Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Al Harj

Nabi kita telah menceritakan kepada kita dengan bersabda:

و يكثر الهرج “Al Harj akan berleluasa”

Tanya para sahabat, apakah Harj itu wahai Rasulullah? “ Kata Baginda: Harj adalah berleluasanya penipuan dan pembunuhan.

tanya Sahabat: Wahai Rasulullah, adakah pembunuhan untuk berlaku lebih banyak dari zaman kami?

Jawab Nabi: Bukan begitu, kerana kalian memerangi dan membunuh orang-orang musyrikin. Pada zaman itu, seseorang akan membunuh saudaranya, sepupunya, dan jirannya.

Tanya Sahabat lagi: adakah mereka masih mempunyai akal wahai Rasulullah?! Sabda Nabi: Pada ketika itu, Allah akan mencabut akal orang yang hidup pada zaman itu.” Sabda Nabi ﷺ

“Apa yang aku takutkan ke atas umatku adalah lelaki yang diberikan Allah padanya Al Quran, sehinggalah tampak pada wajahnya keserian, dia berubah. Maka dia keluar ke arah jirannya sambil menghunuskan pedang dan menunduh jirannya itu dengan syirik.

Tanya sahabat: siapakah yang lebih berhak syirik pada ketika itu wahai Rasulullah? Yang menuduh atau yang dituduh?

Kata Nabi: Bahkan yang menuduh.” Inilah yang telah kita lihat zaman berzaman. Fitnah dan kacau bilau berlaku berentetan.

Sabda Rasulullah :

القائم فيها خير من الماشي و الجالس فيها خير من القائم

“ Suatu zaman Fitnah yang berdiri lebih baik dari yang berjalan, dan yang duduk lebih baik dari yang berdiri “

إذا استشرفت لها استشرف لك

“Semakin kamu melangkah ke arahnya, semakin ia melangkah ke arahmu”

وقع اللسان فيها كوقع السيف “Pertembungan lisan pada ketika itu, adalah seperti pedang”

و رب غائب عن الفتنة و هو فيها لأنه يرضى بقلبه

“Terkadang orang yang bukan didalam fitnah, berada di dalamnya kerana dia redha dengan hatinya”

و رب قائم فيها و ليس منها لأنه ينكر بقلبه

“Terkadang orang yang berada di dalamnya, tidak terlibat dengannya kerana dia mengingkari dengan hatinya” -Syeikh Dr Ali Jum’ah-

MasyaAllah, zaman kita telah menjadi perbualan di zaman Rasulullah. Jadikanlah Rasulullah ﷺ teladan kita, ikutan kita, panduan kita. Semoga Allah selamatkan kita dari fitnah akhir zaman. Sedikitnya ulama’ banyaknya Khutoba'(penceramah).

Sumber: Jom Dakwah Bersama Ulama

Advertisements

24 February 2015 - Posted by | Informasi, Tazkirah |

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: