Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Amalan Zikir

Amalan Zikir; "Ulama terdahulu amalan mereka Masya Allah. Hebat-Hebat.

Imam Ahmad Bin Hanbal 300 rakaat, Imam Junaid 400 rakaat, Imam Ali Zaenal Abidin 1000 rakaat. Kita ini usahkan solat sunat, bersedekah untuk tenaga dan juga ilmu kita mundar-mandir menuntut ilmu pun tidak mahu. Ada sesetengah imam, zikir setelah solat dimasjid itu ditinggalkan."

"Kita jangan tinggalkan zikir selesai solat. Solat kita itu pon belum tentu sempurnanya. Diterima atau tidak. Zikir dulu. Hendaklah seseorang itu sama ada imam atau makmum setelah selesai dari solatnya subuh, maghrib tidak mengubah posisi kedudukannya terlebih dahulu setelah selesai memberi salam dan kekal duduk dalam keadaan tawarruk yakni duduk tahiyyat akhir dan membaca;"

"Yang pertama, Istighfar 3 kali
استغفرالله العزيم,الذي لااله الا هو الحي القيوم واتوب اليه."

"Yang kedua, Lailahaillallah sebanyak 10 kali
لااله الا الله, وهده لا شريك له, له الملك واله الحمد,يهيي ويميت, وهو علي كل شيئ قدير."

"Dan yang ketiga, Doa perlindungan dari api neraka sebanyak 7 kali
اللهم اجرنا من النار."

 

"Setelah usai membaca 3 perkara diatas, bolehlah mengubah posisi untuk bersila dan sebagainya. Jika menjadi imam, hendaklah dia memusing ke arah makmum. Kemudian setelah itu, membaca ‘Allahumma antas salam, waminkassalam, sehinggalah habis, membaca Al-Fatihah dan ayat kursi, tasbih Fatimah ( subhanallah 33x, alhamdulillah 33x, allahuakbar 33x ) dan diikuti penutupnya dengan doa."

"Jangan kita sesekali tinggalkan amalan membaca ayat kursi selepas habis solat fardu kerana fadhilatnya sangat besar. Menurut riwayat hadis, tiada apa yang dapat menghalang seseorang yang membacanya untuk memasuki syurga kecuali mati. Ayat kursi ini diibaratkan ayat kursi sebagai ‘kad touch and go’ untuk kita masuk kedalam syurga Allah سبحانه وتعالى."

Daripada TG Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki.

Wallahualam

Advertisements

30 March 2015 - Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Tazkirah |

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: