Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

KOMEN SAYA PASAL JUAL AIR JAMPI

Oleh: Ustaz Abu Syafiq

image

1- Air Jampi atau sebenarnya air yang dibacakan padanya ayat2 Al-Quran, Ruqyah Syariyyah dan doa2 yang tiada syirik khurafat adalah air yang mempunyai kelebihan dari air biasa.
Air zam-zam sendiri yang terbit ditanah berkat ada kelebihan dan disebut baginda Nabi bagi sesiapa yang meminumnya lalu berdoa maka permintaannya insya Allah akan dimakbulkan Allah berdasarkan hadith “Air zam-zam itu dengan apa tujuan ia diminum” (Riwayat Al-Hakim dalam Mustadrak) iaitu mintalah pada Allah ketika kamu hendak meminum air zam-zam maka permintaan kamu insya Allah akan dimaqbulkan.

Berkata Imam An-Nawawi berkata dalam Tahzib al-Asma:
“Para ulama sangat mengalakkan apabila seseorang ingin meminum air zam-zam maka dibaca hadith Nabi tadi kemudian mohonlah pada Allah agar dengan aku meminum air ini maka semoga Allah ampun dosaku dan menyembuhkan sakitku”.

Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri mengharuskan perniagan air zam-zam dan boleh dijual-beli sehingga mendapat keuntungan disitu dengan fadhilat-fadhilat yang wujud padanya.

2- Mengambil keuntungan atau bayaran dengan membaca ayat-ayat Ruqyah Syariyyah dan ayat Quran adalah dibolehkan bahkan dalam Sohih Al-Bukhari dan Sohih Muslim terdapat banyak dalil hadith pada hal ini.

Kisah yang masyhur apabila sekumpulan Sahabat Nabi bermusafir lalu mereka berehat di satu tempat kemudian meminta untuk bertamu di mana-mana rumah kawasan persinggahan mereka itu namun dilarang. Ketika mereka berehat tiba2 ketua kampung tersebut terkena patukan ular atau pengsen jatuh sakit. Orang diperkampungan tersebut telah berusaha namun dia tetap tidak sedar lantas dikatakan kepada mereka yang berubat agar bertanyakan kepada jemaah sahabat tadi manalah tahu mereka ada apa-apa yang boleh menyembuhkan. Salah seorang Sahabat Nabi berkata aku boleh meRuqyah tetapi jika kamu semua hendak saya lakukan maka kami kenakan keuntungan dan upah iaitu seekor kambing untuk kami. Mereka bersetuju dan Sahabat Nabi tadi pun membaca Ruqyah didalamnya surah Al-Fatihah lantas dengan izin Allah ketua kampung tersebut terus sedar sihat bahkan cergas kemudian diberikan kepada para Sahabat Nabi tadi kambing yang dijanjikan. Tetapi pada mulanya mereka tertanya bolehkan menerima upah begini sehinggalah mereka bertemu Rasulullah dan bertanya lantas Rasulullah shollahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Kamu pun tahu ia (AL-Fatihah) itu adalah Ruqyah? Bahagi2kan keuntungan iaitu kambing tadi antara kamu dan berikan juga kepadaku sedikit”.

Lihat bagaimana keuntungan yang disyaratkan dari bacaan utk orang sakit tadi diharuskan dalam Islam. Bahkan makan dari keuntungan daripada bacaan terssebut adalah diharuskan kerana Nabi sendiri mengambil darinya. Cuma yang terbaik bacaan ayat Quran dan Ruqyah itu hendaklah dengan tujuan semoga Allah menyembuhkan bukan semata-mata demi keuntungan dunia sahaja.

Para ulama juga mengharuskan mengambil upah keuntungan dari baca2 tersebut.
Al-Baghawiy dalam ٍSyarah Sunnah berkata:
“Dalam hadith tersebut merupakan dalil keharusan mengambil upah keuntungan pada perkara mengajar Quran dan harusnya mensyaratkan dapat upah darinya dan demikian pandangan ‘Ato dan Al-Hakam dan ini yang dsebut oleh Imam Malik dan Imam Syafie juga Abu Thaur. Berkata Al-Hakam: aku tidak mendengar seorangpun dikalangan para Fuqoho yang tidak menyukai perkara ini. Dan padanya ada dali keharusan Ruqyah dengan Al-Quran dan zikrullah dan keharusan mengambil upah keatasnya”.

3- Sangat pelik dengan dalil keharusan hal ini yang dibolehkan oleh ulama ..masih ada lagi yang mempertikaikan hukum menjual air bacaan Quran dan Ruqyah hanya kerana atas dasar menjual agama katanya.
Namun pelik Mashaf Al-Quran yg dalamnya ada seluruh Al-Quran dari huruf Ba hingga Mim mereka menjualnya dengan harga keuntungan atau waqaf yang wujud keuntungan utk keadaan2 dan kumpulan2 tertentu. Mereka juga menjual cd2 bacaan Al-Quran Ia dibolehkan pula oleh mereka yang menafikan perjualan air ayat Quran.

Saya bukanlah orang yang menjual atau buat biznes air2 ini secara langsung walaupun pernah membaca pada air dan diberikan kpd org yg memintanya dan saya juga tidak meminta upah darinya. Saya sendiri juga tidak pernah mengambil untung biznes sebegini. Maka mempertahankan hukum ini bukan atas dasar biznes atau menyokong perniagaan air2 jampi begini walaupun ia harus dibolehkan oleh ulama.

Cuma nasihat saya bagi yang mencari air2 jampi ini carilah ambillah dari Ahli Sunnah Wal Jamaah yg thiqah yg tidak berharap keuntungan dunia semata-mata yg takut kepada Allah… BUKAN Syiah ataupun Wahhabi.

Imam Ahmad dalam kitab Matolib Ulil Nuha ditanya berkaitan seseorang yang menjual kertas ayat2 Ta’awwuz iaitu ayat2 Ruqyah menyelamatkan diri dari gangguan jin dan manusia maka beliau menjawab HARUS dan ia lebih aku sukai daripada dia meminta-minta duit dari orang.

Advertisements

8 December 2015 - Posted by | Informasi, Q & A (Soal Jawab)

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: