ilmu. Dan Allah سبحانه وتعالى adalah sebaik baik pemberi rezeki. Tugas kita sebagai mahkluk Allah سبحانه وتعالى, kita beradab kepada Allah adalah berusaha untuk mendapatkan rezeki zahir dan juga batin. Kita serahkan natijahnya kepada Allah سبحانه وتعالى.”

“Dan Seorang mukmin itu dia juga tidak malas. Seorang mukmin itu, dia tidak menganggur. Duduk lepak, goyang kaki menganggur membazir masa. Kerana tidak diciptakan jin dan manusia itu hanya untuk beribadah kepada Allah سبحانه وتعالى. Seorang mukmin itu sentiasa mengisi masanya dengan amal. Ada tiga ratus tempat didalam Al-Quran, Allah سبحانه وتعالى menyebutkan tentang amal.”

“Maka seseorang mukmin itu sepatutnya mengisi masa dengan beramal. Dan amal itu tidak khusus kepada ibadah solat kita, puasa zakat dan haji sahaja. Amal ini mempunyai makna yang luas lagi. Seseorang mukmin itu boleh menjadikan satu hari dua puluh empat jam masanya itu beribadah kepada Allah سبحانه وتعالى.”

“Dengan niatnya kerana Allah سبحانه وتعالى. Makan dan minum seorang mukmin itu jadi ibadah. Tidur enam atau tujuh jam dikira ibadah. Niatnya tidur untuk bangun tahajud. Niatnya untuk taqarub kepada Allah سبحانه وتعالى. Beribadah kepada Allah سبحانه وتعالى. Semuanya jadi ibadah.”

“Para Ulamak mengatakan, seorang mukmin itu tidak boleh berlalu masa satu detik pon dengan dia menganggur. Melepak duduk goyang kaki. Ini adalah suatu yang tercela didalam agama. Agama mengajarkan kepada kita untuk memanfaatkan masa. Dan tidak berlalu satu detik pon masa seseorang mukmin itu dengan menganggur.”

“Apakah hukum seseorang itu tidak bekerja? Seseorang itu menganggur? Adakah dia mendapat dosa atau tidak?” Seseorang yang goyang kaki tidak bekerja, dia mungkin tidak mendapat dosa. Akan tetapi, agama mengajarkan kepada kita seorang mukmin itu tidak goyang kaki dan malas.”

“Goyang kaki dan menganggur itu adalah satu sifat yang tercela. Kerana seorang mukmin itu, dia adalah seorang yang aktif. Allah سبحانه وتعالى suka melihat hamba-Nya yang aktif, cergas, kuat dan bekerja kerana Allah سبحانه وتعالى. Dia bekerja tidak malas duduk goyang kaki.”

“Seorang mukmin itu, dia tidak membuang masa. Dia sentiasa dalam pekerjaan. Selesai dari solat, dia pergi kemana-mana sahaja dia akan niatkan kerana Allah سبحانه وتعالى. Mukmin itu dia sentiasa dalam pekerjaan. Yang mana, setiap pekerjaan itu menjadi perantaraan atau wasilah untuk dia mendekatkan diri kepada Allah سبحانه وتعالى.”

“Menjadi kesilapan seseorang itu, dia memisahkan pekerjaan dunia dia dengan akhirat. Keperluan dunianya dengan akhirat. Dia mengatakan ini semua dunia. Kerana setiap pekerjaan dunia itu berhak menjadi satu ibadah dengan kuncinya adalah dengan niat kerana Allah سبحانه وتعالى. Terpulang kepada mukmin itu dengan niat menjadi ibadah atau tidak.”

“Seorang mukmin itu tidak malas, tidak lembik, tidak lesu, tidak goyang kaki dan tidak menganggur. Rasulullah ﷺ bersabda; “Seorang mukmin yang kuat, aktif, itu adalah lebih baik lebih afdhal lebih dicintai oleh Allah سبحانه وتعالى berbanding dengan mukmin yang dhoif.”

“Seseorang yang goyang kaki menganggur itu, dia tidak membawa manfaat untuk dirinya, dan dia tidak membawa manfaat untuk orang lain. Bekerja pon tidak. Menuntut ilmu pon tidak duduk goyang kaki. Kalau dia tidak mencari rezeki akan tetapi dia menuntut ilmu. Sekurang-kurangnya, masa itu diisi dengan ilmu yang bermanfaat. Supaya dia memberi manfaat kepada orang lain.”

Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.

Sumber: Raudhatul Muhibbin

19 May 2016 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: