Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Kedudukan Hadith Malaikat Maut Melawat Wajah Manusia 70 Kali Sehari

image

Bicara Hadith Bersama Ustaz Mohd Khafidz SoronI

Soalan:

Ustaz Hafidz. Saya nak tanya, betulkah ada riwayat mengenai malaikat maut yang melawat/memerhati wajah manusia 70 kali sehari? Betulkah ada disebut didalam Jamu al-Jawami’ tetapi tidak dapat diketahui status riwayat ini, sebaliknya adakah ia boleh diceritakan? Syukran Ustaz.

Jawapan:

Ada diriwayatkan oleh Anas RA bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika ia datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka ia berkata: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.”

Imam as Suyuti mencatatkan hadis ini di dlm kitab Jam‘u al-Jawami’, al Haba’ik & Syarh as Sudur. Menurutnya, hadis ini diriwayatkan oleh Abu al-Fadhl at-Tusi dlm Kitab ‘Uyun al-Akhbar dan Ibn an-Najjar dlm Tarikh Baghdad drp jalan riwayat Ibrahim bin Hudbah. Ia turut direkodkan oleh ad-Daylami dlm kitab al-Firdaws.. Imam al-Qurtubi juga merekodkannya dlm kitab at-Tazkirahnya tanpa sebarang komentar apa-apa.

Ibnu `Arraq al-Kinani dalam Tanzih Asy-Syari`ah (2/375) dan Muhammad bin Tahir Al-Futtani dalam Tazkirah al-Mawdhu`at (1/214) telah menyenaraikan hadis ini sebagai hadis palsu. Ini kerana perihal perawinya, Ibrahim bin Hudbah.

Berdasarkan kalam ulama ahlul jarh wat taadil terhadap perawinya, Abu Hudbah Ibrahim bin Hudbah, hadis ini sama ada sangat daif (daif jiddan) @ palsu (maudhu’) sbb kalam mereka terhadapnya sukar utk diihtimalkan (ada kemungkinan) tidak palsu.

Antara kata al Hafiz Ibn Hajar dlm Lisan Al Mizan mengenai Abu Hudbah Ibrahim bin Hudbah: “Beliau meriwayatkan di Baghdad dan lain-lain hadis2 yang batil. Kata ‘Abbas daripada Ibn Ma‘in katanya:
Abu Hudbah pernah datang, lalu orang2 berkumpul kepadanya dan berkata: “Keluarkan kakimu”, kerana mereka takut kakinya adalah kaki keldai atau syaitan. Kata an-Nasa’i dan lain-lain: Matruk. Kata al-Khatib: Beliau memberitakan daripada Anas RA hadis2 batil. Kata Abu Hatim dan lain2: Pendusta. Kata Ibn Hibban: Dajjal daripada para dajjal.”

al Hafiz Ibn Hajar juga menolak kononnya Ibn Ma‘in mengatakannya: “Thiqah”, kerana telah sabit Ibn Ma‘in mengatakannya sebagai: “Pendusta yang keji”. Kebanyakan ahlul jarh wat taadil memberikan jarh syadid (komentar yang berat/keras) terhadap Ibrahim bin Hudbah. Jarh syadid d atas tidak dapat diihtimalkan kcualilah jika ada jalur riwayat lain yg mnyokong..

Sedangkan riwayat-riwayat yg menyebut malaikat maut mnjenguk 3 atau 5 kali sehari adalah lbh dpt diihtimalkan (ada kemungkinan) tidak palsu… Riwayat2 tsb boleh dirujuk dlm kitab2 Imam as Suyuti, iaitu Al Haba’ik & Syarh As Sudur. Pd pendapat saya, ia lbh wajar utk menggantikan riwayat yang menyebut 70 kali sehari.

والله أعلم

19 May 2016 - Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab), Renungan & Teladan

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: