Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Wahhabi dikenali pada MANHAJ dan METHOLOGI yang mereka bawa

Kalaupun di sana ada satu dua pandangan mereka yang bercanggah dengan pengasas mereka Muhammad Ibn Abd Wahhab mereka masih dikira sebagai Al-Wahhabiyyah.

Contohnya mudah. Para Imam di dalam mazhab As-Syafie masih dikira As-Syafiiyyah iaitu pengikut kepada mazhab As-Syafie walaupun pandangan berbeza kerana mereka menggunakan methodologi dan manhaj yang ditetapkan oleh Imam As-Syafie.

Justeru, tidak kira Ustaz itu kelulusan Mesir atau Jordan atau India atau Pakistan atau Syiria atau Pondok sekalipun atau di mana sahaja akan dilihat dan dinilai berdasarkan manhaj yang mereka bawa.

Jika bersamaan dengan manhaj wahabi maka mereka disebut sebagai wahhabi walaupun mereka tidak mengaku.

Manhaj Muhammad Ibnu Wahhab seperti berikut ;

1) Membidaahkan dengan makna sesat perkara khilafiyyah seperti tahlil arwah, bacaan qunut subuh, talqin dll.

2) Mengsyirikkan dengan maksud terkeluar daripada Islam di atas perkara yang diharuskan oleh syariat seperti tawassul, istighasas dll.

3) Tidak terikat kepada mana-mana mazhab dan mengambil pandangan mazhab sesuka hati mereka sehingga mengambil hukum yang terkeluar daripada ijmak dan jumhur Para Ulama’ mazahib. Kadang-kadang mereka mengambil qaul yang syaz di dalam perbahasan fiqh.

4) Mencerca dan menyesatkan ahli sufi secara menyeluruh. Bahkan mereka menganggap ilmu tasawwuf dan tarekat bukan daripada ajaran agama.

5) Merendah-rendahkan kedudukan ahlul beit Nabi SAW yang secara jelas bertentangan dengan Quran dan Hadith yang sahih.

6) Mereka meninggalkan pengajian bersanad riwayah dan dirayah di dalam semua ilmu.

7) Menolak terus hadith dhaif dan menganggap setaraf dengan hadith mauduk sedangkan sepakat para ulama hadith dhaif ada nilai di dalam agama kita selama ia tidak bersangatan dhaif.

8) Keras ke atas umat Islam dan sangat lembut dengan orang kafir. Ini bercanggah dengan firman Allah di dalam surah Al-Fath : “Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan Dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka".

9) Beranggapan bawa orang Islam yang melakukan bidaah pada perkara khilafiyyah lebih teruk dan lebih berat daripada orang kafir musyrik. Ini berdasarkan kaedah tauhid 3 yang mereka pegang. Bercanggah prinsip Islam di mana orang kafir itu tetap tidak akan mendapat apa-apa kebaikan kepada walaupun mereka melakukan kebaikan kerana kekufuran mereka kepada Allah. Dalilnya ialah firman Allah :

“Sesiapa yang mencari selain daripada Islam sebagai Din, maka sama sekali tidak diterima daripadanya, di akhirat kelak termasuk ke dalam golongan orang yang rugi.”- Surah Ali ‘Imran: ayat 85.

Oleh: Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari

Advertisements

8 April 2015 - Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) |

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: