Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

GOLONGAN YANG BUTA HATI DAN BUTA AKAL

Apa sebab nya berlaku berbagai bagai masaalah dalam masyarakat? Dari ahli politik yang berebut rebut kuasa dan rasuah, ahli agama dan ilmuan yang bertelagah, remaja yang jadi mat rempit, perempuan yang buang anak, peragut yang kejam,dan berbagai bagai lagi kalau hendak di sebut.

Mereka sebenarnya adalah manusia bermasaalah kerana hati dan akal mereka sudah buta!

Sesiapa yang mempunyai HATI yang buta maka dia tidak akan kenal Allah.Justru itu dia tidak akan kenal kebenaran dan kebaikan.Siapa hati nya buta akan timbul penyakit mazmumah atau keji dalam diri nya.Di antara penyakit penyakit mazmumah ialah tidak ada perasaan timbang rasa, tidak ada rasa syukur, tidak rasa bersalah atau dosa apabila buat salah dan maksiat, tidak ada rasa jijik dengan kemungkaran.Hati nya telah buta kerana berperanan mengikut pimpinan hawa nafsunya yang jahat.Yang sentiasa mengarah hati melakukan kejahatan dan kemungkaran.

Akibat nya kelakuan nya akan jadi kelakuan syaitan saperti suka mengumpat, memfitnah, sombong,ego, atau berkelakuan saperti haiwan hanya memikirkan makan, minum, hiburan dan seks.

Itu lah kalau sudah jadi begini hati sudah tidak berperanan lagi dan sebaliknya nafsu lah yang ambil alih tempat nya (ia itu hati nya).Ertinya dia sudah tidak berperanan saperti semula jadi nya lagi.Ini lah yang di maksudkan oleh Allah dalam Al Quran yang terjemahan nya:
“Sesunggohnya Kami peruntukkan untuk Neraka Jahanam kebanyakannya terdiri dari jin dan manusia: bagi mereka ada HATI , (tetapi) tidak mahu memahami (isi Al Quran) dengan HATI nya, dan bagi mereka ada mata, (tetapi) tidak mahu melihat dengan mata nya dan mereka bagi mereka ada telinga, (tetapi) tidak mahu mendengar dengan telinga nya.Mereka itu saperti binatang ternak bahkan lebih sesat.Mereka itu lah oranr orang yang lalai”. (Al A”raf:179)

Orang yang buta AKAL pula ialah orang yang tidak mahu gunakan fikiran sekali pun dia mempunyai otak yang tajam dan cerdik.Maka apabila akal nya buta dia tidak dapat lagi menangkap ilmu dan pengalaman pengalaman hidup.Buah fikiran nya sentiasa akan jadi tidak rasional.Kalau dia seorang ulama atau pemimpin maka rosak lah masyarakat.

Mengapa Hati perlu di jaga

Hati adalah pandangan utama bagi Allah.Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah Taala itu tidak melihat kepada rupa paras kamu dan tidak juga kepada harta kamu, tetapi Dia melihat kepada hati dan amalan kamu”. (HR Imam Muslim)

Baiknya anggota badan kerana baiknya hati.Al Nukman bin Basyir berkata Rasulullah SAW bersabda bermaksud:” Ketahuilah sesungguhnya didalam tubuh anak adam ada seketul daging, sekiranya ianya baik maka baiklah seluruh anggota, sebaliknya seandainya ia rosak maka rosaklah seluruh anggota, iaitu hati”. Muttafaq alaih.

Hati sentiasa berubah. Al Miqdad bin Al Aswad berkata: Aku dengar Nabi SAW bersabda bermaksud:”Sesungguhnya hati anak adam lebih cepat berbolak balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak”. HR Imam Ahmad.

Balasan amalan adalah mengikut hati. Uqbah bin Amir berkata: Rasullullah SAW bersabda bermaksud:” Mana mana Muslim yang mengambik wuduk lalu dilakukannya dengan betul kemudian dia mengerjakan solat du rakaat dalam keadaan hati dan mukanya memberi tumpuan sepenuhnya, nescaya dijamin untuknya Syurga”. HR Imam Muslim.

Penghambaan hati lebih tinggi dari penghambaan anggota lain.Berkata Anas r.a: Adalah Rasulullah SAW bersabda maksudnya:” Sesungguhnya Islam itu Zahir sedangkan Iman itu tersembunyi”. Anas berkata: Rasulullah SAW mengisyaratkan kearah dadanya sebanyka tiga kali lalu bersabda lagi:” Taqwa itu disini,Taqwa itu di sini.” HR Imam Ahmad.

Hati adalah tempat berfikir dan mengambil peringatan.Firman Allah didalam Surah Al A’raf ayat 179:” Dan sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka jahanam) kebanyakkan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda tanda kekuasaan Allah), dan itu sebagai binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi mereka itulah orang orang yang lalai”.

Hati adalah tempat ketenangan bagi orang mukmin. Firman Allah dalam Surah A-Ra’d ayat 28:”(iaitu) orang orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah.Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram.”

Sumber.

30 January 2016 - Posted by | Tasauf

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: