Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Kurangkan bergaul dengan mereka yang Ghulu’ .

Kurangkan bergaul dengan mereka yang Ghulu’ .

Jangan Campur!

Kurangkan bercampur dengan mereka yang ghulu’ (ekstrim) dalam menghukum manusia.

Diriwayatkan daripada Imam Al-Syafi’ie rahimahullah bahawa beliau berpesan dengan berkata :

“Barangsiapa yang suka Allah membukakan hatiya dan memberikannya rezeki hikmah maka hendaklah dia berkhalwat (kurang bercampur dengan manusia tanpa keperluan), sedikit makan, dan tidak bercampur dengan orang-orang yang bodoh serta sebahagian ahli ilmu yang tidak memiliki sifat al-Insof dan adab.
[Mukadimah al-Majmuk Syarah al-Muhazzab, An-Nawawi]

# Maksud memiliki sifat Al-Insof ialah memiliki keadilan dan sifat pertengahan dalam perhubungan dengan manusia tanpa menyeleweng dan melampau hasil daripada ketaqwaan kepada Allah SWT.

Orang yang insof ialah mereka yang adil, tidak menzalimi dan tidak pula melampau dalam menilai dan menghukum manusia.

# Ilmu tanpa adab adalah tidak berguna sebagaimana kata Imam Abdullah bin Al-Mubarak rahimahullah :

“Hampir-hampir adab itu menjadi dua pertiga daripada ilmu.”
[Sifatus Sofwah, Ibn Jauzi]

Masalah kita sekarang bukan kerana ilmu lagi kerana yang suka bergaduh dan mencela manusia bukanlah orang yang jahil tetapi masalah kita pada hari ini ialah masalah adab seperti mana yang pernah disebutkan oleh sebahagian ulama salaf dengan berkata :

Kami lebih berhajat kepada banyaknya adab daripada keperluan kami kepada banyaknya hadith.

Advertisements

15 May 2015 - Posted by | Tasauf, Tazkirah

1 Comment »

  1. Reblogged this on zalizanorman.

    Comment by zaliza | 12 July 2015 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: