Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Letakkan ADAB lebih ke hadapan daripada ILMU

Ulama Muda Utara
Usrah Asar

Letakkan ADAB lebih ke hadapan daripada ILMU.. Begitulah pesanan Guru Kami.. Semua orang ada guru masing-masing.. Walaupun para guru kita ada yang berbeza pandangan dan berbeza pendapat, tapi antara mereka tidak ada langsung pertelagahan kerana mereka meletakkan ADAB dihadapan mendahului ILMU.. Namun, anak murid di bawah ini yang langsung tidak ada sikap tasammuh yakni berlapang dada bertikam lidah siang dan malam semata-mata nak tunjuk guru mereka sahaja yang betul, dan guru orang lain yang salah.. Isu khilafiah ini sudah berabad lamanya telah diselesaikan dan dihuraikan dengan panjang dan mendalam oleh para ‘alim ulama’ terdahulu.. Jadi mengapakah kita nak kata pandangan ulama’ terdahulu salah dan menyimpang manakala pendapat guru kita sahaja yang betul.. Jangan sesekali ada sikap tercela ini yakni sikap ‘ASOBIYYAH bererti beranggapan bahawa guru kepada orang lain yang salah manakala guru kita sahaja yang betul semuanya..

Sebab itu kena mengaji ADAB dahulu sebelum mengaji ILMU.. ILMU tanpa ADAB ibarat burung yang bercita-cita untuk terbang tinggi namun langsung takdak bulu pelepah.. Maka, lebih baik berdiam daripada bercakap tentang perkara yang kita tak tahu menahu.. Tak perlu untuk turut serta berdebat tentang hal yang memang bukan bidang kita seolah-olah kita lagi hebat daripada Mufti.. Tengoklah para ‘alim ulama’ kita, mereka menghormati antara satu sama lain walaupun ada yang berbeza pandangan dan pendapat.. Apa salahnya kita sebagai anak murid, mencontohi sikap mereka.. Para Guru kita sangat² menjaga diri mereka daripada fitnah, tetapi adakala anak² muridnya sendirilah yang menyebabkan fitnah menimpa kepada Guru mereka.. Ambik paham bab nie.. Pesanan khas untuk diri sendiri yang cukup² jahil takdak ilmu, takdak adab, lagho & hina dina..

Al-Faqir Ilallah, Abu Fadhil Ridhauddin
21 Zulhijjah 1436 H

5 October 2015 - Posted by | Tazkirah

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: