Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

TRAGEDI 3 MAC YANG PERLU DIKETAHUI OLEH SETIAP MUSLIM DAN MELAYU

Alhamdulillah,pada hari ini genap 3 Mac,kita masih lagi dapat menghirup udara segar kurniaan Allah dan boleh menjalankan aktiviti seperti biasa.Tiada apa-apa yang teruk berlaku pada Malaysia buat sementara ini.Sesungguhnya,admin serius merasakan umat Islam yang tinggal di Malaysia ini adalah antara umat Islam paling bertuah sekali di dunia ini berbanding umat Islam lain di kawasan lain di dunia ini.

Tentu anda tertanya tanya apa yang istimewanya 3hb Mac ini?

Mestilah ada istimewanya…..

Sebenarnya kalau kita selak lembaran sejarah,ada dua peristiwa besar dan penting yang telah berlaku pada hari ini,yakni pada 3 Mac.Dua peristiwa ini yang berlaku satu di negara jiran kita iatu di Indonesia,manakala satu lagi di Turki,bagi admin,merupakan peristiwa yang sangat memberi kesan kepada admin sendiri,sepanjang admin membuka lembaran dan helaian sejarah umat Islam dan Melayu.

Peristiwa ini,bagi admin sangat menyentuh hati admin dan sangat banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari kedua dua peristiwa ini.Admin akan ceritakan semula peristiwa peristiwa ini untuk dijadikan iktibar dan pengajaran berguna kepada umat Islam,terutamanya bangsa Melayu masa kini.

Orang Melayu yang beragama Islam mesti ambil pengajaran dari kedua dua peristiwa ini kerana keamanan yang berlaku di negara kita boleh ditarik balik bila bila masa sahaja.Pihak luar yang berniat jahat kepada kita boleh sahaja memasukkan jarumnya dan mula campur tangan dalam hal ehwal negara kita bila bila masa sahaja,seterusnya menimbulkan kekeacauan dan perpecahan masyarakat di negara kita.

Tanpa melengahkan masa lagi,admin memulakan penceritaan mengenai kedua dua peristiwa ini secara ringkas.

Peristiwa 1:

KEJATUHAN INSITUSI KHALIFAH ISLAM,3 MAC 1924

Tarikh 3 Mac 1924 bersamaan 28 Rejab 1342 Hijrah.

Tarikh ini menyimpan satu sejarah hitam bagi umat Islam keseluruhannya,apabila umat Islam pada tarikh itu kehilangan tonggak yang memayungi mereka selama 1300 tahun lamanya,iatu sistem Khilafah Islam.

Khalifah terakhir umat Islam,Khalifah Abdulmecid II bersama keluarga dihalau keluar dari istananya oleh Dewan Perhimpunan Republik Turki di bawah pimpinan Ghazi Mustafa Kemal Ataturk.

Akibat dasar sekularisme yang dibawa oleh Mustafa Kemal untuk memajukan Turki ketika itu,jawatan Khalifah dan Syeikhul Islam dihapuskan dan peranan menjaga hal ehwal agama Islam di Turki ketika itu diuruskan oleh jabatan lain.

Khalifah Abdulmecid II akhirnya mangkat di Paris,Perancis pada 23 August 1944 dan baginda mangkat apabila bandaraya itu bebas dari penjajahan tentera Nazi Jerman,yang menguasai sebahagian besar Eropah ketika zaman Perang Dunia Kedua,termasuk Perancis.Baginda dimakamkan di Jannatul Baqi di Madinah.

Sebenarnya sebelum itupun,kuasa khalifah semakin lemah berikutan pengaruh dari Barat dan dasar pemodenan oleh khalifah khalifah Uthmaniah terdahulu.Ini disebabkan oleh kelemahan kepimpinan khalifah khalifah terdahulu dan pengaruh sekularisma Barat mula menular di sekitar wilayah Turki oleh gerakan Pemuda Turki.

Disebabkan kerajaan Uthmaniah terlibat dalam Perang Dunia Pertama dan kalah dalam peperangan itu,wilayah Uthmaniah dikecilkan sehingga ke hari ini.Peranan Kaum Pemuda Turki yang membawa reformasi Barat ke Turki juga akhirnya melemahkan kuasa pemerintah Uthmaniah.

Dewan Perhimpunan Kebangsaan Turki pada tahun 1922 telah menghapuskan jawatan Sultan Uthmaniah dalam pentadbiran Turki.Sultan terakhir,Sultan Mehmed VI Wahiduddin diusir dari istananya,berlayar ke Malta dengan menaiki kapal HMS MALAYA dan hidup dalam buangan di sana.

Turki diistiharkan sebagai republlik oleh Mustafa Kemal Ataturk pada tahun 1923.

Walaubagaimanapun,jawatan Khalifah Islam masih dikekalkan oleh pihak Republik Turki dan melantik Abdulmecid II sebagai Khalifah Islam.Namun khalifah hanya berperanan sebagai ketua keluarga Uthmaniah dan simbol penyatuan umat Islam,tidak lebih dari itu.

Setelah setahun Mustafa Kemal menunggu peluang,akhirnya beliau kemudiannya mengistiharkan penghapusan jawatan Khalifah dan Syeikhul Islam pada tarikh 3 Mac 1924,sekaligus berakhirnya insitusi khalifah yang menaungi umat Islam sejak kewafatan Rasulullah s.a.w,selama 1300 tahun lamanya.

Peristiwa 2:

PEMBUNUHAN BESAR BESARAN RAJA RAJA MELAYU DI SUMATERA TIMUR,3 MAC 1946.

Tarikh 3 Mac 1946 bersamaan 27 Rabiulawwal 1365 Hijrah.

Berpuluh puluh tahun kemudian di wilayah Sumatera Timur di Indonesia,berlaku satu peristiwa penumpahan darah beramai ramai akibat hasutan sesetengah pihak,yang akhirnya mengorbankan sultan-sultan Melayu yang menguasai wilayah Sumatera Timur,para kerabat diraja,bangsawan dan orang Melayu di sana.

Semuanya berlaku akibat hasutan dari Parti Komunis Indonesia didalangi oleh Karim Marah Sutan dan Luat Siregar,kepada pekerja pekerja etnik Jawa yang bekerja di ladang ladang dan estet estet milik pemerintah Melayu di kawasan itu.
Ada yang mengaitkan peristiwa ini dengan persengketaan antara etnik peribumi di Sumatera,iatu Melayu Sumatera,Batak dan Simalungun dengan etnik etnik imigran yang bekerja sebagai pekerja kepada pemerintah Melayu seperti Jawa,Madura,Sunda dan lain lain lagi.

Kesultanan dan kerajaan Melayu yang menjadi mangsa peristiwa ialah seperti berikut;

Kesultanan Deli Darul Maimon

Kesultanan Serdang Darul Arif

Kesultanan Asahan

Kesultanan Langkat Darul Aman

Kerajaan Panai

Kerajaan Tanah Karo dan Simalungun

Pada malam itu,pemberontak yang rata ratanya telah dipengaruhi oleh dakyah komunis telah menyerang istana sultan sultan Melayu.Istana Sultan Asahan diserang dan ramai kerabat bangsawan dan orang Melayu di luar istana dibunuh ketika berlawan dengan pemberontak terbabit.Sultan Asahan sempat melarikan diri ke belakang istananya.

Istana Kesultanan Deli turut dilanggar kumpulan pemberontak namun Sultan Deli selamat dengan bantuan tentera sepahi Inggerisnya.Namun,seperti biasa,banyak orang awam terbunuh.

Raja Kerajaan Panai turut dipenggal kepalanya bersama anggoota keluarganya.

Tetapi tiada yang lebih menyayat hati berbanding apa yang menimpa Sultan Langkat dan kerajaanya.Istananya diceroboh masuk,dirompak segala barangannya.Sebahagian besar kerabat bangsawan dibunuh dan dipenggal kepalanya dengan kejam,termasuklah seorang pujangga ulung Melayu,Tengku Amir Hamzah turut terkorban.

Tengku Mahkota Sultan masih hilang sehingga kini,dan yang lebih perit lagi,puteri-puteri Sultan dirogol oleh pemberontak di hadapan mata baginda Sultan sendiri!

Kesultanan Langkat merupakan mangsa keadaan paling teruk sepanjang berlakunya Revolusi Sosial itu.Banyak nyawa yang tidak berdosa menjadi mangsa.

Namun,apa yang emnariknya selepas kejadian tersebut,kebanyakan rakyat tempatan seboleh mungkin menyembunyikan identiti ‘Melayu’ mereka bagi mengelakkan diserang oleh para ‘Nasionalis Indonesia’. Malahan, sebahagian kaum Batak Karo dan Simalungun yang telah memeluk Islam dan mengamalkan cara hidup Melayu, kembali memakai nama asal Batak mereka dan mengelakkan dilihat sebagai Melayu.

Kini, etnik Melayu hanya menjadi kaum minoriti yang tidak berkuasa di negerinya sendiri di dalam Propinsi Sumatera Utara. Para waris Raja-raja Melayu pada hari ini cuba menghidupkan kembali warisan dan takhta Kerajaan mereka yang hilang, namun hanya atas dasar melestarikan kebudayaan tempatan semata-mata, iaitu bagi mengelakkan salah faham daripada Pemerintah Indonesia.

DARI DUA PERISTIWA INI,KITA DAPAT BANYAK PENGAJARAN

1.Perlunya orang Melayu dan masyarakat Islam di Malaysia menjaga insitusi diraja dengan sebaiknya.Raja dan sultan,selain menjadi ketua agama Islam,ianya juga merupakan simbol penyatuan dan pertahanan warisan kebudayaan Bangsa Melayu.Mungkin ada yang melihat tiada untungnya memelihara raja raja yang dianggap pembazir duit rakyat dan berhala semata mata,namun di sini,kita ingin membicarakan mengenai insitusi kesultanan.Diulangi INSITUSI bukannya peribadi raja tersebut.

2.Perlunya rakyat menasihati pemerintah.Pemerintah adalah orang yang telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga kemaslahatan rakyat.Amanah menjadi seorang pemimpin ini semestinyalah berat.Pemimpin juga tidak lepas dari kesilapan kerana mereka juga manusia.jadi,di sinilah pentingnya rakyat untuk menegur peribadi pemerintah sekiranya pemerintah melakukan kesilapan atau terpesong dari amanahnya.Dalam Islam,menjatuhkan pemimpin hanya kerana rasa tidak puas hati terhadap mereka adalah dilarang sama sekali.

3.Sentiasa berwaspada terhadap tangan tangan asing.Keharmonian negara kita ini bila bila masa sahaja boleh dicabut begitu sahaja.banyak pihak yang cemburu dan dengki akan limpahan rahmat ke atas tanah air kita,menunggu masa untuk mencucukkan jarum-jarumnya di sini.Jadi,adalah perlu sesekali sekala bagi seorang rakyat Malaysia memerhatikan ancaman ancaman yang akan datang di Malaysia ini,samada terang terangan mahupun sembunyi.

Sekian sahajalah penjelasan dan cerita ringkas dari admin.Sebarang kesilapan mohon diperbetulakn

Wallahualam

Gambar 1 menunjukkan Khalifah Abdul Mecid II (berjambang) sedang bergambar dengan pengawalnya di Istanbul,tiga hari sebelum 3hb Mac,di mana jawatan khalifah dihapuskan dan baginda dihalau keluar dari bumi Turki.

Gambar 2 menunjukkan Sultan dan pemerintah Melayu di Sumatera Timur,yang menjadi mangsa dalam tragedi Revolusi Sosial itu.Kiri sekali ialah gambar Raja Panai(yang dipenggal kepalanya),Sultan Asahan,Sultan Serdang dan Sultan Langkat.Semoga Allah mencucuri rahmat dan meletakkan mereka ke dalam golongan yang diredhai olehNya.

Sumber:The Patriot

 

Advertisements

18 September 2015 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: