Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

: “Mengapa orang saling berteriak jika mereka sedang marah?”

Seorang Syeikh berjalan dengan murid2nya. Mereka  melihat ada sebuah keluarga yang sedang bertengkar dan saling berteriak.

Syeikh tersebut berpaling kepada muridnya dan bertanya : “Mengapa orang saling berteriak jika mereka sedang marah?”

Salah seorang murid menjawab : “Kerana kehilangan sabar sebab itulah mereka  berteriak.”

“Tetapi, mengapa mesti berteriak kepada orang yang berada di sebelahnya? Bukankah pesanan yang dia ingin sampaikan boleh diucapkan dengan perlahan saja?” Tanya Syeikh menguji murid-muridnya.

Murid2nya pun saling memberikan jawapan, namun tidak satu pun jawapan yang mereka sepakati.

Akhirnya Syeikh berkata:

“Bila dua orang sedang marah, ketahuilah hati mereka saling berjauhan. Untuk dapat menempuh jarak yang jauh itu, mereka mesti berteriak agar perkataannya dapat didengar. Semakin marah, maka akan semakin kuat teriakannya. Kerana jarak kedua hati itu semakin jauh.”

“Begitu juga sebaliknya, di saat kedua insan saling jatuh cinta..”, lanjut Syeikh.

“Mereka tidak saling berteriak antara yang satu dengan yang  lain. Mereka berbicara lembut kerana hati mereka berdekatan. Jarak antara kedua hati sangat dekat.”

“Bila mereka semakin lagi saling mencintai, apa yang terjadi? Mereka tidak lagi bicara. Mereka hanya berbisik dan saling mendekat dalam kasih-sayang. Pada Akhirnya, mereka bahkan tidak perlu lagi berbisik. Mereka cukup hanya dengan saling memandang. Itu saja. Sedekat itulah dua insan yang saling mengasihi.”

Syeikh memandang muridnya dan mengingatkan dengan lembut:

“Jika terjadi pertengkaran di antara kalian, jangan biarkan hati kalian berjauhan. Jangan ucapkan perkataan yang membuat hati kian menjauh. Kerana jika kita biarkan, satu hari jaraknya tidak akan lagi boleh ditempuh.”

Sumber: Zon Kuliah

06/05/2016 Posted by | Tasauf | Leave a comment

Hukum Membaca Surah al Fatihah Kepada Orang Islam Yang Meninggal Dunia

Sunat apabila mendengar kematian atau mendengar musibah menyebut InnaliLlahi wa inna ilaihi roji’uun. Namun adakah tidak boleh membaca surah al Fatihah dan menghadiahkannya kepada simati apabila mendengar perkhabaran kematian mengenainya ?

Jawapan :

Oleh : Dr Abd Malik Abd Rahman as Sa’adi (Ulamak Ahlus Sunnah Wal Jama’ah, pakar feqh di Iraq)

Tidak terdapat satu dalil yang khusus yang membolehkannya dibaca untuk orang-orang yang telah mati melainkan ketika solat jenazah.

Namun begitu, ia tidaklah menjadi tegahan sekiranya DIHADIAHKAN PAHALANYA kepada orang-orang mati dengan anggapan bahawa ia adalah pahala membaca al Quran. Lebih-lebih lagi surah al fatihah ini mempunyai satu keistimewaan yang khusus kerana :

Ia adalah ‘Fatihah al Kitab’ (Pembukaan al Quran), As Sab’u al Mathani dan ia dibaca pada setiap solat.

Kalaulah tidak kerana keistimewaannya itu dan orang-orang mati tidak memperolehi pahala daripadanya, sudah tentu ia tidak disyariatkan pembacaannya pada solat jenazah yang mana asas utama daripada solat tersebut ialah berdoa untuk orang mati bukan semata-mata membacanya. Maka pembacaan al Fatihah pada solat tersebut sudah semestinya menunjukkan kepada sesuatu yang memberi faedah untuk si mati daripadanya. Wallahua’lam.

Setiap yang telah diperkatakan tadi juga boleh dikategorikan termasuk di dalam kaedah : “Buatlah kebaikan, semoga kamu berjaya” وافعلوا الخير لعلكم تفلحون

Namun begitu, walaupun kami berpendapat perkara yang telah berlalu tadi bukanlah satu yang bid’ah di dalam agama, tetapi patut juga kamu ketahui bahawa ia dikira sebagai bid’ah SEKIRANYA kamu melakukannya, kemudian menghubungkannya secara terus kepada Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wasallam dan mengatakan RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wasallam pernah melakukan yang demikian atau berkata ” Rasulullah sallaLLahu ‘alaihi wasallam telah bersabda : “Lakukan seperti berikut..” kerana itu adalah satu pendustaan terhadap Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wasallam.

TETAPI kita melakukannya berdasarkan satu keizinan yang umum, kerana itu kita tidak mengaitkannya dengan masa atau tempat atau sifat atau cara tertentu bagi keizinan tersebut. WaLlahua’lam.

Sumber Rujukan : Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa’adi, Salah Faham Terhadap Bid’ah, al Bid’ah fi al mafhum al islami ad daqiq

Respon Isu : https://www.facebook.com/SunniMalaysia/photos/a.149616235103526.33239.149551445110005/611468442251634/?type=1&theater

06/05/2016 Posted by | Fiqh, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Mari Scan & Repair Aqidah Kita

Sesiapa yang beriktikad Allah SWT seperti yang akan dinyatakan selepas ini, maka ketahuilah bahawa ia bukanlah dari kalangan ahli sunah waljamaah. Bahkan membawa kepada pegangan akidah yang menyeleweng.

1) Allah bermuka tetapi tidak serupa dengan muka makhluk.
2) Allah bermata tetapi tidak serupa dengan mata makhluk.
3) Allah mempunyai rupa tetapi tidak serupa dengan rupa makhluk.
4) Allah bertangan tetapi tidak serupa dengan tangan makhluk.
5) Allah mempunyai rusuk tetapi tidak serupa dengan rusuk makhluk.
6) Allah berjari tetapi tidak serupa dengan jari makhluk.
7) Allah bersama dengan kita tetapi tidak serupa dengan bersama  makhluk
8) Allah turun dari atas kebawah tetapi tidak serupa dengan turun  makhluk.
9) Allah duduk samaada isbat duduk shj, duduk bersila, duduk tarabbu’,duduk iftirasy, duduk apa shj tetapi tidak serupa dengan duduk tersebut.
10) Dan yang sama dengannya/dan sebagainya/dan lain lain.

Cukuplah dibawa 9 jenis ni. Maka dikatakan oleh ulama Ahli Sunah Waljamaah ia bukanlah ikitikad (pegangan) yang sebenar. Samaada Salaf atau Khalaf, mereka tidak pernah beriktikad sepertimana di atas.

Mari kita lihat solusi terhadap penyelewengan yang mereka pegang.

1) Kalaulah sesuatu benda itu dikatakan muka tetapi tidak serupa dengan muka maka jadilah ia tidak muka. Kalau dikatakan mata tetapi tidak serupa dengan mata maka jadilah ia tidak mata kalau dikatakan mata tapi tidak serupa maka tidak mata dan setersusnya.

2) Berkata Imam Abu Abdillah Muhammad al-Anshori al-Qurtubi pengarang kitab “Al-Jami’ Li Ahkamil Quran”:

“Maka bahawasanya perkataan mereka yang berpegang bahawa tuhan bertubuh atau cahaya tetapi perkataan mereka tidak serupa dengan tubuh atau cahaya telah membatalkan apa yang ditetapkannya semula. Ini merupakan perkataan yang bertentangan”

Oleh itu, pegangan yang benar di sisi para sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in serta sekalian ulama ahli sunah waljamaah tidak seperti diatas. Salaf mereka beriman terhadap ayat-ayat mutashabihat iaitu dengan menggunakan kaedah takwil ijmali. Manakala Khalaf sama seperti Salaf tetapi mereka menggunakan kaedah takwil tafsili. Sebagai contoh bagi mudah difahami kita akan ambil dua contoh ayat mutashabihat.

1) Berkaitan dengan tangan. Allah berfirman:

يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ

Maksudnya: (Jika terjemah secara harfiyah) Tangan Allah berada di atas tangan-tangan mereka itu iaitu kaum yahudi.

Kaedah:-

i) Salaf: Menyerahkan kepada Allah ertinya. Maha suci Allah dari serupa dengan makhluk.

ii) Khalaf: Mentakwilkan mana yang layak dengan Allah. Seperti konteks diatas. lafaz yadun (tangan) bermaksud kekuasaan.

iii) Akidah menyeleweng 1: Tangan bermaksud tangan iaitu tangan Allah serupa dengan tangan kita.

iv) Akidah menyeleweng 2: Allah mempunyai tangan tapi tangan-Nya tidak serupa dengan makhluk.

2) Berkaitan dengan istiwa’. Allah berfirman:

الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى

Maksudnya: (Jika terjemah secara harfiyah) Dialah Allah Ar-Rahmaan,istiwa’ diatas ‘Arasy.

Kaedah:-

i) Salaf: Menyerahkan kepada Allah ertinya. Maha suci Allah dari serupa dengan makhluk.

ii) Khalaf: Mentakwilkan mana yang layak dengan Allah. Seperti konteks diatas. lafaz istiwa dengan istawla bermaksud menguasai.

iii) Akidah menyeleweng 1: Istiwa bermaksud duduk iaitu duduk Allah serupa sebagaimana dengan duduk makhluk.

iv) Akidah menyeleweng 2: Istiwa dengan maksud duduk tapi duduk Allah tak serupa yakni tidak sama dengan duduk makhluk.

Jadi dimanakah anda? adakah anda yakin dengan iktikad Allah diatas arasy tapi dengan cara dia yakni tidak serupa dengan makhluk? arasy itu makhluk dan Allah tidak berhajat kepada makhluk. Bertempat itu sifat makhluk maka tidak layak mengatakan Allah di langit/arasy kerana itu adalah bertempat. Mengatakan Allah diatas menunjukkan  arah maka arah adalah sifat makhluk.

Oleh itu, sila berpegang hanya dengan kaedah ulama yang diiktiraf dan dikira sebagai Ahli Sunah Waljamaah shj iaitu Salaf dan Khalaf.

Sekian.

Oleh: Muhamad Shaza bin Sulaiman.

06/05/2016 Posted by | Politik dan Dakwah | Leave a comment

   

%d bloggers like this: