Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Siapa Thoghut?

SIAPA PENYEMBAH THOGHUT?

Mereka adalah orang yg mengagungkan sesorang individu,kumpulan atau golongan berlebih lebihan sehingga tidak nampak langsung keburukannya. Pada masa yg sama mereka membenci pihak lain berlebih lebihan sehingga tidak nampak sedikit pun kebaikanya.MATA HATI MEREKA BUTA.

Mereka lupa hakikat bahawa tiada manusia yang benar benar sempurna sepenuhnya. atau tiada manusia yg dijadikan Allah tidak berguna & sia sia.

“Mereka lupa bahawa tiada apapun yg Allah ciptakan di dunia ini dengan sia sia” (Maksud Al Quran) .

Sumber

07/05/2015 Posted by | Politik dan Dakwah | Leave a comment

Mengislamkan Demokrasi?

Terlibat dengan sistem demokrasi samalah dengan mendokong dan menyuburkan nya.

Demokrasi sebagai suatu sistem kehidupan yang menjadikan akal manusia sebagai sumber hukumnya dalam menentukan baik dan buruknya sesuatu perkara telah menyerlahkan kebusukannya.

Dengan apa yang berlaku di sekeliling masyayakat yg mengamalkan sistem demokrasi serta bukti-bukti lain yang dipaparkan setiap hari, maka sudah sampai masanya umat Islam terutamanya para pemimpin mereka sedar akan ketidakmampuan sistem ini diguna pakai dalam mengatur urusan kehidupan manusia.

Umat Islam perlu sedar bahawa demokrasi adalah sistem yang digunakan oleh Barat untuk terus menjajah dan merosakkan dunia Islam. Untuk itu, apakah umat Islam masih lagi menaruh harapan kepada sistem toghut ini?

Apakah Islam tidak mempunyai sistem kehidupannya yang tersendiri sehinggakan umat Islam terpaksa menumpang dan mengemis kepada sistem demokrasi yang rosak ini?

Kebergantungkan umat Islam kepada sistem kufur ini menjadinlebih parah lagi apabila adanya para ulama di kalangan umat Islam termasuklah juga dari parti-parti Islam yang mengiktiraf sistem ini.

Mereka sanggup mengeluarkan fatwa yang pada hakikatnya ia hanyalah “auta” bagi menghalalkan sistem kufur ini.

Syura disamakan dengan suara majoriti dan Parlimen serta bermacam-macam lagi justifikasi yang dilakukan untuk mengIslamkan demokrasi.

Bukankah tindakan ini seumpama cuba menghalalkan babi dengan menyembelihnya dengan ucapan lafaz Bismillah, lalu babi itu pun menjadi halal?!

Justeru, umat Islam perlu sedar akan kekeliruan pemikiran-pemikiran yang mengatakan bahawa demokrasi itu ada di dalam Islam atau demokrasi boleh di Islamkan. Sampai bilakah umat Islam akan terus ditipu oleh demokrasi?

Sumber :

07/05/2015 Posted by | Politik dan Dakwah | Leave a comment

   

%d bloggers like this: