Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Adakah membaca SadaqaLlahul `Azim itu bidaah?

Mufti Wilayah Persekutuan

 
 

 

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 150 (13 JANUARI 2016 / BERSAMAAN 3 RABIULAKHIR 1437H)

SOALAN: 

Salamualaykum Dato Mufti. Saya ingin bertanya benarkah membaca SadaqaLlahul `Azim selepas membaca al-Quran adalah bid`ah dan tidak pernah dilakukan oleh Rasululah SAW seperti diviralkan di fb. Mohon penjelasan Dato Mufti. Terima kasih. 

JAWAPAN: 

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

Perkara ini berlaku khilaf dalam kalangan ulama’. Sebahagian mereka menganggap perbuatan ini bid’ah kerana tidak dibuat oleh Rasulullah SAW, manakala sebahagian yang lain menganggapnya sunat dan berpahala. Kami mentarjihkan bahawa amalan ini bukanlah bid`ah yang munkarah. Kami cenderung kepada pendapat bahawa ia dibolehkan bahkan digalakkan kerana membenarkan ayat-ayat Allah Jalla Thanaa’uhu. Begitu juga kerana nas Ilahi dalam Surah Aali Imran (3:95):

قُلْ صَدَقَ اللَّهُ ۗ فَاتَّبِعُوا مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Benarlah (apa yang difirmankan oleh) Allah, maka ikutilah kamu akan ugama Nabi Ibrahim yang ikhlas (berdasarkan Tauhid), dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik. 

Wallahua`lam.

Pautan ke laman rasmi PMWP: http://goo.gl/yzna7V


13 January 2016 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: