Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

USTAZ DR HJ ZAMIHAN BIN MAT ZIN AL-GHARI YANG SAYA KENALI.

image

Ustaz Dr Haji Zamihan al-Ghari seorang yang amat tegas dalam membicarakan bab akidah dan hukum-hakam agama.Secara jujur saya katakan, pengalaman saya bersamanya dalam beberapa detik yang lalu telah membuatkan saya mengenali beliau.Di atas ketegasannya itulah belia|u sering dijemput oleh beberapa Jabatan Mufti Negeri / Jabatan Agama Negeri/ Jabatan Kerajaan, NGO, Masjid-Masjid dan Surau-Surau untuk membentangkan tentang penyelewengan akidah yang dilakukan oleh golongan yang tersasar dari manhaj Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Di atas ketegasannya itu juga yang memiliki suara yang lantang bila berbicara, beliau sering menjadi sasaran tohmahan, fitnah oleh golongan yang tidak senang apabila pembongkaran secara terbuka dilakukan oleh beliau terutamanya dari golongan Wahabi, Syiah, Pluralisme agama dan lain-lainnya.

Ustaz Dr Haji Zamihan al-Ghari bukan sahaja tegas dengan pihak yang menentangnya kerana pembongkaran yang dilakukannya tetapi beliau juga tegas terhadap mereka yang rapat dengannya.Saya sendiri juga pernah ditegur jika berbuat kesalahan dan beliau juga jika berbuat sesuatu kesilapan, akan meminta maaf jika ada yang menegurnya.

Di atas kepakarannya dan ketegasannya, beliau pernah berdebat dengan seorang ketua Syiah di Kedah selama 3 jam, begitu juga beliaulah yang telah berhujah dengan Haji Kahar di Kemensah yang mengaku menjadi Rasul Melayu satu ketika dulu. Beliau jugalah yang telah pergi ke rumah Kasim Ahmad yang mengingkari dan menolak Hadith-Hadith Nabi Shallallahu alaihi wassalam.

Di sebalik ketegasannya yang dianggap kasar oleh sesetengah pihak yang tidak mengenalinya secara dekat, beliau merupakan seorang yang lembut hati dan pemurah.Ramai di antara sahabat-sahabat beliau yang dibantu terutama sekali bagi anak-anak mereka yang nak melanjutkan pelajaran.Sahabat-sahabatnya yang susah akibat kereta rosak dan sebagainya juga akan dibantu oleh beliau. Beliau bukan sahaja membantu mereka yang dikenali tetapi beliau juga cepat menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja walaupun tidak dikenali.

Pernah satu hari ketika saya bersamanya berada di Jabatan Mufti Negeri Johor selepas beliau menyampaikan taklimat, datang seorang muaalaf yang ingin mengadu belum lagi mendapat bantuan zakat. secara spontan, Ustaz Dr Hj Zamihan mengambil sampul yang diberikan kepadanya selepas menyampaikan taklimat, lalu kesemuanya diserahkan kepada muaalaf tersebut.

Begitu juga pernah seseorang menghantar sms kepadanya, memohon bantuan dan nombor talipon di dapati dari buku tulisan Ustaz Dr Hj Zamihan, lalu dia meminta saya memasukkan duit RM500 ke akaun orang tersebut sebagai bantuan

Tulisan saya ini bukanlah nak membela Ustaz Dr Haji Zamihan, malah beliau juga tidak pernah meminta saya menulis sebegini, apatah lagi sekarang sudah lama juga saya tidak bertemu dengannya tetapi bagi mereka yang belum mengenalinya secara peribadi, tidak akan faham kenapa beliau begitu tegas membela perjuangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Ketegasannya itulah yang menyebabkan ramai yang dulunya tidak tahu apa itu Wahabi, apa itu Syiah, sudah mula membuka mata tentang bahayanya pemikiran kedua-duanya.

Di atas ketegasannya itulah, golongan Wahabi dan Syiah tidak senang duduk dengan pembongakarannya secara terbuka, baik melalui ceramah ataupun penulisan, membuat berbagai-bagai fitnah terhadap beliau.Malah Ustaz Dr Haji Zamihan al-Ghari pernah disaman oleh golongan yang tidak lagi berupaya mengemukakan hujah tetapi semuanya dengan pertolongan Allah, yang bathil akan tetap lenyap dan haq tetap ditegakkan.

Ketahuilah bahawa beliau melakukan semua ini hanya dengan satu tujuan iaitu ingin menyelamatkan akidah umat Islam dari tipu muslihat golongan Wahabi dan Syiah yang semakin tersebar kini.

Akhirkata, saya tidaklah taksub dengan beliau dan saya tahu, akan datang komen-komen yang negatif nanti yang akan membantai saya selepas ini.

Semua yang saya lakukan adalah untuk menyatakan sesuatu yang haq dan saya juga tidak dibayar untuk tulisan ini.Saya berserah kepada Allah Yang Maha Kuasa dan berdoa agar negara kita akan selamat daripada akidah yang bathil yang dibawa oleh fahaman-fahaman yang bertentangan dengan manhaj Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang dibawa oleh majoriti Ulama Muktabar.

Semoga Allah memberkati perjuangan Ustaz Dr Haji Zamihan al-Ghari bersama-sama temannya yang lain dan dipelihara oleh Allah dengan kekuasaanNya.

Ustaz Mohd Hanif
Juma’at @ 1 Safar 1437H.

13 November 2015 - Posted by | Bersama Tokoh, Informasi, Politik dan Dakwah, Renungan & Teladan

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: