Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Wahabi cuba berhujjah dengan akal dan cuba menampakkan mereka memahami kaedah berhukum

Wahabi cuba berhujjah dengan akal dan cuba menampakkan mereka memahami kaedah berhukum. Jika sebelum ini mereka menolak akal di dalam berdalil tapi akhir-akhir ini kelihatan mereka “pintar” sekali menggunakan akal untuk mematahkan hujjah aliran yang menentang mereka. Boleh jadi kerana dalil-dalil yang mereka bawakan tidak cukup untuk mematahkan hujjah-hujah yang konkrit daripada ahli sunnah wal jamaah.

Ahli sunnah mengatakan mengikut kaedah para ulama’ : “Sesuatu yang tidak dilarang oleh Nabi SAW maka hukumnya harus. Tiada suruhan dan tiada tegahan padanya".

Sebagai contoh Sheikh ‘Atiyyah Saqar pernah ditanya apakah hukum menyelangi 2 rakaat solat terawih dengan solawat.

Sheikh menjawab : Tiada larangan dan tiada suruhan padanya maka ia dihukumkan HARUS akan tetapi jika dilihat pada hokum solawat itu sunat di dalam agama, maka perbuatan berselawat selepas 2 rakaat tarawih itu sunat.

Wahabi mengatakan jika tiada larangan menunjukkan kepada boleh dilakukan maka bolehlah solat zohor 5 rakaat sebab Nabi SAW tidak melarang.

Saya menjawab :

1) Perlu dibezakan di antara suruhan dan larangan yang sudah ada dalil yang jelas dan suruhan dan larangan yang tiada dalil yang jelas.

Adapun yang dimaksudkan oleh kita ahli sunnah ialah sesuatu perkara yang tiada dalil jelas suruh dan tegah. Jika ada dalil yang jelas sudah tentu ia tidak dikira lagi sebagai perkara khilafiyyah (diperselisihkan oleh para ulama).

Adapun solat zohor 4 rakaat sudah terdapat dalil yang jelas maka tidak boleh bahkan haram lagi bidaah jika kita menambah rakaat atau menguranginya.

2) Perlu difahami perkara yang sepakat dan perkara yang tidak disepakati oleh para ulama. Adapun perkara yang telah sepakat seperti solat wajib 5 waktu sehari semalam, zohor 4 rakaat, puasa pada bulan ramadhan, haji dan lain-lain usul syariat tidak boleh diubah dan direka-reka dan terkeluar daripada kaedah yang disebut tadi.

SALAH bahkan tersangat jauh mantik wahabi, jika mengkiaskan antara perkara yang sepakat dengan perkara yang tidak sepakat seperti tahlil, qunut subuh, talqin, bacaan Yassin pada malam jumaat dan lain-lain permasalahan.

Maka hujjah ahli sunnah yang mengatakan harus dilakukan kerana tidak ada larangan Nabi SAW masih valid (terpakai) kepada semua perkara ibadah dan muamalat. Adapun hujjah wahabi yang mengatakan kalau tidak dilarang maka boleh menyalahi perkara yang sudah ada dalil jelas dan kesepakatan ke atasnya TERTOLAK.

Di sinilah lahirnya kaedah yang disebut oleh para ulama di dalam memahami BIDAAH seperti pandangan Sultanul Ulama’ Sheikh Izuddin Abdissalam yang mengatakan bidaah terbahagi kepada 5:

i) Bidaah Wajib : Mempelajari Ilmu Tatabahasa (Nahu) untuk memahami al-Quran dan al-Hadith

ii) Bidaah Haram : mengikuti fahaman qadariyyah, jabariyyah

iii) Bidaah Sunat : Mendirikan sekolah dan tempat pengajian

iv) Bidaah Makruh : Menghiasi masjid dengan ukir-ukiran

v) Bidaah Harus : Bersalaman setelah solat Subuh dan Asar dan membuat kelapangan dalam urusan makan, minum, pakaian dan tempat tinggal.

Contoh yang disebut adalah contoh yang disebut oleh Sheikh Izuddin Abdissalam sendiri. Maka kiaskanlah.

Maka apabila bidaah itu dipadukan dengan 5 hukum takhlifi maka jelaslah kefahaman kita terhadap sesuatu hukum di dalam agama kita samada ia hal berkaitan dengan dunia ataupun ibadah.

Sekurang-kurang bidaah yang dilakukan oleh umat Islam dengan berkumpul pada malam jumaat untuk membaca Yassin, berkumpul untuk bertahlil, menyambut maulidurrasul dan lain-lain yang seumpamanya dihukumkan HARUS pada asalnya.

Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari

Sarjana Muda Akidah dan Falsafah

Universiti Al-Azhar Mesir

Advertisements

5 April 2015 - Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) |

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: