Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Ulama hadis dan ulama fiqh adalah pembimbing ummah

Nabi Muhammad SAW tidak sebutpun bahawa sesuatu hadis itu bertaraf sahih, hasan, daif atau palsu. Yang menentukan hadis sahih, hasan dan daif, adalah ijtihad ulama… Jadi itu adalah jasa ulama-ulama hadis.

Bila kita ikut ulama fiqh, ulama fiqh mesti pakar tentang hadis, sebab itu Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Syafie dan Imam Ahmad adalah juga pakar-pakar hadis Nabi SAW. Jadi, ulama fiqh dan imam-imam mazhab, adalah juga ulama hadis, dan mereka memberi sumbangan bukan setakat menentukan hadis-hadis sahih, hasan atau daif melalui ijtihad taraf hadis, bahkan mereka melakukan lebih usaha iaitu dengan menyertakan kefahaman yg tepat terhadap Quran dan sunnah melalui fiqh Quran dan Sunnah.

Sebab itu, di kalangan pendokong-pendokong mazhab terdapat ribuan ulama hadis, contohnya dalam mazhab Syafie terdapat Imam Nawawi, Imam Ibn Hajar al-asqalani, Al-Haithami dan lain-lain. Mereka juga adalah ulama hadis, namun melangkah lebih kehadapan membicarakan kefahaman hadis-hadis Nabi SAW, lantas digolongkan juga mereka sebagai ulama fiqh.

Benarlah kata-kata Sykh Zakaria al-Kandahlawi yang mengajar Sahih Bukhari semenjak umur 20 tahun sehingga umurnya 80 tahun mengatakan: “Semakin lama aku mensyarahkan Hadis-hadis Sunan Sittah, aku semakin yakin kebenaran imam-imam mazhab”.

Kata-kata yg sama saya pernah baca drpd pentahqiq Ahmad Syukri yg menyatakan semakin lama aku semakin cenderung kepada pandangan Imam Syafie.

Jadi, jika anda melihat-melihat imam-imam tu sesat bila anda baru bermula belajar Quran dan hadis, anda sebenarnya bermasalah, atau guru anda bermasalah!

Allahu al-musta’an.

 

Oleh : Prof Dr Asmadi Mohamed Naim


 

25/11/2015 - Posted by | Bicara Ulama, Tazkirah

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: