Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Bahaya Fahaman Wahabi Dan Penjelasan Mengenainya

Soalan : Apakah itu fahaman Wahhabi ? Benarkah Wahhabi adalah suatu misteri dan ia dilihat sebagai satu label ‘ejekan’ ? Bolehkah kita menuduh orang lain yang tidak berqunut, tidak membaca doa selepas solat sebagai Wahhabi ? Adakah wahhabi sahaja mengikut al Quran dan Sunnah manakala umat Islam yang lain mengikut mazhab tidak mengikut al Quran dan Sunnah ?

Jawapan :

1. Wahhabi bukanlah suatu yang misteri kerana ramai ulamak yang membahaskan mengenainya. Sekiranya ia adalah suatu yang misteri maka tidak timbullah apa yang dinamakan ‘fahaman wahhabi tersebut’.

Wahhabi adalah istilah ilmiah merujuk kepada suatu golongan yang mengikut kerangka umum pemikiran “Muhammad Abdul Wahab” lalu mengaku mengikut “manhaj Salaf” melalui kaca mata Ibn Taimiyyah, Muhammad Abdul Wahab dan beberapa orang lain yang sefahaman dengannya.

Sheikh Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buti menjelaskan tentang “Wahabi”:

“Pada masa kini, mazhab Wahabi yang dinisbahkan kepada empunyanya iaitu Sheikh Muhammad bin Abdil Wahab (1703-1792 M) berkembang di Najd dan seterusnya berkembang di negara-negara dalam Jazirah Arab berdasarkan beberapa faktor yang sangat diketahui tetapi tidak perlu disebutkan dan dijelaskan di sini”

. [As-Salafiyyah: 367]

Menisbahkan sesuatu kelompok kepada mana-mana pelopornya (samada menisbahkan kepada namanya, atau nama ayahnya, atau nama moyangnya dan sebagainya) adalah suatu tradisi ilmiah yang biasa digunakan oleh para ulama’. Para ulama’ yang mengikut mazhab Imam Ahmad bin Hanbal dinisbahkan kepada Imam Ahmad bin Hanbal tetapi melalui nama ayahnya iaitu Hanbali. Begitulah sebagainya.

Golongan yang mengikut “kerangka umum” pemikiran Muhammad Abdul Wahab dikenali sebagai Wahabi sebagai nisbah ilmiah yang diakui dalam tradisi keilmuan Islam. Ianya malah digunakan sendiri oleh orang2 yang terlibat dengan fahaman ini. Dinukilkan satu atau dua perkataan mereka sebagai contoh:

Dalam buku الشيخ محمد بن عبد الوهاب عقيدته السلفية ودعوته الإسلامية ada menyebut secara jelas mereka mengaku diri mereka (para pengikut pemikiran Muhammad Abdul Wahab) sebagai Wahhabiyyah. Buku itu ditulis oleh Sheikh Ahmad bin Hajr Abu Thomi. Antara perkataan beliau:

استطاع هؤلاء المسلمون الوهابيون أن يقيموا الدولة الإسلامية على أساس من المبادئ الوهابية

.

Maksudnya: “Golongan Muslimun Wahhabiyyun mampu mendirikan suatu kerajaan Islam atas asas daripada asas-asas Wahhabiyyah”.

[m/s: 105]

Lihat tokoh wahabi sendiri mengaku sebagai wahabi…

Begitu juga:

Sheikh Ben Baz juga berkata:

الوهابية منسوبة إلى الشيخ الإمام محمد بن عبد الوهاب رحمه الله المتوفى سنة 1206 هـ ، وهو الذي قام

بالدعوة إلى الله سبحانه في نجد

Maksudnya: “Wahhabiyyah adalah nisbah kepada Sheikh Imam Muhammad bin Abdil Wahab r.a. yang wafat pada 1206 Hijrah yang mana dia mendirikan dakwah menuju Allah di Najd (dengan pemikirannya)”.

[Majmu Fatawa wa Maqalat siri ke-9]

Dr. Muhammad Ahmad Ismail juga ada mengarang satu buku berjudul “Khawatir Haul Al-Wahhabiyyah dan menggunakan istilah wahabi tanpa merasa dirinya diejek bahkan dia sendiri (yang mengikut fahaman wahabi ini) mengakuinya.

Antara tajuk2 dalam buku ini:-

الوهابية جددت ” منهاج النبوة ”

Maksudnya: “Al-Wahhabiyyah memperbahrui Manhaj Nabawi”.

Boleh dapatkan buku ini secara online:

http://saaid.net/book/10/3279.rar

Jadi, tuduhan bahawa istilah wahabi adalah istilah ejekan oleh golongan yang menolak kumpulan ini adalah tidak tepat bahkan hanyalah suatu dakwaan yang tidak berasas serta menyalahi realiti sebenar. Dalam lapangan ilmiah, istilah wahabi ini bukan sahaja diterima penggunaannya oleh sebahagian besar ahli ilmu bahkan termasuklah dari kalangan pengikut fahaman ini sendiri.

2. Umat Islam yang mengikut mazhab samada Syafie, Maliki, Hanafi mahupun Hambali adalah mengikut al Quran dan Sunnah. Kerana mereka berpandukan kepada pemahaman ustaz dan ustazah/ulamak yang memahami al Quran dan sunnah melalui panduan yang sudah diberikan oleh Ulamak salafussoleh. Sesuai dengan firman Allah yang bererti :

“Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai ilmu jika kamu tidak mengetahui” –

(Surah an Nahl:43)

Mazhab Hanafi yang diasaskan oleh Imam abu Hanifah (lahir pada 80 Hiijrah dan wafat pada 150 Hijrah), Mazhab Maliki diasaskan oleh Imam Malik Bin Anas RadiyaLlahu ‘anhu (Lahir pada 39 Hijrah dan wafat pada 179 Hijrah), Mazhab Syafie diasaskan oleh Imam Muhammad Bin Idris As Syafie (lahir pada 150 Hijrah dan wafat pada 204 Hijrah) dan Mazhab Hanbali diasaskan oleh Imam Ahmad bin Hanbal (lahir pada 164 Hirah dan wafat pada 241 Hijrah). Ini menunjukkan mereka yang mengikut mazhab juga termasuk di kalangan mereka yang menuruti jalan salafussoleh sebagaimana yang dinyatakan oleh RasuluLlah sebagai zaman yang terbaik.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ

Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a. daripada Nabi s.a.w. sabdanya: “Sebaik-baik manusia adalah kurunku kemudian orang-orang yang mengiringi mereka kemudian orang-orang yang mengiringi mereka”.

(Sahih al-Bukhari)

3. Kita tidak boleh menuduh sembarangan bahawa orang yang tidak berqunut, membaca doa beramai-ramai selepas solat, tidak kenduri arwah sebagai wahhabi. Di dalam Mazhab Syafie membaca doa qunut adalah sunat ab’adh. Tetapi sekiranya terlupa atau tertinggal solatnya tetaplah sah, namun disunatkan untuk sujud sahwi. Ada juga di kalangan umat Islam yang tidak sempat untuk berdoa secara beramai-ramai selepas solat kerana kekangan waktu, maka mereka berdoa dan berzikir bersendirian. Begitu juga ada umat Islam yang tidak berkemampuan untuk mengadakan kenduri bagi si mayyit atau tidak bersetuju untuk mengadakan kenduri arwah. Oleh itu, berhati-hatilah dalam melabel seseorang itu sebagai wahhabi.
Di nukil dari kertas kerja Ustaz Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin Aljoofre.

Sumber: https://www.facebook.com/notes/-koleksi-soal-jawab-agama-/soal-jawab-aqidah-bahaya-fahaman-wahabi-dan-penjelasan-mengenainya/124676194228532

1. Dr Said Ramadhan al Buthi, Alla mazhabiyyatu Akhtaru Bid’atin Tuhaddidu Asy Syariiata Al Islamiyyah
2. Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa’adi, Salah Faham Terhadap Bid’ah, al Bid’ah fi al mafhum al islami ad daqiq, Darul Nu’man, 2002, Kuala Lumpur
3. Dr Muhammad Adil Azizah Al Kayalli, Golongan Yang Selamat Adalah Seluruh Umat Islam, Al Firqah An Najiah Hia Al Ummatul Islamiyyah Kulluha
3.Http://Buluh.Iluvislam.Com

Bacaan Tambahan :
1. Perpaduan Umat Islam Hendaklah Dijaga
2. Hukum Bertaqlid
3. Hukum Menuduh Musyrik Dan Kafir Sesama Umat Islam Tanpa Hak

Namun begitu untuk mengetahui ciri-ciri wahhabi hasil dari kajian penyelidikan yang telah dibuat bolehlah dirujuk di https://fitrahislami.wordpress.com/2015/03/02/siapa-wahabi/

Advertisements

2 March 2015 - Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) |

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: