Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

HATI-HATI DENGAN ORANG-ORANG YANG BOLEH MENDATANGKAN PERASAAN WAS-WAS PADA DIRI KITA

HATI-HATI DENGAN ORANG-ORANG YANG BOLEH MENDATANGKAN PERASAAN WAS-WAS PADA DIRI KITA TERUTAMA SEKALI DARIPADA APA YANG KITA LIHAT BERLAKU DI MEDIA SOSIAL SEKARANG INI YANG MENGATAKAN PELBAGAI ANDAIAN,TOMAHAN,HUJJAH DAN SEBAGAINYA YANG AKHIRNYA AKAN MENGAKIBATKAN HATI KITA DAN AMAL KITA TURUT "BERPENYAKIT" SEPERTI MEREKA.

CARA PALING BAIK ADALAH DENGAN KITA SENTIASA MENJAGA ADAB DAN AKHLAK KITA DENGAN KITA TIDAK MELAWAN KEMBALI DENGAN MENGHENTAM SANA SINI KOMEN DENGAN AYAT DAN BAHASA YANG KURANG SOPAN APATAH LAGI MEMPERLI DAN MENGHINA MEREKA KERANA ITU MENUNJUKKAN KITA DENGAN MEREKA TIADA BEZANYA!!

SEBALIKNYA KITA SEMAKIN BERSEMANGAT UNTUK MENUNTUT ILMU MELAKUKAN AMAL SOLEH UNTUK MENDEKATKAN HUBUNGAN KITA KEPADA ALLAH TA’ALA BUKANNYA MEROSAKKAN AMAL IBADAH KITA DENGAN APA YANG SEDANG BERLAKU

Antara sifat orang munafik adalah suka mendatangkan perasaan ragu-ragu sebab itu kita dalam beramal jangan ragu-ragu.Hari ini kita nak beramal pun orang bagi ragu-ragu pada kita.

Pesan Al-Habib Najmuddin yang sering kali menasihatkan kepada para jemaah Sawa’Assabil dan secara umumnya kepada semua iaitu "Kita pada hari ini kena banyak baca Surah An-Nas."Sebab apa?Sebab hari ini lagi dahsyat was-was yang diturunkan kepada kita.

Allazii Yuwas Wisu Fii Suduurin Naas(Yang membisik(Kejahatan) ke dalam dada manusia).Siapa yang mewas-waskan?Minal Jinnati Wann Naas.Iaitu yang mewas-waskan kepada manusia iaitu jin dan manusia.Tapi manusia lebih banyak mewas-waskan kepada kita.

Zikir diwas-waskan.Selawat diwas-waskan.Majlis diwas-waskan.Sebenarnya orang-orang yang nak jauhkan kita daripada amal soleh.Dia betul-betul tak perlu dengan hujjah yang kuat dan sebagainya.Tak perlu!!!Dia hanya memberikan kepada kita WAS-WAS sahaja."Eh macam ini betul ke?"Dia hanya perlu memberikan WAS-WAS sahaja.

Dia tak datang majlis talim(majlis ilmu).Dia tak pergi merujuk kepada rujukan yang betul yakni Para Ulama,ahli Ilmu.Dia hanya cuba memberikan WAS-WASKAN kepada kita(Tengok apa yang berlaku di FB,Whatsapp dan sebagainya)

Kita yang asalnya buat AMAL SOLEH akhirnya kita akan tak buat.Nampak!!!Sebab itu kita kena betul-betul YAKIN dengan AMAL SOLEH yang kita lakukan yang mana ianya adalah BENAR,TAK ADA MASALAH.

Dalam hal-hal yang hari ini cuba ditimbulkan kembali sedangkan ianya dah selesai dah semuanya sejak daripada Para Salafussoleh dahulu.Selesai dah semua masalah dahulu apa-apa perbincangan dah selesai.Akan tetapi hari ini dinaikkan semula kerana tahu pada zaman sekarang ini ORANG-ORANG MALAS DAN JAHIL.

Maka mereka gunakan KEJAHILANNYA dan KEMALASAN orang-orang ini untuk memburuk-burukkan dan juga menghalang,membangkang ataupun mematikan sama sekali daripada kebaikan-kebaikan,gerakan-gerakan untuk membawa kepada KEBAIKAN.

Kita kena berhati-hati betul khususnya pada zaman ini.Yang akhirnya,akibatnya pergi kepada apa?PEPERANGAN,PERMUSUHAN.
Sebab apa?Selalunya disifatkan kepada orang-orang yang dilabelkan dengan label-label sepeerti kafir,syirik,murtad dan sebagainya maka ia akan pergi kepada HALAL DARAH boleh bunuh.Berlakunya PEPERANGAN yang ASALNYA adalah disebabkan oleh PERSELISIHAN-PERSELISIHAN yang digempar-gempurkan.

Pesan Al-Habib Najmuddin Othman Al-Khered Hafidzohullah "Berhati-hatilah.BENTENGKAN diri kita dengan kita sentiasa ISTIQOMAH MENUNTUT ILMU kerana dengan ILMU maka kita dapat membezakan yang mana yang HAQ dan yang mana yang BATIL.Dengan ILMU juga dapat mengeluarkan seseorang itu daripada KEJAHILAN dan KEGELAPAN kepada CAHAYA yang akhirnya akan menyelamatkan diri kita sendiri khusus dengan fitnah-fitnah yang sedang berlaku di zaman ini.

 

‪#‎Mutiara‬ [AL-HABIB NAJMUDDIN OTHMAN AL-KHERED HAFIDZOHULLAH]

Advertisements

17 April 2015 - Posted by | Bicara Ulama, Tazkirah

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: