Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Akhir zaman orang jahil gemar berfatwa

Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wasallam, sahabat, tabi’ien dan tabi’ut tabi’ien, orang yang mampu berijtihad dan dijadikan rujukan amat sedikit. Bahkan di antara ulamak salafussoleh sendiri amat takut untuk berfatwa walaupun menguasai disiplin ilmu yang cemerlang dan diperakui para alim ulamak muktabar di zamannya. .

Apabila ada yang bertanya sesuatu persoalan, ada yang menunding menyuruh bertanyakan kepada mereka yang lebih arif kerana takut untuk mengeluarkan fatwa.

Ada juga yang ditanyakan banyak persoalan, tetapi ulamak salafussoleh hanya menjawab beberapa persoalan sahaja dan mereka lebih menyenangi perkataan Wallahua’lam kerana risau akan tersalah mengeluarkan fatwa.

Akhir zaman ini pula terbalik, makin ramai pula yang berebut-rebut hendak memberi fatwa, ada yang setiap hari mengeluarkan fatwanya mengulas isu-isu semasa hingga mentohmah umat Islam yang lain, ada pula yang jahil tukil dengan latarbelakang pendidikan agama yang sangat lemah merendah-rendahkan alim ulamak, berani menulis beberapa buku aqidah dan syariat dengan kaedah ‘copy paste’ semata-mata kemudian mencabar ilmuwan agama menjawab bukunya, ada pula yang fasih menukil kalam ulamak mazhab tetapi banyak kesilapan dan dengan kefahaman yang batil. Dan mereka ini pula diikuti oleh orang awam dan diangkat sebagai pemimpin.

Allahu ! Gerunnya memikirkan akhir zaman, Islam semakin asing.

19 January 2016 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: