Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Penjelasan tentang sambutan Maulidur Rasul

Oleh: Raudhatul Muhibbin

Maulidur Rasul; “Orang yang bikin maulid nabi, memang itu tak ada dizaman Nabi, adakah yg tak ada dizaman Nabi, lalu dibuat selepas zaman Nabi dikatakan salah, atau bidaah disebabkan dengan dalil Nabi tak buat? Maka orang yang buat apa Nabi tak buat maka ianya bidaah?”

“Kita kena sepakat dahulu dengan dalilnya sebelum menghukum sesuatu dengan dalilnya.

Perkara yang ditinggalkan Nabi adalah tak bermaksud larangan. Apa yang Nabi tak buat, atau yang Nabi tinggalkan tak bererti dilarang untuk kita membuatnya. Contoh, Nabi solat tarawikh lalu Nabi tinggalkan. Lalu Nabi tak buat lagi sampai akhir hayat Nabi. Adakah dilarang solat tarawikh?”

“Rasulullah ﷺ melihat sahabat untuk makan dhob, lalu Nabi tak makan. Nabi tinggalkan, Adakah dhob bermakna tak boleh dimakan? Kata Nabi; “Apa yang aku perintahkan, tunaikan mengikut apa yang kamu mampu. Apa yang aku larang maka tinggalkan.”

“Yang Nabi tak buat, Nabi tak kata apa-apa pun. Berapa banyak dizaman sahabat apa yang tak dibuat Nabi, tapi dibuat oleh sahabat.

Al-Quran dibukukan dizaman Saidina Abu Bakar r.a, tak dibuat dizaman Rasulullah ﷺ, Al-Quran hurufnya dibariskan dizaman Uthman tak dibuat dizaman Rasulullah.”

“Maulid Nabi ﷺ, dibuat pertama kalinya pada Abad kelima, ketika itu sudah ada ramai kaum muslimin yang jauh daripada agama. Maka datang seseorang ulama yang nak tarik kembali ummat islam kepada Islam. Imam As-Suyuthi rah, menulis sebuah kitab dalil khas tentang maulid.”
“Nak menilai Maulid itu bukan dilihat dari namanya, tapi yang penting contentnya yakni pengisian didalamnya itu yang menjadi penilaiannya. Zaman kita sekarang, kalau golongan Si Fulan yang berda dalam gembira, kita sakit hati. Kerana hati kita problem. Hati gelap. Tak ada kasih sayang. Di zaman kita sekarang, nak bergembira dengan perkara-perkara yang baik, tak boleh. Bid’ah!”

“Suka-suka membidahkan orang. Lebih teruk lagi mengkafirkan orang. Nabi susah payah dakwah orang lain masuk islam, kamu senang-senang mengkafirkan orang lain. Tak boleh. Ini adalah bercanggah dengan Agama.
Nak bergembira dengan perkara yang baik, tak dibolehkan. Kaum Muslimin gembira dengan kemenangan mengalahkan Kaum Romawi. Disambut kemenangannya.”

“Kita ini mendapatkan hidayah kerana Rasulullah ﷺ. Kita mendapat ini Islam, perjuangan Rasulullah ﷺ. Tak boleh kita gembira di Hari Kelahiran Rasulullah ﷺ? Kita bergembira dengan Hari Kelahiran Rasulullah ﷺ 12 Rabi’ul Awwal nak menyebut Maulid Nabi ﷺ saja, bid’ah!?”

“Timbangan apa yang kamu gunakan? Timbangan neraca yang rosak, tak boleh nak menimbang sesuatu tepat pada tempatnya. Dalam masalah kegembiraan itu bukan Dzat gembiranya, akan tetapi motif kegembiraan itu apa sebabnya dan kedua cara apa yang kita gunakan untuk gembira?”

“Dua perkara penting, yang pertama Motif atau Sebab. Yang kedua, Bentuk kegembiraan itu bagaimana kita lakukannya? Kalau sebab kegembiraan anak kita berjaya,dapat 9A, atau baru balik daripada luar negara belajar, kita nak buat apa namanya? Kenduri kesyukuran.”

“Kalau kita buat satu Doa Keselamatan dengan tari-menari yang dilarang oleh Agama, dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah سبحانه وتعالى.ini gembira bukan pada tempatnya. Memang bercanggah dalam Syarak. Walaupun nak bergembira dengan anak balik berjaya adalah perkara yang menjadi kebanggaan dan kegembiraan khususnya pada ahli keluarga, silakan bergembira.”

“Gembira kita itu kerana sebagai simbol atau tanda ingin mensyukuri nikmat Allah سبحانه وتعالى.. Tapi cara mengungkapkan kegembiraan mesti ditimbang dengan Syarak.
Kita nak meraikan Maulid Nabi Muhammad ﷺ, baik atau tak baik? kita nak mengingati Sejarah, Sirah, Akhlak, Budi Pekerti RasuluLlah ﷺ. Didalamnya ada ilmu. Baik atau tak baik? Maka tak ada seorang pun akan berkata tak baik.”
“Kemudian cara kita nak mengungkapkannya macam mana?
Kita duduk didalam Masjid, kita Iqtikaf didalam Masjid, kita Selawat kepada Rasululllah ﷺ, kita berzikir kepada Allah سبحانه وتعالى. Ada penceramah yang berceramah menyampaikan ilmu. Baik atau tak baik?”

“Fadhilat iqtikaf dapat, silatuhrahmi dapat, kemudian dia dapat ilmu, dapat Selawat, Zikir pun dapat. Pahala pon dapat. Makanya, baik atau tak baik? Kita kalau tak nak buat baik, jangan dihalang orang lain nak buat baik. Jangan dihalang orang yang nak melakukan perkara yang baik. Kelak, kita akan ditanya oleh Allah سبحانه وتعالى kenapa halang orang nak buat baik?”

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.

08/12/2015 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | Leave a comment

KOMEN SAYA PASAL JUAL AIR JAMPI

Oleh: Ustaz Abu Syafiq

image

1- Air Jampi atau sebenarnya air yang dibacakan padanya ayat2 Al-Quran, Ruqyah Syariyyah dan doa2 yang tiada syirik khurafat adalah air yang mempunyai kelebihan dari air biasa.
Air zam-zam sendiri yang terbit ditanah berkat ada kelebihan dan disebut baginda Nabi bagi sesiapa yang meminumnya lalu berdoa maka permintaannya insya Allah akan dimakbulkan Allah berdasarkan hadith “Air zam-zam itu dengan apa tujuan ia diminum” (Riwayat Al-Hakim dalam Mustadrak) iaitu mintalah pada Allah ketika kamu hendak meminum air zam-zam maka permintaan kamu insya Allah akan dimaqbulkan.

Berkata Imam An-Nawawi berkata dalam Tahzib al-Asma:
“Para ulama sangat mengalakkan apabila seseorang ingin meminum air zam-zam maka dibaca hadith Nabi tadi kemudian mohonlah pada Allah agar dengan aku meminum air ini maka semoga Allah ampun dosaku dan menyembuhkan sakitku”.

Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri mengharuskan perniagan air zam-zam dan boleh dijual-beli sehingga mendapat keuntungan disitu dengan fadhilat-fadhilat yang wujud padanya.

2- Mengambil keuntungan atau bayaran dengan membaca ayat-ayat Ruqyah Syariyyah dan ayat Quran adalah dibolehkan bahkan dalam Sohih Al-Bukhari dan Sohih Muslim terdapat banyak dalil hadith pada hal ini.

Kisah yang masyhur apabila sekumpulan Sahabat Nabi bermusafir lalu mereka berehat di satu tempat kemudian meminta untuk bertamu di mana-mana rumah kawasan persinggahan mereka itu namun dilarang. Ketika mereka berehat tiba2 ketua kampung tersebut terkena patukan ular atau pengsen jatuh sakit. Orang diperkampungan tersebut telah berusaha namun dia tetap tidak sedar lantas dikatakan kepada mereka yang berubat agar bertanyakan kepada jemaah sahabat tadi manalah tahu mereka ada apa-apa yang boleh menyembuhkan. Salah seorang Sahabat Nabi berkata aku boleh meRuqyah tetapi jika kamu semua hendak saya lakukan maka kami kenakan keuntungan dan upah iaitu seekor kambing untuk kami. Mereka bersetuju dan Sahabat Nabi tadi pun membaca Ruqyah didalamnya surah Al-Fatihah lantas dengan izin Allah ketua kampung tersebut terus sedar sihat bahkan cergas kemudian diberikan kepada para Sahabat Nabi tadi kambing yang dijanjikan. Tetapi pada mulanya mereka tertanya bolehkan menerima upah begini sehinggalah mereka bertemu Rasulullah dan bertanya lantas Rasulullah shollahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Kamu pun tahu ia (AL-Fatihah) itu adalah Ruqyah? Bahagi2kan keuntungan iaitu kambing tadi antara kamu dan berikan juga kepadaku sedikit”.

Lihat bagaimana keuntungan yang disyaratkan dari bacaan utk orang sakit tadi diharuskan dalam Islam. Bahkan makan dari keuntungan daripada bacaan terssebut adalah diharuskan kerana Nabi sendiri mengambil darinya. Cuma yang terbaik bacaan ayat Quran dan Ruqyah itu hendaklah dengan tujuan semoga Allah menyembuhkan bukan semata-mata demi keuntungan dunia sahaja.

Para ulama juga mengharuskan mengambil upah keuntungan dari baca2 tersebut.
Al-Baghawiy dalam ٍSyarah Sunnah berkata:
“Dalam hadith tersebut merupakan dalil keharusan mengambil upah keuntungan pada perkara mengajar Quran dan harusnya mensyaratkan dapat upah darinya dan demikian pandangan ‘Ato dan Al-Hakam dan ini yang dsebut oleh Imam Malik dan Imam Syafie juga Abu Thaur. Berkata Al-Hakam: aku tidak mendengar seorangpun dikalangan para Fuqoho yang tidak menyukai perkara ini. Dan padanya ada dali keharusan Ruqyah dengan Al-Quran dan zikrullah dan keharusan mengambil upah keatasnya”.

3- Sangat pelik dengan dalil keharusan hal ini yang dibolehkan oleh ulama ..masih ada lagi yang mempertikaikan hukum menjual air bacaan Quran dan Ruqyah hanya kerana atas dasar menjual agama katanya.
Namun pelik Mashaf Al-Quran yg dalamnya ada seluruh Al-Quran dari huruf Ba hingga Mim mereka menjualnya dengan harga keuntungan atau waqaf yang wujud keuntungan utk keadaan2 dan kumpulan2 tertentu. Mereka juga menjual cd2 bacaan Al-Quran Ia dibolehkan pula oleh mereka yang menafikan perjualan air ayat Quran.

Saya bukanlah orang yang menjual atau buat biznes air2 ini secara langsung walaupun pernah membaca pada air dan diberikan kpd org yg memintanya dan saya juga tidak meminta upah darinya. Saya sendiri juga tidak pernah mengambil untung biznes sebegini. Maka mempertahankan hukum ini bukan atas dasar biznes atau menyokong perniagaan air2 jampi begini walaupun ia harus dibolehkan oleh ulama.

Cuma nasihat saya bagi yang mencari air2 jampi ini carilah ambillah dari Ahli Sunnah Wal Jamaah yg thiqah yg tidak berharap keuntungan dunia semata-mata yg takut kepada Allah… BUKAN Syiah ataupun Wahhabi.

Imam Ahmad dalam kitab Matolib Ulil Nuha ditanya berkaitan seseorang yang menjual kertas ayat2 Ta’awwuz iaitu ayat2 Ruqyah menyelamatkan diri dari gangguan jin dan manusia maka beliau menjawab HARUS dan ia lebih aku sukai daripada dia meminta-minta duit dari orang.

08/12/2015 Posted by | Informasi, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

FATWA BRUNEI : Wahhabi BUKAN ahli Sunnah Wal Jama’ah.

Negara Brunei Darus Salam yang melaksanakan Hudud jelas menyatakan dlm penjelesan Ahli Sunnah Wal Jama’ah itu berdasarkan kenyataan m. Mufti Brunei Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Awang Haji Ismail Bin Omar Abdul Aziz bahawa:

1- Wahhabi satu ajaran menyimpang dan Wahhabiyah itu BUKAN ahli Sunnah Wal Jama’ah. Apabila disebut Ahli Sunnah Wal Jama’ah maka Wahhabi BUKAN daripadanya.

2- Wahhabi adalah ajaran sesat Musyabbihah yang menyamakan Allah dengan makhluk.

Berhati2 bhw apabila dimaksudkan Ahl Sunnah Wal Jama’ah itu wahhabi bukan daripadanya krn mereka menyamakan Allah dgn binatang.
akidah islam ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT.

say no to wahhabi&syiah!

08/12/2015 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Pohon SAHABI

image

Bagi yg belum tahu.
Pohon Sahabi yang menjadi saksi bisu pertemuan Nabi Muhammad SAW dengan Biarawan Kristen bernama Bahira. Telah ditemukan kembali oleh Pangeran Ghazi bin Muhammad dan otoritas pemerintah Yordania. ketika memeriksa arsip negara di Royal Archives.

Mereka menemukan referensi dari teks-teks kuno yang menyebutkan bahwa Pohon Sahabi Berada di wilayah padang pasir diutara Yordania.
Setelah 1400 tahun berlalu, pohon ini ditemukan masih hidup dan tetap tumbuh kokoh di tengah ganasnya gurun Yordania
*
bersama beberapa ulama terkenal termasuk Syekh Ahmad Hassoun, Mufti Besar Suriah, Pangeran Ghazi. Mengadakan pengamatan dan ternyata benar pohon tua itulah yang disebutkan dalam catatan biarawan Bahira.
Kini Pohon tersebut dilestarikan oleh pemerintah Yordania dan dipantau secara rutin keberadaannya.
*
Keberadaan pohon ini memang cukup unik dan dinilai tidak cocok tumbuh dilingkungan sekitarnya.
Pasalnya lingkungan sekitar pohon itu, merupakan tanah kering dan sangat gersang, sementara pohon Sahabi menjadi satu-satunya pohon yang tumbuh subur dengan daun yang rimbun.
*
Kondisi ini menentang kegersangan dan ketiadaan warna dari lingkungan di sekitar pohon. Meskipun kekuatan matahari ditengah gurun sangat terik, namun akan terasa teduh ketika berada di bawah pohon ini.
*
Tiga manuskrip kuno yang ditulis oleh Ibn Hisham, Ibn Sa’d al-Baghdadi, dan Muhammad Ibn Jarir al-Tabari menceritakan tentang kisah Bahira yang bertemu dengan bocah kecil calon rasul terakhir.
*
Saat itu Muhammad baru berusia 9 atau 12 tahun. Ia menyertai pamannya Abu Thalib dalam perjalanan untuk berdagang ke Suriah.
*
Pada suatu hari, Biarawan Bahira mendapat firasat, kalau ia akan bertemu dengan sang nabi terakhir.. tiba tiba ia melihat rombongan kafilah pedagang Arab, dan melihat pemuda kecil yang memiliki ciri-ciri sesuai yang digambarkan dalam kitabnya.
*
kemudian Bahira mengundang kafilah tersebut dalam sebuah perjamuan.
Semua anggota kafilah menghadiri kecuali anak yang Ia tunggu-tunggu. Ternyata. Muhammad kecil sedang menunggu di bawah pohon untuk menjaga unta-unta.
*
Bahira keluar mencarinya dan ia sangat takjub menyaksikan cabang2 pohon Sahabi merunduk melindungi sang pemuda dari terik Matahari. Dan segumpal awan pun ikut memayungi ke manapun IA pergi.
Bahira pun meminta agar bocah kecil tersebut diajak serta berteduh dan bersantap dalam perjamuan.
Dia pun segera meneliti dan menanyai pemuda kecil ini. dan menyimpulkan bahwa Dia adalah utusan terakhir yang dijelaskan dalam Alkitab.
Bahira pun meyakinkan paman anak itu yakni Abu Thalib untuk kembali ke Makkah, karena orang-orang Yahudi tengah mencari Muhammad SAW untuk membunuhnya .
*
Setelah berselang 1400 tahun kemudian, pohon yang pernah meneduhi Muhammad itu masih berdiri tegak, menjadi satu-satunya pohon yang berhasil hidup di tengah padang pasir gersang.
Pohon ini secara ajaib diawetkan oleh Allah untuk waktu yang panjang. Namun siapapun masih bisa menyentuh dan berlindung di bawah cabangnya yang senantiasa rimbun.
*

Oleh: Madad Maulana Husein > AHBABUL MUSTHOFA (para pecinta sayyidina Muhammad saw)

08/12/2015 Posted by | Informasi, Renungan & Teladan, Tazkirah | Leave a comment

KITA APABILA SAKIT AKAN MENGELOH. TETAPI TAHUKAH ANDA HIKMAHNYA DISEBALIK SAKIT ITU?

Apabila Allah SWT memberi kita sakit, ia adalah sesuai dengan daya tahan kita sebagai hamba-Nya, dan antara hikmahnya :

1) Sakit itu Zikrullah.
Mereka yang diuji dengan sakit lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya.

2) Sakit itu Istighfar.
Kita akan mudah teringat akan dosa kita ketika sakit sehingga mudah bibir untuk beristighfar memohon ampun.

3) Sakit itu Muhasabah.
Orang yang sakit akan lebih banyak waktu utk merenung diri dalam sepi dan menghitung bekal untuk dibawa apabila kembali ke rahmatullah.

4) Sakit itu Jihad.
Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar sedaya upaya agar cepat sembuh.

5) Sakit itu Ilmu.
Sakit akan membuat kita mencari ilmu spt belajar tentang khasiat herba, menghafal ayat syifa’, ruqiyyah dll sbg penawar dan pendinding dari sakit. Pengalamannya pula lebih menyediakan kita untuk mencorak hidup yg boleh mengelakkan berulangnya penyakit itu. Dan, berkongsi pengalaman ini dengan orang lain.

6) Sakit itu Nasihat.
Mereka yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar mjaga diri. Yang sihat pula menasihati yang sakit agar bersabar.

7) Sakit itu Silaturrahim
Ahli keluarga, sahabat dan jamaah yang jarang berjumpa akan datang menziarahi, penuh senyum, rindu mesra dan dengan buah tangan lagi.

8) Sakit itu Gugur Dosa.
Anggota badan yg sakit akan mendapat penyucian daripada dosa yg telah dilakukan.

9) Sakit itu Mustajab Doa.
Orang yang sakit mustajab doanya. Imam As-Suyuthi mengelilingi kota mencari orang yang sakit agar dapat mendoakannya.

10) Sakit itu Menyusahkan Syaitan.
Orang yang sakit apabila diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.

11) Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis.
Satu sikap keinsafan yang di sukai oleh Anbiya’ dan makhluk di langit.

12) Sakit meningkatkan kualiti ibadah.
Solat orang sakit lebih khusyuk terutama dalam rukuk dan sujudnya apabila ia banyak bertasbih dan beristghfar, berdoa n meminta ampun agar sakitnya segera sembuh.

13) Sakit itu memperbaiki akhlak.
Kesombongan terkikis. Sifat tamak dipaksa tunduk. Peribadi akan menjadi santun, lembut dan tawadhu’.
14) Sakit mengingatkan kita akan Mati
Membuatkan kita sentiasa beringat untuk lebih beramal dan beribadat.
Ayuh Zikir, Fikir, Syukur & Sabar.

Semoga kita mendapat rahmat dan keampunan daripada Allah s.w.t.

(Bahagian Dakwah, JAKIM)

08/12/2015 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Tasauf, Tazkirah | Leave a comment

   

%d bloggers like this: