Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Nasihat daripada Habib Abu Bakr Masyhur hafizahullah buat para pelajarnya di Ribat, Yaman. Semoga ia juga bermanfaat buat saya & anda.

Muhasabah buat kita sebagai pemegang watak-watak di zaman hampir kiamat. Semoga Allah redha, ampuni dosa-dosa & sayang kita, aamiin…!!

1. Jika kalian mahu mati dengan husnul khatimah, hendaklah bersabar dengan orang yang bangunkan anda, bersabar dengan orang yang menjaga anda, bersabar dengan perkataan yang menyakitkan anda.

2. Ribat ini akan ditutup suatu hari nanti, Yaman akan kembali seperti zaman penjajahan & kalian akan pulang ke tanahair kalian. Oleh itu, rebutlah peluang masa yang masih ada ini. Jangan buang masa kalian.

3. Kami (Habib) di sini membawa manhaj salafunassoleh, kami membongkar perancangan syaitan yang tampak baik atas nama agama namun bertujuan menjauhkan manusia darinya. Syaitan cuba menjauhkan manusia dari agama atas nama agama.

4. Habib membaca surah al-Qaf ayat 37 & sebuah hadis secara mafhum;

"Hendaklah kalian ketika itu (zaman fitnah) menjaga diri sendiri & tinggalkan urusan orang lain (jangan masuk campur)."

5. Sifat-sifat orang soleh yang dikenali sebagai عباد الرحمن. Boleh rujuk surah al-Furqan ayat 63-68.

6. Habib melafazkan الحمد لله kerana kita bukan golongan musyrikin. Jika ada yang menuduh kita dengan gelaran musyrikin maka CUKUP & MEMADAILAH kita mendoakan hidayah buat mereka. Tidak ada manfaatnya lagi untuk berbincang, berbahas & berdebat dengan mereka itu. Semua itu boleh membuang masa ummah. Seorang menafikan maulid, seorang lagi mempertahankannya. Seorang mempertahankan ziarah kubur, seorang lagi menafikannya. Ini adalah "permainan iblis". Disebabkan perbalahan ini, maka banyak permasalahan yang lagi penting tertangguh atau terhenti.

7. Jika kalian dapat memahami apa yang kami (Habib) bicarakan ini, maka sebenarnya tiada siapa yang mengajak kalian kepada pergaduhan. "Kami tidak mahu kalian menyimpan rasa tidak puas hati terhadap siapa sahaja yang beragama Islam walau sebesar zarrah sekalipun. Walaupun kalian & mereka itu berbeza atas nama (fikrah) apa sekalipun".

8. Kami tidak pernah dengki dengan orang Islam yang solat, tapi kami berasa sangat sedih dengan mereka yang tidak solat. Tatkala kami melihat orang yang bercakap atas nama orang alim untuk mencaci orang lain, bercakap atas nama agama bertujuan membawa konflik dalam ummah maka inilah yang menyesakkan dada-dada kami.

9. Semua ini kami mengetahuinya daripada para masyayikh & Imam kami. Di mana mereka ini tidak pernah sia-siakan nafas (hidup) mereka kecuali sentiasa mengingatkan kami kepada Allah, Rasulullah صلى الله عليه وسلم & para sahabat.

(# Nota mafhum bercampur catatan semula dari terjemahan asal di dalam video di sini; https://m.youtube.com/watch?sns=fb&v=uMZriiuOsnw)
———————————————–

Advertisements

28 December 2014 - Posted by | Bicara Ulama, Mutiara Kata, Tazkirah

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: