Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Dalam melihat sesuatu itu baik atau buruk Neracanya adalah syara’

Bila kita kata apa salahnya benda baik ketikamana mempertahankan maulid Nabi, tahlilan, talqin, baca yasin malam jumaat dan lain-lain, tidak bermakna kita menggunakan semata-mata akal dalam melihat sesuatu itu baik atau buruk.

Neracanya adalah syara’ iaitu Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak, Qias, Masolihul Mursalah, Sadd al-Zaraai’, Istihsan, Istishab, adat yang baik dan lain-lain sumber hukum di dalam Islam.

Wahhabi cuba untuk memburukkan keadaan sehingga mereka mengatakan jika begitu apa salahnya buat solat hari ahad (seumpama solat jumaat) dan buat 10 raka’at dan begitu begini. Ini meluaskan benda yang sempit tanpa prinsip syara’.

Kita katakan perkataan mereka ini ibarat bencikan nyamuk kelambu dibakar.

Sebab itu jika kita merujuk kepada kalam ulama semisal Ibn Hajar al-‘Asqalani, Ibn Rajab Al-Hanbali, Imam Nawawi bahkan Imam Syatibi meletakkan bid’ah dholalah itu yang “tidak ada asal” dalam agama.

Selagi ada asal sekalipun berdasarkan kaedah istihsan (menganggap baik) maka ia bukan bid’ah daripada sudut syara’. Soal nama nak pakai bid’ah hasanah atau tidak itu perbezaan daripada sudut lafaz sahaja (lafzi).

Saudaramu,
Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
BA (Hons) Akidah dan Falsafah
Universiti Al-Azhar Mesir

20 January 2016 - Posted by | Bicara Ulama

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: