Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

HUKUM BERDOA KETIKA SUJUD YANG TERAKHIR

Soalan:

Assalamualaikum Tuan Mufti yang dihormati,

Saya ingin bertanya tentang permasalah berkaitan dengan doa ketika sujud terakhir dalam solat. Ini kerana terdapat khilaf berkaitan permasalahan INI. Adakah perlaksanaannya dibenarkan atau pun sebaliknya? Semoga tuan yang lebih arif membantu saya dalam permasalahan ini.

Terima kasih.

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Jawapan:

Hukumnya ialah berdoa disunatkan dalam semua sujud dan tidak hanya khusus dalam sujud terakhir. Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أقرب ما يكون العبد من ربه وهو ساجد ، فأكثروا الدعاء

Maksudnya: “Keadaan yang paling dekat seseorang hamba dengan Tuhan-nya ialah ketika dia bersujud. Maka perbanyakkanlah berdoa (pada waktu sujud).”

Riwayat Muslim dan al-Nasaie.

Dibolehkan untuk memperbanyakkan doa sama ada secara lisan ataupun dalam hati. Terdapat khilaf untuk menggunakan bahasa selain Arab untuk berdoa secara lisan. Yang terpilih ialah berdoa menggunakan bahasa Arab secara lisan. Adapun menggunakan bahasa Melayu contohnya, maka cukuplah di dalam hati. Tetapi yang paling afdal, ikutilah sunnah Rasulullah SAW.

Wallahuaʿlam

Pautan ke laman web PMWP: http://goo.gl/J1sSvc

11/12/2015 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

HIMPUNAN SOAL JAWAB BERKAITAN ZAKAT

ZAKAT

1)Siapakan yang sepatutnya membayar zakat fitrah bagi seorang anak perempuan yang sudah berkerja dan mampu untuk membayarnya sendiri. Adakah bapanya berhak membayarnya?
Berkenaan dgn Zakat fitrah, wajib ke atas kepala keluarga mengeluarkan zakat fitrah terhadap dirinya dan tanggungannya. Adapun jika perempuan itu sudah berdikari dan mampu (mendapat pendapatan sendiri), maka dia hendaklah mengeluarkan sendiri zakat fitrah dan zakat harta untuk dirinya sendiri.

2)Bolehkah kita memberi zakat di kalangan ahli keluarga? Contohnya kepada nenek atau pun kepada adik sendiri yang yatim?
Ia kembali kepada definasi zakat dan nafkah. Keluarga terdekat dibantu melalui nafkah, manakala kaum muslimin yg tidak ada hubungan nafkah dibantu melalui zakat. Maka nenek dan adik kandung hendaklah diberi nafkah atau bantuan peribadi bukannya zakat. (Ijma’) (alMughny, 2/540-541)

3)Bolehkah diterangkan serba sedikit berkaitan zakat pendapatan dan kadar pendapatan yang wajib dizakat?
Zakat al Mal al Mustafad (zakat gaji dan upah) adalah zakat yg baru diperkenalkan dan dibahaskan secara serius di abad kita dan akhirnya barulah ia mula diterima oleh umat Islam. Antara tokoh mujtahid yg secara serius mengemukan kewajipan zakat ini ialah Prof Qardhawi (Fiqh Zakat) dan syaikh Muhammad Abu Zahrah. Malaysia memperkenalkan zakat gaji pada pindaan Akta Cukai Pendapatan 1967 Seksen 6A (3).
Kadar minimum gaji itu tidak ada, tapi jika gaji itu melebihi nisab 20 gm emas atau 20 dinar, maka ia dikenakan zakat 2.5%. Dalilnya: HR Ahmad, Abu Daud, Baihaqee, disahkan menurut syarat Bukhari dan hasan menurut Hafidz) “jika milikmu sudah sampai 20 dinar dan cukup satu tahun, maka zakatnya setengah dinar”. 20 dinar itu menyamai 85gm emas dan jika satu gm emas bernilai semasa RM 36.00, maka kadar minima zakat ialah pendapatan melebihi RM 3060.

4)Salah satu orang yg berhak menerima zakat ialah Sabilillah. Apakah pengertiaan sebnar fisabilillah ini?
Definasi fi sabiliLlah termasuk pentafsiran dari dalil2 yg tidak qat’iy (putus). Jika anda mendapat penerangan dari fuqaha’ yg membuka kitab2 lama/klasikal, fi sabiliLlah bermaksud urusan pebiayaan perang. War atau perang adalah urusan biasa di zaman silam dan kekerapan perang menuntut bajet yg besar.
Di zaman moden, bila perang sudah berkurangan, fuqaha’ kontemporer membuat definasi yg lebih luas tentang fi sabiliLlah kerana perang zaman moden ini ialah perang maklumat, propaganda, sibaran, penyibaran Islam secara aman di negara2 bukan Islam. Tetapi di sana-sini, masih ada mujahidin Islam yg masih berperang misalnya di Chechnya, Kasymir, Palestine yg memerlukan dana zakat fi sabiliLlah. Definasi fi sabiliLlah yg lebih luas merangkumi maslahat dan kebajikan umat Islam definasi yg di pelopori oleh Imam Rashid Ridha (Tafsir alManar 10, 504) dan Siddiq Hasan Khan (Fathul Bayan, 4/151)

5)Apakah dibolehkan terus mengagihkan zakat untuk asnaf fi sabiliLlah tanpa melalui Badan Khas Zakat (PPZ) yg mentadbir zakat?
Madzhab Syafi’iy dan Hanbali mengharuskan anda mengagihkan sendiri tapi jika ditegah oleh Pihak Berwajib, maka anda hendaklah akur dan menyerahkan kepada Badan Zakat kerana mereka lebih khusus dalam urusan takmir zakat (Mughny, 2/642), Majmu’ (6/161)
Jika anda ingin mengagihkan sendiri zakat anda pada mesjid sebagai asnaf fi sabiliLlah, ia tidak memerlukan akad kerana tiada dalil yg menyuruh berbuat demikian kecuali dalam jualbeli.

6)Bagi wang KWSP/Takaful/Insurans, yang mana ada masa dan tempoh tertentu bagi kita mengeluarkannya.
Zakat bagi skim Takaful atau Simpanan TH sudah dikeluarkan zakat. Manakala KWSP bukanlah skim simpanan syari’ah, maka zakat simpanan tidak dikeluarkan (bagi pihak anda) dan menjadi tanggungjawab pencarum mengeluarkan zakat bila simpanan dikeluarkan. Begitu juga skim insuran2 konvensional juga perlu dikeluarkan zakat bila dikeluarkan atas modal dan bukannya atas kadar faedahnya. Bagi pengeluaran KWSP, terjadi khilaf apakah dikenakan zakat bila wang itu dikeluarkan? atau perlu menunggu genap Haul? Qardhawi (FZ) berpendapat ia dikenakan zakat bila dikeluarkan kerana ia tidak memerlukan haul.

7)Sekiranya saya masih ada berhutang dengan mana2 institusi kewangan mahupun mana2 individu yang mana kalau dikira kan duit dari sumber di atas terlalu cukup untuk melangsaikan hutang tersebut. Jadi yang mana perlu diutamakan terlebih dahulu? Bayar hutang atau keluarkan zakat terlebih dahulu?
Apakah orang yg menanggung hutang dikecualikan dari zakat. Tidak menurut Syafi’iyah dan Dikecualikan menurut Hanafiah dan Fatwa Rumah Fatwa Mesir (Syaykh Hasan Makhluf)Qardhawi (FZ) berpendapat ia dilihat pada jenis hutang, apakah ia hutang berjadual (spt loan kereta atau rumah) yg dibayar untuk tempoh yg stabil misalnya 7 hingga 15 tahun, maka orang seperti ini tidak dikecualikan dari membayar zakat. Maksud hutang yg mendesak ialah jika tidak dilangsai, si fulan itu akan diisytihar muflis.

11/12/2015 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Wanita Lebih Afdhal Solat Di Rumah? — MyIbrah.com

image

Soalan:

Betulkah wanita di galakkan sembahyang di rumah berbanding di masjid atau surau untuk mengelakkan fitnah? Apakah sebabnya?
Bagaimana wanita yang solat di rumah mendapat pahala jamaah kalau hanya solat di rumah seorangan?

Jawapan:

Lebih afdhal bagi wanita solat di rumah berbanding solat di masjid.
Makruh bagi perempuan yang mempunyai rupa paras yang menarik untuk hadir berjemaah bersama-sama orang lelaki di masjid kerana dikhuatiri boleh berlakunya fitnah.
Isteri boleh juga mendapatkan fadhilat solat jemaah dengan berjemaah bersama-sama suami atau seumpamanya di rumah.
Suami juga boleh mendapat keutamaan solat berjemaah dengan melaksanakannya bersama isteri atau keluarga yang lain. Bahkan pelaksanaan solat berjemaah bersama keluarga di rumahnya lebih afdhal.
Kehadiran wanita ke masjid untuk berjemaah tertakluk juga dengan syarat dan keadaan tertentu antaranya; hendaklah dengan keizinan suami dan menjaga batas-batas yang telah ditentukan oleh syarak seperti memelihara aurat, tidak memakai wangian dan berpakaian secara sederhana.
اليسع
Rujukan:
Al-Majmuk

Hasyiah al-Baijuri
USRAH SOLAT DAN QA AGAMA

11/12/2015 Posted by | Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

   

%d bloggers like this: