Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

KUBUR PARA WALI DAN ORANG SOLEH

Kubur Tok syeikh Paloh

Kubur To Syeikh Paloh

 

Syeikh Daud al Fatoni Rodiyallahu Anhu berkata: Perbuatan menulis nama si mati sama ada kepingan batu atau pada batu nisannya dan dipacakkan di bahagian kepalanya adalah MAKRUH. TETAPI jika bertujuan supaya dikenali dan memudahkan orang menziarahi kuburnya maka hukumnya adalah SUNAT sekadar keperluan.

LEBIH2 LAGI bagi KUBUR PARA WALI dan ORANG2 SOLEH kerana orang tidak akan mengetahui kuburnya setelah lama masanya melainkan dengan cara demikian.

Adapun perbuatan MEMBINA SESUATU DI ATASNYA atau MELETAKKAN KOTAK KURUNGAN DI SEKELILINGNYA atau MEMBUAT TEMBOK DARIPADA BATU MARMAR dan SEUMPAMANYA( bertujuan untuk mencantikannya dan juga sebagai perhiasan),maka hukumnya seperti biinaan dan MAKRUH dilakukan jika tanah itu miliknya

TETAPI jika sekiranya tanah itu bukan miliknya bahkan tanah wakaf yang diwakafkan,maka hukumnya adalah HARAM jika si mati itu bukan daripada GOLONGAN SOLEH ,PARA AULIYA’ dan PARA ULAMAK.

(Rujukan kitab Furu’ al Masail Syeikh Daud al-Fatoni bab Hukum mengebumikan jenazah)

# Perkara ni adalah khilafiyyah,maka orang yang berbeza pandangan sepatutnya meraikan dan tidak membidaah sesatkan orang yang membuatnya,dok senyap2 sudah

 

Sumber: Mukasyafatul Qulub

22/04/2015 Posted by | Ibadah, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

   

%d bloggers like this: