Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Mari semak Mandi Wajib Kita – Adakah selama ini menepati syarat sah?

image

Bagaimana hendak Mandi wajib yang betul dengan guna shower.

Bagi memastikan mandi wajib itu sah, maka perlu dipenuhi dua rukun iaitu berniat mandi hadas dan meratakan air ke seluruh badan. Jika seseorang mandi dengan menyempurnakan dua rukun tersebut, sahlah mandi wajibnya. Pertama, dia berniat di dalam hati ketika mandi itu bahawa mandi yang dilakukannya itu adalah bertujuan untuk menghilangkan hadas (bukan mandi biasa). Kedua, dia meratakan air ke seluruh badannya termasuk celah-celah rambut dan kawasan-kawasan yang berlipat di badan. Cara bagaimana dia mandi (sama ada dengan menyelam atau menjirus atau berdiri di bawah shower atau air terjun) tidaklah menjadi syarat asalkan air merata ke seluruh badan (dari hujung rambut hingga ke hujung kaki).

Bagi memastikan air merata pada bahagian kemaluan hadapan dan belakang, maka antara caranya ialah mencangkung sambil menyampaikan air ke bahagian yang sukar air sampai. Begitu juga, tidak disyaratkan bilangan jirusan tertentu. Jika dengan sekali jirusan sudah dapat meratakan air ke seluruh badan, memadai dengannya. Jika tidak, perlulah diulangi jirusan hingga diyakini air telah sampai ke serata badan. Namun, makruh mandi dengan terlalu banyak air hingga menimbulkan pembaziran.

Namun, bagi menyempurnakan pahala mandi wajib, maka digalakkan melakukan juga perbuatan-perbuatan yang disunatkan semasa mandi. Menurut mazhab Syafi’i, antara perbuatan yang disunatkan ketika mandi wajib ialah:

1. Membaca Bismillah.
2. Dimulai dengan membasuh kedua tangan.
3. Menggunakan tangan kiri ketika membasuh kemaluan dan ketika menghilangkan najis di badan jika ada.
4. Mengambil wuduk sebelum mula mandi.
5. Mandi dari atas ke bawah; yakni dari kepala turun ke kaki.
6. Menggosok celah-celah rambut dengan air, kemudian menjirus air ke kepala dengan tiga kali cebukan air.
7. Mandi dari sebelah kanan, kemudian baru kiri, yakni menjirus badan sebelah kanan dahulu, baru sebelah kiri.
8. Mengulangi mandi sebanyak tiga-tiga kali bagi setiap anggota.
9. Menggosok-gosok badan dengan tangan ketika mandi.
10. Menyelati celah-celah jari tangan dan kaki (jika dikhuatiri air tidak sampai tanpa diselati, wajiblah melakukannya).
11. Membaca doa apabila selesai mandi sebagaimana doa selepas mengambil wuduk.

Wallahua’lam

Rujukan:http://www.e-fatwa.gov.my/blog/Mandi-wajib-guinea-shower

20 October 2015 - Posted by | Fiqh, Ibadah

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: