Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

SEDIKIT TENTANG SIAPAKAH ITU HABAIB DAN KENAPA MEREKA DIBERIKAN GELARAN HABIB

Para “Habaib” (seorang: Habib) atau “Sayyid” atau “Syed” merupakan gelaran yang dinisbahkan kepada keturunan Baginda SAW (Ahlul Bait). Mereka ini amat teliti dalam menjaga silsilah nasab keturunan. Ada yang menyimpan silsilah mereka masih dalam bentuk asal kulit-kulit unta dll. Guru kami YM Tan Sri Prof.Dr.Syed Muhammad Naquib al-Attas (hafizahullah) menyimpan silsilah keturunan beliau hingga ke Junjungan Mulia SAW. Begitu juga dengan Habib Ali Zainal Abidin bin Abu Bakar al-Hamid.

Kemuliaan Ahlul Bait tidak perlu diulas panjang memadai dinyatakan bahawa mendoakan kepada mereka (aali Muhammad) dimasukkan dalam bacaan Tahiyyat Akhir solat kita. Itulah kemuliaan mereka hingga hari kiamat.

Mungkin ada segelintir di kalangan mereka yang tersasar menjadi Syiah dan sebagainya, namun itu bukanlah hujah untuk menuduh kononnya dengan memuliakan para Habaib “selangkah menjadi Syiah” kerana manhaj Ahlul Sunnah wal Jamaah turut memuliakan para Ahlul Bait, namun tidaklah sampai sepertimana kemuliaan melampau yang ditunjukkan oleh puak Syiah.

Bagi mereka yang mengkaji sejarah Nusantara Melayu ini pasti akan merasa terhutang budi kepada para Habaib kerana asbab merekalah risalah Islam tersebar hingga ke Nusantara ini.

Nama-nama seperti Sheikh Abdullah Arif, Sheikh Burhanudin, keluarga Ahmad bin Isa al-Muhajir dll dari Hadramawt merupakan nama-nama yang banyak berjasa membawa Islam ke Alam Melayu ini. Bacalah monograf “Preliminary Statement on a General Theory of the Islamization of the Malay-Indonesia Archipelago” atau “Historical Fact and Fiction” oleh YM Prof. Naquib al-Attas yang telah menekuni manuskrip-manuskrip awal kedatangan Islam ke Alam Melayu untuk memahami bagaimana proses Islamisasi di Nusantara Melayu ini bermula oleh para Habaib Hadhramawt.

Pada ketika para Habaib datang ke Nusantara Melayu ini seawal kurun ke 10Hijrah/16Masehi, penduduk di nusantara ini sebahagiannya beragama Hindu, ada juga Buddha dan Animisme. Bayangkan apa agama kita hari ini tanpa kehadiran mereka? Sungguh amat kita terhutang budi kepada mereka yang merantau jauh membawa Islam. Mereka bukan pedagang biasa sepertimana yang sebahagian kita sering disogokkan, tetapi Prof. Naquib mengatakan mereka adalah “para daie yang mempunyai misi” menyebarkan dakwah Islam ke seluruh alam. Dan itulah juga peranan Habaib hingga ke hari ini — Dakwah!

Ribuan yang telah memeluk Islam di tangan Habib Umar bin Hafiz, Habib Ali al-Jifri dan para Habaib yang lain.

Habaib tidak maksum. Namun sungguh amat celupar dan biadap golongan yang mentohmah keturunan Habaib dengan pelbagai tohmahan hanya kerana ada segelintir daripada mereka yang menyeleweng atau mengikuti Syiah.

Moga-moga Allah SWT menempatkan kita bersama Baginda SAW dan para Ahlul Baitnya dalam Syurga Firdausnya.
((المرء مع من أحب))
Cc to Dr. Nik Roskiman

9 January 2016 - Posted by | Informasi, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab)

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: