Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Mari Scan & Repair Aqidah Kita

Sesiapa yang beriktikad Allah SWT seperti yang akan dinyatakan selepas ini, maka ketahuilah bahawa ia bukanlah dari kalangan ahli sunah waljamaah. Bahkan membawa kepada pegangan akidah yang menyeleweng.

1) Allah bermuka tetapi tidak serupa dengan muka makhluk.
2) Allah bermata tetapi tidak serupa dengan mata makhluk.
3) Allah mempunyai rupa tetapi tidak serupa dengan rupa makhluk.
4) Allah bertangan tetapi tidak serupa dengan tangan makhluk.
5) Allah mempunyai rusuk tetapi tidak serupa dengan rusuk makhluk.
6) Allah berjari tetapi tidak serupa dengan jari makhluk.
7) Allah bersama dengan kita tetapi tidak serupa dengan bersama  makhluk
8) Allah turun dari atas kebawah tetapi tidak serupa dengan turun  makhluk.
9) Allah duduk samaada isbat duduk shj, duduk bersila, duduk tarabbu’,duduk iftirasy, duduk apa shj tetapi tidak serupa dengan duduk tersebut.
10) Dan yang sama dengannya/dan sebagainya/dan lain lain.

Cukuplah dibawa 9 jenis ni. Maka dikatakan oleh ulama Ahli Sunah Waljamaah ia bukanlah ikitikad (pegangan) yang sebenar. Samaada Salaf atau Khalaf, mereka tidak pernah beriktikad sepertimana di atas.

Mari kita lihat solusi terhadap penyelewengan yang mereka pegang.

1) Kalaulah sesuatu benda itu dikatakan muka tetapi tidak serupa dengan muka maka jadilah ia tidak muka. Kalau dikatakan mata tetapi tidak serupa dengan mata maka jadilah ia tidak mata kalau dikatakan mata tapi tidak serupa maka tidak mata dan setersusnya.

2) Berkata Imam Abu Abdillah Muhammad al-Anshori al-Qurtubi pengarang kitab “Al-Jami’ Li Ahkamil Quran”:

“Maka bahawasanya perkataan mereka yang berpegang bahawa tuhan bertubuh atau cahaya tetapi perkataan mereka tidak serupa dengan tubuh atau cahaya telah membatalkan apa yang ditetapkannya semula. Ini merupakan perkataan yang bertentangan”

Oleh itu, pegangan yang benar di sisi para sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in serta sekalian ulama ahli sunah waljamaah tidak seperti diatas. Salaf mereka beriman terhadap ayat-ayat mutashabihat iaitu dengan menggunakan kaedah takwil ijmali. Manakala Khalaf sama seperti Salaf tetapi mereka menggunakan kaedah takwil tafsili. Sebagai contoh bagi mudah difahami kita akan ambil dua contoh ayat mutashabihat.

1) Berkaitan dengan tangan. Allah berfirman:

يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ

Maksudnya: (Jika terjemah secara harfiyah) Tangan Allah berada di atas tangan-tangan mereka itu iaitu kaum yahudi.

Kaedah:-

i) Salaf: Menyerahkan kepada Allah ertinya. Maha suci Allah dari serupa dengan makhluk.

ii) Khalaf: Mentakwilkan mana yang layak dengan Allah. Seperti konteks diatas. lafaz yadun (tangan) bermaksud kekuasaan.

iii) Akidah menyeleweng 1: Tangan bermaksud tangan iaitu tangan Allah serupa dengan tangan kita.

iv) Akidah menyeleweng 2: Allah mempunyai tangan tapi tangan-Nya tidak serupa dengan makhluk.

2) Berkaitan dengan istiwa’. Allah berfirman:

الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى

Maksudnya: (Jika terjemah secara harfiyah) Dialah Allah Ar-Rahmaan,istiwa’ diatas ‘Arasy.

Kaedah:-

i) Salaf: Menyerahkan kepada Allah ertinya. Maha suci Allah dari serupa dengan makhluk.

ii) Khalaf: Mentakwilkan mana yang layak dengan Allah. Seperti konteks diatas. lafaz istiwa dengan istawla bermaksud menguasai.

iii) Akidah menyeleweng 1: Istiwa bermaksud duduk iaitu duduk Allah serupa sebagaimana dengan duduk makhluk.

iv) Akidah menyeleweng 2: Istiwa dengan maksud duduk tapi duduk Allah tak serupa yakni tidak sama dengan duduk makhluk.

Jadi dimanakah anda? adakah anda yakin dengan iktikad Allah diatas arasy tapi dengan cara dia yakni tidak serupa dengan makhluk? arasy itu makhluk dan Allah tidak berhajat kepada makhluk. Bertempat itu sifat makhluk maka tidak layak mengatakan Allah di langit/arasy kerana itu adalah bertempat. Mengatakan Allah diatas menunjukkan  arah maka arah adalah sifat makhluk.

Oleh itu, sila berpegang hanya dengan kaedah ulama yang diiktiraf dan dikira sebagai Ahli Sunah Waljamaah shj iaitu Salaf dan Khalaf.

Sekian.

Oleh: Muhamad Shaza bin Sulaiman.

6 May 2016 - Posted by | Politik dan Dakwah

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: